Sunday 11 November 2012

Hanez Suraya dan Amy Search Berperang Lagi?




Dek kerana hanya satu permohonan maaf, Hanez Suraya dan papa Rock Amy Search berperang lagi menerusi laman sosial twitter dan Instagram?

Bagaimanapun kata-kata yang berbaur amarah itu kini sudahpun dihapuskan oleh kedua dua pihak.

Perang pertama antara Amy Search dan Hanez bermula pada majlis Anugerah Blokbuster 2011 baru-baru ini, apabila dia dikatakan berlagak sombong dengan tidak menegur Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman walaupun mereka duduk bersebelahan. Isteri Amy, Nourish turut menemaninya pada ketika itu.

Kali ini kisahnya muncul apabila Nourish atau nama sebenarnya Norhasniza Hassan telah secara tidak sengaja bertemu dengan adik Hanez yang merupakan seorang juruwang di sebuah bank tempat dia berurusan untuk mengeluarkan wang.

Nourish yang kebetulan mengenali adik Hanez ketika dia turut menemani Hanez pada malam Anugerah Blokbuster 2011 tempoh hari itu dikatakan ingin menyampaikan permohonan maaf bagi pihak suaminya.

Bagaimanapun, adik Hanez dikatakan telah menolak untuk menyampaikan permohonan maaf kepada kakaknya itu dan Nourish didakwa sehubungan itu telah membuat kecoh di bank berkenaan.

Hanez yang di tanya wartawan berkaitan isu itu mengeluarkan kenyataan, katanya dia bukan jenis orang yang sombong dan suka cari gaduh, malah katanya selama inipun dia hanya berdiam diri apabila dirinya di perkata orang.

Tambahnya, saya tidak tahu apa masalah yang berlaku sebenarnya. Kalau sesiapa ada nak bagi tahu saya apa-apa, baik jumpa saya sendiri dan jangan guna pihak ketiga bagi elak salah faham pula.
#carigali

0 comments:

Post a Comment

 
;