Sunday 11 November 2012

Ustazah Berzina Dengan Duda Ketika Suami di Mekah

Beliau merupakan seorang Ustazah yang pernah mengajar di di sebuah masjid dan sebuah sekolah rendah di Kota Tinggi, Johor. Dia juga seorang ustazah bertudung labuh yang berkelulusan dalam bidang agama dari sebuah universiti di Timur Tengah, serta bersuamikan seorang Ustaz yang disegani di daerah itu.

Malangnya, di sebalik perwatakan alim dan lembut itu, Ustazah yang berusia 35 tahun itu sanggup menconteng arang di muka keluarga dan suaminya, apabila ditangkap khalwat bersama seorang duda sebayanya, yang juga bekas rakan sekolahnya dan suami.



Tambah mengejutkan, setelah beberapa kali terlanjur, Ustazah yang memiliki latar belakang yang kuat berpegang kepada ajaran agama itu memberi alasan, kononnya dia tertekan akibat suaminya berpoligami sehingga sanggup menjalinkan hubungan cinta dengan duda terbabit.

Akhirnya, tembelang Ustazah terbabit pecah apabila dia ditangkap khalwat ketika berdua-duaan dengan duda itu baru-baru ini dan mereka dilaporkan mengambil masa hampir setengah jam sebelum membuka pintu rumah kedai yang didiami dengan kedua-duanya dalam keadaan berpakaian lengkap.

Apa yang lebih menyedihkan, ketika kejadian sumbang itu berlaku, suami Ustazah terbabit berada di Mekah untuk menunaikan haji.

Difahamkan, sejurus ditangkap berkhalwat, Ustazah terbabit menghubungi suaminya untuk memaklumkan kejadian berkenaan dan terus meminta cerai.

Menurut sumber, ustazah terbabit dan suaminya berkahwin pada tahun 1997, tetapi tidak dikurniakan cahaya mata menyebabkan mereka mengambil dua anak angkat termasuk seorang daripadanya dipelihara sejak kecil.

“Wanita itu bertemu dengan duda yang juga bekas rakan sekolahnya ketika perlawanan boling pada awal tahun lalu dan sejak itu hubungan mereka semakin rapat apabila lelaki itu menjadi tempatnya mencurah perasaan dan menagih simpati.

“Ustazah itu memberitahu duda terbabit kononnya dia tertekan kerana suami berkahwin lain sedangkan sebelum ini, dia sendiri bersetuju serta membenarkan suaminya berpoligami dan mereka sama-sama ke mahkamah untuk menguruskan perkahwinan itu.

“Tetapi, sebagai seorang yang ada latar belakang agama, hubungan dengan lelaki lain bukan cara untuk mengatasi tekanan lebih-lebih lagi dia masih berstatus isteri orang dan perhubungan itu mendekatkan mereka dengan maksiat,” katanya.

Tambah sumber itu lagi, selepas ditangkap, duda itu mengaku dia pernah terlanjur dengan wanita berkenaan, tetapi di pihak Ustazah terbabit, dia masih mahu ‘menegakkan benang basah’ dan menyebarkan berita kononnya dia dianiaya.

Menurutnya, demi menjaga nama baik keluarga dan maruah isteri, suami Ustazah terbabit di katakan telah membuat pengakuan kononnya membenarkan duda terbabit menjemput isterinya yang baru pulang daripada rombongan sekolah, sebelum mereka ditangkap khalwat. Ketika ditangkap khalwat, pasangan terbabit memberi alasan duda terbabit datang untuk menghantarnya pulang ke rumah dan membantu mengangkat beg.

#carigali

0 comments:

Post a Comment

 
;