Wednesday 14 November 2012 0 comments

Beza Antara Orang Bergelar Muslim,Dan Orang Muslim

Betulkah umat Islam zaman sekarang jarang sekali menggunakan perkataan-perkataan yang sepatutnya dikatakan apabila mengalami situasi-situasi berikut :


Hanya sekadar peringatan.
Marilah bersama berjuang ke jalan Allah S.W.T
source



Jangan Lupa Like CeritaBaek dan Share di FB | Follow @ceritabaek :)
0 comments

Kenapa Rosmah Dikatakan Berjaya Kalahkan Isteri PM Turki?



Apa kata kalau hari ini kita membuat teka gambar di antara isteri PM Turki dengan Isteri PM Malaysia. Isteri PM Turki Madam Emine Erdogan membuat pertemuan dengan isteri PM Malaysia,

Rosmah Mansor selesai Majlis Perasmian Sidang Kemuncak Inovasi Sedunia bagi Pendidikan (WISE) ke 4 di Pusat Konvensyen Nasional Qatar (QNCC).











Khabarnya melahirkan rasa kagum terhadap usaha yang dibawa isteri PM Malaysia Datin Seri Rosmah Mansor dalam memberi keutamaan aspek pendidikan kanak-kanak menerusi Program Permata Negara (PERMATA).

Tentu anda dapat meneka beberapa perbebezaan besar antara mereka. Sah, isteri PM Malaysia berjaya mengalahkan isteri PM Turki…..


Artikel Dipetik Dari : Sini



Jangan Lupa Like CeritaBaek dan Share di FB | Follow @ceritabaek :)
0 comments

Misteri Gigitan Pada Logo Apple Terjawab?



Pastinya korang tertanya-tanya kenapa terdapat gigitan pada epal yang dikeluarkan oleh syarikat gergasi Apple.di bawah adalah pendapat-pendapat tentang kewujudan logo Apple



Alan Turning, bapa komputer moden adalah seorang yang membangunkan sains komputer. Dimana beliau yang mengakhiri hidupnya dengan memakan apple yang mengandung sianida pada 8 June 1954.
Ada juga yang mengatakan, gigitan itu bererti bite atau sama dengan byte . Istilah tersebut berasal dari kapasiti memori komputer, iaitu mega byte, terra byte. Filosofinya, apple diumpamakan sebagai ilmu pengetahuan. Gigitannya adalah simbol kalau manusia tidak dapat memakan semua ilmu, tapi hanya sebahagian saja. Sebab ilmu di dunia ini terlalu luas untuk di terokai.



Kedua bagi Mengenang Isaac Newton (teori graviti dimana Newton melihat apple jatuh dari atas pokok)



Terinspirasi juga dari kisah manusia pertama, Adam dan Hawa. Dimana Apple merupakan buah sumber pengetahuan



Steve adalah hard Fan The Beatles, dan dia pun mengambil logo tersebut dari salah satu gambar album The Beatles.

Asalnyer kebiasaan Steve seorang vegetarian dan suka memakan buah apel. Saat itu steve bercadang untuk mewujudkan perusahaan bersama sahabatnya , simbol apple adalah simbol yang digunakan.



Pembuat logo Apple , Rob Janoff: Menurut keterangan Rob Janoff yang diambil dari creativebits, gigitan apel itu hanyalah satu variasi saja. Menurutnya, logo itu tidak punya maksud yang khusus, yang dia lakukan hanya merekabentuk apple dengan kreativiti yang dimilikinya.

Revolusi Logo Apple dari zaman ke zaman…



Jadi kesimpulannya walaupun Rob janoff telah menjelaskan maksud disebalik simbol gigitan tidak ada maksud yang khusus,ramai yang masih belum percaya,jadi misteri disebalik logo apple masih menjadi misteri hingga hari ini terjawab.
source



Jangan Lupa Like CeritaBaek dan Share di FB | Follow @ceritabaek :)
0 comments

Bayaran Menyanyi Shila Amzah Rm25,000 Setengah Jam

Sejak memenangi gelaran juara pada pertandingan nyanyian, Asian Wave 2012 di Shanghai, nama Shila Hamzah begitu popular sekali.

Al-maklumlah, dia kini bukan saja sedang meningkat naik di negara sendiri, malah di luar negara pun orang asyik menyebut-nyebut namanya.

Ini kerana bakat yang dimiliki Shila atau lebih mesra disapa Sha ini bukan calang-calang.
Dia mempunyai vokal dan suara yang mantap sehingga membuatkan ramai pihak ingin mengundangnya melakukan persembahan.

Namun, apa yang tidak sedap didengar adalah Shila kini mengenakan bayaran yang tinggi untuk membuat satu-satu nyanyian.
Bayangkan bayaran yang diletakkan oleh pihak Shila adalah RM25,000 untuk hanya setengah jam.
Ia dilihat sebagai satu angka yang besar dan agak tinggi.

Tetapi usah risau, kerana tidak semua persembahan Shila akan kenakan bayaran seperti itu.
Shila sendiri faham, tidak semua penganjur mempunyai bajet yang besar.
Jadi apa yang penting sekarang ini adalah bincang dan dapatkan kepastian sendiri daripada pihak Shila.
Menerusi Pancaindera, semalam, pihaknya ada memberi kenyataan berhubung isu ini.

“Harga yang kami letak pun mestilah tengok pada kesesuaian majlis. Kami juga kena lihat apa jenis majlis, tujuan dan persembahan itu untuk apa.
“Bila dah ada persetujuan barulah boleh harga dirunding. Bukan bermakna setiap persembahan mesti bayar RM25,000 sebab kita faham tidak semua majlis ada bajet yang besar.

“Apapun sesiapa yang mahukan Shila membuat persembahan perlu ‘deal’ untuk capai kata putus dan bukan dengar kata orang”, kata pihak Shila Amzah yang dipetik melalui Pancaindera, di sini, semalam.
Jadi diharapkan selepas ini tidak ada lagi yang mengatakan Shila demand di dalam persembahannya.

Jangan Lupa Like CeritaBaek dan Share di FB | Follow @ceritabaek :)
0 comments

7 Cara Atasi Perut Buncit Berlemak



Kebuncitan memang menjadi fenomena di Malaysia lebih2 kepada kononnya lelaki yang berkahwin akan membuncit dengan riangnya. Kebuncitan sedikit sebanyak mempengaruhi penampilan antara anda semakin kacak atau sebaliknya. Sebenarnya faktor utama pembuncitan perut adalah disebabkan makanan. Kepada yang sudah berkahwin salahkan isteri anda kerana memasak makanan yang sedap2 setiap hari. Antara cara-cara untuk mengempiskan perut adalah:

1. Minum air masak yang banyak
Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.

2. Makan perlahan-lahan

Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.

3. Kurangkan garam dalam makanan.


Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk

4. Makan makanan yang penuh serat

Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan ini.

5. Kesan pengambilan ubat

Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.

6. Hindari sembelit.

Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.

7. Lakukan senaman atau bersukan.


Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.


#cari

Jangan Lupa Like CeritaBaek dan Share di FB | Follow @ceritabaek :)
0 comments

Kereta Bob Lokman Dilanggar Gajah

Kereta Bob Lokman Dilanggar Gajah
Kereta Bob Lokman Dilanggar Gajah !  Bob Lokman kini lebih dikenali sebagai seorang “bekas” selebriti yang bergiat berdakwah melalui Parti Islam Semalaysia PAS diberitakan bertembung dengan seekor gajah di Lebuh raya timur Barat di Grik.
Menurut info, beliau dan rakan sedang dalam perjalanan ke Kota Bharu untuk menyertai muktamar tahunan PAS bersama beberapa buah kereta lain.
Ketika kejadian, Bob Lokman menaiki kenderaan Proton Waja dikatakan telah bertembung dengan gajah yang sedang melintas jalan.
Ketika kenderaan mereka berhenti, jarak kereta tersebut dengan gajah tersebut hanya kira kira sejauh 30 meter. Tergamam dengan kejadian itu, lampu sportlight kereta waja tersebut terlupa dipadamkan dan menyuluh gajah terbabit.
Suluhan lampu tersebut telah menyebabkan gajah itu naik minyak. Gajah tersebut diberitakan meluru ke arah kereta beliau sambil mengibaskan telinganya. Terdapat sumber menyatakan, ketinggian kereta beliau dengan gajah terbabit hanya separas dengan lutut gajah .
Gajah yang dikatakan naik minyak itu terus menanduk bahagian hadapan kereta Bob hingga berlubang. Bob Lokman yang berada dalam kereta menjadi panik tanpa mampu berbuat apa-apa. Sumber juga menyebut , tandukan gading gajah tersebut menyebabkan bahagian belakang kereta yang dipenuhi barang terangkat.
Kejadian gajah menyerang kereta Bob Lokman tersebut berlaku ketika pendakian berhampiran hentian puncak lebuhraya Timur Barat.
Bagaimanapun, Bob Lokman kini dilaporkan selamat dan telah pun berada di Kelantan.

#cari
0 comments

Tentera Jepun Sendirian Dalam Hutan,Tak Sedar 40 Tahun Perang Dah Tamat



Sudah lebih daripada 60 tahun semenjak Perang Dunia Ke-2 berakhir dengan keputusan peperangan berpihak kepada Tentera Bersekutu yang diketuai oleh Amerika Syarikat..Siapa sangka, walaupun perang telah lama berakhir, seorang askar Jepun yang ketakutan telah ditemui bersembunyi di dalam hutan selama 28 tahun, iaitu kira-kira 40 tahun setelah perang berakhir..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..

Tepat 40 tahun semenjak seorang askar Jepun ditemui di hutan Guam, setelah terselamat dan berada di sana selama hampir 3 dekad selepas berakhirnya Perang Dunia Ke-2. Beliau diberi sambutan seperti seorang wira semasa ketibaan beliau di Jepun. Walaubagaimana pun, beliau sering merasai seolah-olah masih belum berasa seperti di rumah dalam keadaan Jepun pada era moden ini.


Selama 28 tahun ini, Shoichi Yokoi, seorang askar berpangkat Lans Koperal dalam pasukan Tentera Jepun semasa Perang Dunia Ke-2 menghabiskan masa dengan bersembunyi di dalam hutan dengan kepercayaan ahli pasukannya akan datang membawanya pulang. Beliau akhirnya telah ditemui oleh sekumpulan pemburu tempatan di Pulau Pasifik, pada 24 Januari 1972 dan askar yang berusia 57 tahun ini masih lagi beranggapan bahawa hidupnya berada dalam bahaya.

"Dia sangat takut." kata Omi Hatashin, sepupu kepada Yokoi.

Terkejut dengan kehadiran manusia yang sangat ramai setelah bertahun-tahun hidup bersendirian, Yokoi cuba untuk merampas salah satu senapang daripada pemburu berkenaan namun disebabkan faktor pemakanan yang tidak sihat dan lemah, beliau bukan tandingan kepada pemburu tempatan itu.

"Pada masa itu, dia takut pemburu berkenaan akan mengambilnya sebagai tawanan perang - dan merupakan malu yang paling besar bagi seorang Tentera Jepun dan keluarganya yang berada di Jepun." kata Hatashin lagi.

Semasa sekumpulan pemburu itu cuba untuk membawanya pergi melalui kawasan hutan yang berumput tinggi, dia merayu kepada pemburu berkenaan untuk membunuhnya sahaja di situ. Dengan menggunakan sejarah dan memoir pakciknya, Yokoi selepas dua tahun penemuan beliau, serta testimoni mereka yang menemui pakciknya pada masa itu, Hatashin telah menghabiskan masa selama beberapa tahun untuk menyatukan kembali cerita dramatik pakcik nya itu. Dia berjaya menerbitkan sebuah buku bertajuk "Private Yokoi’s War and Life on Guam, 1944-1972" dalam Bahasa Inggeris pada 2009.

"Saya sangat berbangga dengan beliau. Beliau adalah seorang yang pemalu dan tenang serta mempunyai kehadiran yang besar." katanya.

Pengalaman pahit Yokoi bermula pada Julai 1944 apabila Tentera US menyerbu Guam sebagai sebahagian daripada serangan mereka terhadap Jepun dalam pertempuran di Pasifik. Serangan tersebut sangat ganas, bilangan mangsa yang terkorban adalah tinggi pada kedua-dua belah pihak. Namun, apabila pusat perintah Jepun berjaya diganggu, askar seperti Yokoi dan lain-lain askar dalam pasukan mereka, terpaksa dibiarkan hidup untuk menjaga diri-mereka sendiri.

"Dari awal, mereka mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak dikesan pihak musuh. Mereka memadam bekas tapak kaki mereka apabila mereka melangkah masuk dan bergerak melalui semak." kata Hatashin.

Dalam tahun-tahun awal keadaan Tentera Jepun itu, bilangan mereka semakin berkurangan dengan hanya menjadi beberapa dozen anggota. Mereka terpaksa menangkap dan membunuh haiwan ternakan penduduk tempatan sebagai sumber makanan. Bimbang dikesan oleh Tentera US dan penduduk tempatan, mereka membawa diri semakin dalam ke dalam hutan. Di sana, mereka terpaksa makan katak beracun, belut dan tikus. Yokoi juga ada membuat perangkap dari buluh untuk menangkap belut. Beliau juga menggali sebuah lubang perlindungan bawah tanah yang disokong dengan batang buluh yang kuat.

"Beliau merupakan seorang lelaki yang sangat pintar". kata Hatashin.

Membuatkan dirinya sibuk juga dapat membantu beliau melupakan sejenak daripada terlampau berfikir mengenai sanak-saudara atau keluarga di kampung halaman, kata sepupunya itu lagi.

Kembali ke Guam

Memoir Yokoi sendiri juga menceritakan mengenai pengalaman beliau semasa bersembunyi dan mendedahkan keadaan terdesak beliau untuk tidak putus harapan, tambah-tambah lagi semasa tempoh 8 tahun yang terakhir di mana beliau benar-benar hidup keseorangan selepas dua sahabat terakhirnya yang masih hidup, meninggal dunia semasa banjir pada tahun 1964.

Dengan menumpukan fikiran beliau untuk pulang dan berjumpa dengan ibunya yang uzur, beliau sendiri pernah menulis. "Ia adalah sia-sia untuk membuatkan hatiku sakit dengan dengan perkara-perkara seperti ini."

Pada suatu ketika yang lain, semasa dia dalam keadaan sakit yang teramat sangat di dalam hutan, dia menulis."Tidak! Saya tidak boleh mati di sini! Saya tidak boleh mendedahkan mayat saya kepada musuh. Saya mesti pulang ke rumah untuk mati. Saya telah berada sejauh ini untuk selamat dan saya tak boleh sia-sia kan nya sekarang."

Dua minggu selepas penemuan beliau di dalam hutan, beliau akhirnya dibawa pulang ke Jepun. Beliau telah dikepung dengan pihak media, ditemuramah di televisyen dan radio, dan kerap dijemput untuk memberikan ucapan di universiti-universiti dan sekolah-sekolah di seluruh negara.

Hatashin, yang ketika itu berusia 6 tahun semasa Yokoi mengahwini makciknya berkata bekas askar memang tidak boleh hidup tenang di dalam kehidupan moden Jepun. Yokoi tidak kagum dengan pembangunan pesat negara selepas perang dan sekali mengulas mengenai rupa baru matawang 10,000 Yen yang kini dianggap seperti "tidak bernilai" itu.

Menurut Hatashin, pakciknya itu sering bernostalgia mengenai kehidupan pada masa lalu seiring dengan keadaannya yang semakin tua, dan sebelum kematiannya pada tahun 1997, beliau kerap berkunjung ke Guam bersama isterinya. Beberapa hadiah peninggalannya ketika hayat nya dihutan termasuk perangkap belut ciptaannya sendiri, tersimpan di dalam muzium kecil di pulau itu.








source
0 comments

Basikal Moden Tayar Tanpa Udara



Bagi mereka yang gemarkan aktviti menunggang basikal terutamanya aktiviti menunggang yang lasak, masalah tayar yang tidak berkualiti dan cepat pecah sering menjadi masalah utama..Namun, dengan teknologi yang sedia ada, tayar basikal yang baru dicipta ini tidak memerlukan apa jua udara untuk diisi di dalam..Nak tahu kenapa? Meh usha kat bawah ni..


Inovasi tayar tanpa udara adalah tahan lama, ringan dan tidak mudah pancit. Tayar unik ini telah direka oleh Brian Russell, pencipta untuk Energy Return Wheel. Getah yang diregangkan pada rod karbon yang boleh laras akan bertindak seperti spring.


Tidak memerlukan udara bermakna tayar ini tidak akan mempunyai masalah untuk pancit, rosak atau pecah. Jadi, anda boleh meluangkan masa dengan lebih banyak dengan basikal anda daripada menghabiskan masa untk membaikinya.










source
0 comments

Pakaian Yang Diperbuat Dari Sejuta Labah-Labah



Pakaian merupakan keperluan asas yang sangat penting dalam kehidupan seharian..Lazimnya, bahan yang diperlukan bagi membuat sesuatu pakaian itu bergantung kepada jenis jenama ia dijual..Namun, bagi pakaian seperti di bawah ni, ia memerlukan bahan yang susah dicari, iaitu 'benang' daripada sejuta ekor labah-labah Golden Orb..Nak tahu apa rupa pakaian tu, meh usha kat bawah ni..





Sejenis pakaian daripada tekstil yang jarang dibuat daripada benang sutera sejuta ekor labah-labah akan dipamerkan hari ini di American Museum of Natural History di New York City.


Untuk menghasilkan kain yang berwarna emas-keemasan ini, seramai 70 orang dengan usaha selama 4 tahun diperlukan bagi mengumpul labah-labah dari jenis Golden Orb ini di sekitar tiang telefon di Madagascar, manakala sedozen pekeja lagi diperlukan bagi meneliti sutera sepanjang 80 kaki yang diekstrak dari setiap seekor labah-labah.


Hasil tekstil 11 x 4 kaki ini merupakan sekeping besar kain yang diperbuat daripada dari sutera labah-labah semula jadi yang ada di dunia ini.













source
0 comments

Shahir Masuk Sekolah Pondok Ubat Hati Luka

Ramai yang bertanya kemana hilangnya juara Akademi Fantasia 8, Shahir. Sumber mengatakan bahawa Shahir kini berada di kampung halamannya dan sedang sibuk sambung belajar di pondok.
Sumber berkata, apa yang diberitahunya itu memang serius dan bukannya lawak. Malah, dia dapat tahu perkara itu pun menerusi sms yang dihantar Shahir kepada temannya. Pendek kata Shahir sendiri yang memaklumkan bahawa dia kini tengah sibuk belajar di pondok.





Dengan pengakuan ini, kami rasa misteri kehilangan shahir sudah pun terjawab. Persoalan seterusnya, bila agaknya Shahir belajar di pondok selepas kecewa dengan Rozita Che Wan.
source

0 comments

Tips Isteri Rangsang Suami Di Hubungan Intim (Bacaan 18+)






Sebagai isteri, tahukah anda apa yang diharapkan oleh suami dalam menjalin hubungan yang penuh kemesraan lagi hangat? Bagaimana pula sentuhan yang digemari si suami. Sebenarnya di sebalik sifat kelelakiannya, lelaki amat menyenangi sentuhan dan belaian wanita. Bagaimana dapat anda, seorang isteri penyayang, memancing ghairah suami tersayang? Dipersilakan membaca tips hubungan seksseperti di bawah.

Elakkan Dahulu

Janganlah anda fikir dengan tanpa seuratpun benang di tubuh anda, anda dapat dengan terus menaikkan ghairah suami anda. Anda seharusnya memakai pakaian malam/tidur yang tipis dan menampakkan bentuk dan lekukan-lekukan tubuh anda – keadaan yang mana anda masih berpakaian tetapi kelihatan seperti ‘bertelanjang’ beginilah yang dapat menaikkan nafsu suami untuk hebat menggauli anda.

Urai Rambutmu

Terutama bila anda berada di atas tubuhnya. Rambut anda yang lembut terurai berjuntaian dengan perlahan-lahan dapat menaikkan ghairah suami, apatah lagi bila dia terhidu keharuman rambut anda yang sentiasa berada dalam perapian itu.

Senyap Itu Indah

Adalah sesuatu yang membangkitkan hasrat seks lelaki apabila melihat isterinya membuka butang baju perlahan-lahan tanpa sepatahpun kata-kata. Diiringi senyuman mesra manja, suami tidak akan bersabar-sabar lagi untuk meraih anda ke dalam pelukannya.

Sentuhan Sehangat Kuku

Percaya atau tidak; lelaki boleh teransang apabila bahagian ini disentuh. Usaplah dengan lembut dan mainkan dengan bibir anda yang hangat itu. Ghairah birahinya pasti tidak terperi-peri lagi.

Hadiah Sensasi

Isteri dapat meransang keinginan batin suami dengan membakar mata suaminya melalui ‘hadiah’ yang dianugerahkan. Misalnya, bekas gigitan cinta atau cakaran yang anda tinggalkan di tubuhnya malam tadi membuatkan dia terkenang-kenang kepada anda. Juga, meninggalkan pakaian dalam di tempat tidur untuk kemudiannya dijumpai olehnya dapat menaikkan semula kelelakiannya.
Zon Rasa

Kulit bahagian dalam paha anda mampu meransang suami anda kerana ianya lembut dan mempesonakan pancainderanya. Apatah lagi bila disentuhnya, anda kegelian. Ini akan menyebabkan suami anda berasa lebih 'macho' perkasa.
Daerah Rangsangan

Mudah sahaja caranya: mainkan hujung lidah anda dengan lembut di bahagian luar cuping telinga suami. Gerakkan lidah turun naik di bahagian belakang telinga hingga terus ke leher. Lakukan perlahan-lahan dengan penuh kemesraan.


Sentuhan Kasih Sayang

Kelembutan sentuhan wanita menjadi impian setiap lelaki. Kucupan lembut dan usapan halus menggunakan hujung jemari anda mampu menggoda suami dan menyebabkan dia terkulai manja di dalam dakapan anda.

Bangkitkan Suasana

Selain pancaran sinar malap lampu tidur atau sebatang lilin dan juga alunan muzik yang lembut mendayu, suasana romantis dapat dihidupkan dengan semburan wangian sekitar kamar tidur. Anda diminta mengenakan wangian kegemarannya, minyak aromaterapi, losyen atau kain sutera yang dibiarkan menyentuh lembut kulit suami.


Pesona Pandangan

Tatapan mempesonakan yang penuh perasaan kasih juga sayang terhadap suami anda cukup untuk mempamerkan perasaan anda terhadapnya. Tidak perlu anda berkata-kata, renungan anda yang meruntun itu cukup untuk membuatkan dia terkesima.

Membelai Nyata

Suami akan berasa lebih disayangi jika anda pandai mengusap rambutnya. Apabila duduk bersama, belailah mahkota lebatnya itu. Usaplah perlahan-lahan menyisir dengan jemari anda dari dahi hingga ke belakang lehernya.


Intipan Geram

Perbuatan mengendap merupakan salah satu cara lelaki menaikkan ghairahnya sendiri. Tanpa disedari oleh wanita, dorongan seks lelaki mudah timbul oleh ransangan visual terutama pabila wanita mengenakan pakaian ataupun ketika mandi. Oleh demikian, usah menolak apabila si dia suami anda tiba-tiba mahu bersama anda sebaik sahaja anda melangkah keluar daripada kamar mandi.


Puputan Nafas

Hembusan nafas anda yang hangat akan menaikkan ghairah suami anda. Sentuhlah perlahan bibir anda ke bibirnya. Nafas hangat anda akan menyebabkan dia tidak sabar-sabar lagi mahu mencumbui anda.




Planet G-Spot

Suami juga mempunyai g-spotnya (hot-spot) yang tersendiri. Cari dan terokalah. Pancinglah si dia dengan memainkan peranan anda di zon sensasi miliknya itu .


Elak Sahaja Menyentuh Kelemahannya

Jangan sentuh kelemahan yang ada di tubuh suami anda. Tumpukan pada bahagian yang menjadi kebanggaannya seperti dadanya yang bidang, bahu atau hujung lengannya.

Sepantas Kilat

Bila mana anda mahu membuat suami anda lekas ghairah, ambillah tindakan yang agak agresif. Tarik dia ke sofa dan bertindak secepat kilat. Tetapi, sebelum itu pastikan keadaan sekitar ‘selamat.’


Kejutan Halwa Mata

Suami akan mengagumi anda, andai anda senantiasa membuat kejutan dari masa ke semasa untuk disaksikannya. Ini termasuk, membuat perubahan daripada segi penampilan anda, seperti dandanan rambut fesyen terbaru atau mengenakan pakaian dalam yang terseksi yang baru anda temui di gedung atau butik pakaian kegemaran anda







so, amacam wahai isteri-isteri? dah ready memberi kejutan?
0 comments

Tidurlah Tanpa Pakaian Untuk Suami (Bacaan 18+)



Di bawah ini disenaraikan beberapa manfaat tidur tanpa mengenakan pakaian dalam yang bukan sahaja memberi keselesaan tidur anda bahkan membantu pasangan suami isteri meraih kepuasan saat melakukan hubungan intim.












1. Lebih Berghairah




Sewaktu anda dan pasangan mula bersentuhan, hormon oksitosin (sejenis hormon yang bertanggungjawab memancing pasangan) akan dilepaskan. Selain dapat merangsang nafsu, hormon ini amat bermanafaat untuk menurunkan kadar degupan jantung, mengurangi stres dan meningkatkan rasa percaya anda denganpasangan. Apa yang pasti, oksitosin yang dilepaskan dari otak ini kemudiannya akan menghadirkan perasaan bahagia. Jadi, inilah perasaan yang mampu memberi manfaat positif terhadap hubungan anda dan pasangan.




2. Bikin MOOD Bercinta




Banyak wanita menolak untuk melakukan hubungan seksual dengan alasan kerana tidak ada mood. Penat, takut anak terjaga dan pelbagai perkara timbul di benak fikiran. Padahal, menolak berhubungan akan membuatkan wanita berasa kesepian dan tidak dipedulikan. Dalam hal ini, andalah yang memainkan peranan untuk mengubah mood saat melakukan sesi cinta dengan si dia. Beraksi dengan cara berselimut tanpa mengenakan sebarang pakaian dalam sebenarnya mampu meningkatkan dorongan seksual lelaki kepada wanita.




3. Eratkan Hubungan




Dalam soal hubungan intim cara ini dikatakan mampu mencipta ikatan di antara lelaki dan wanita. Lebih daripada itu, wanita menganggap ia adalah salah satu bentuk komitmen cinta dan kesetian terhadap pasangannya. Kaedah ini juga sekalu gus merapatkan kembali hubungan yang renggang. Justeru, pasangan yang sedang berhadapan dengan konflik rumah tangga dan bercadang untuk berpisah disarankan supaya melakukan kaedah ini.




4. Lebih Sihat




Kekerapan melakukan hubungan seksual juga memberi manfaat kepada kesihatan. Anda tidak perlu bercinta setiap hari kecuali anda berdua memang menginginkannya. Cukuplah beberapa kalu saja dalam seminggu. Menghabiskan waktu setengah jam hingga satu jam sehari untuk bercinta dalam keadaan tanpa pekaian juga membantu hidup anda lebih sihat dan bertenaga. Selain itu, sekali-sekala bercuti berdua juga mampu meningkatkan daya rangsangan di samping menenanangkan fikiran.






#cari
0 comments

Cara Buat Hubungan Intim Dengan Selamat


Cara Buat Hubungan Intim Dengan Selamat
Hubungan seks..
sebab budak2 sekolah pun tahu nak buat hubungan seks.
budak2 sekarang ni pandai benda2 macam ni..
bukan macam zaman tok nenek kita dulu..
zaman dulu bila anak gadis nak kawen
kemain gemuruh lagi sampai
mak ayah bagi minum air jampi nak bagi tenang..

zaman sekarang anak gadis nak kawen muka
manis je..tak de pun risau2 apa..
yang dia dia risau cuma pelamin ni bila nak siap pasang.
bunga teloq cukup ka dak..betul tak??

balik pada tajuk..
tips nak melakukan hubungan seks..
sikit je tip dia..

1-wajib akad nikah

2-jangan rakam guna enpon..guna kamera apa2 pun tak boleh.

3-jangan cerita kat orang apa aksi2 nya..

insyaallah..
kalau ikut tips2 ni
dijamin selamat!
0 comments

Trend Pakai Ketat Hingga Tersembul Nenen




“DIRI aku, lantak akulah... yang korang semua sibuk nak jaga tepi kain aku, apa hal? Aku punya sukalah nak buat apa pun. Kubur lain-lain, ’kan...” Fuh, memang hebat ayat ni, lebih-lebih lagi kalau disuarakan oleh orang wanita.


Namun, Mat hairan pula kenapa ramai wanita sekarang ni sebegini punya teruk. Memanglah orang busy body kalau perangai kau tu dah tahap macam orang tak ada agama je.


Baju ketat macam nak tersembul segala-galanya. Lepas tu berkepit sana sini dengan jantan yang bukan muhrim.


Hidup di dunia ni bukan berseorangan, ramai-ramai cik kak oii. Lagipun inikan negara Islam, dah tepatlah kalau ada yang saling tegur menegur.


Sebenarnya, baru-baru ini Mat terserempak dengan rakan IPT di luar sebuah kelab malam. Masa di IPT, kawan Mat yang seorang ni memang terkenal gedik dan seksi.


Namun, tak sangka pula, sekarang ini perangai dia makin teruk. Mulanya Mat tegur dengan niat bergurau disebabkan terkejut dengan perubahannya dan pada masa sama, berharap mungkin dia malu tapi lain pula jadinya.


Terus dihambur dengan kata-kata begitu. Disebabkan malu dan malas nak layan, terus Mat angkat kaki dan perasan rupa-rupanya dia tengah ‘high’ sama ada kerana pengaruh alkohol berlebihan atau mengambil dadah.


Aduhai, orang cantik, ada pelajaran... macam mana boleh hanyut pula dalam dunia ni. Yang paling Mat tak boleh tahan bila sedap saja cakap kubur lain-lain.


Memang kubur lain-lain, tapi kalau dah mati nanti, orang lain juga yang kena mandikan jenazah, kapankan, solatkan serta tanamkan.


Kalau mayat kau tu nanti boleh buat semuanya sendiri tak mengapa juga. Ini tak, lagi nak melenting pula.


Mat rasa ayat ni banyak kali kita dengar dan tak kurang juga ada yang sering mengucapkannya, konon bagi merestui perbuatan yang mungkin nampak khilaf pada mata orang lain. Oklah, kubur lain-lain, lu mati sendiri... lu masuk kubur, tanam sendirilah. -
#cari
 
;