Wednesday 21 November 2012 0 comments

Kuman Membiak Pada Baju Yang Dijemur Dalam Rumah


WALAUPUN musim hujan sekarang, jangan menyidai pakaian yang baru dibasuh di dalam rumah kerana ia menggalakkan pembiakan kuman. MUSIM tengkujuh sekarang menyebabkan sebahagian orang menyidai pakaian yang baru dibasuh di dalam rumah tetapi perbuatan itu sebenarnya boleh memacu penyakit asma. Menurut penyelidik dari Sekolah Arkitek Mackintosh, Glasgow, Scotland, Malcolm Richardson, perbuatan itu akan meningkatkan kelembapan udara sehingga 30 peratus. Kajian ke atas 100 buah rumah di Scotland mendapati, sebanyak 87 peratus penduduk menyidai pakaian mereka di dalam rumah. “Hampir tiga perempat rumah memiliki tahap kelembapan yang tinggi sekali gus menggalakkan perkembangan kuman serta tungau. “Keadaan ini turut mendorong peningkatan risiko asma serta penyakit berkaitan alergi lain,” dakwa Richardson. 

Jangan Lupa Like CeritaBaek dan Share di FB | Follow @ceritabaek :)
0 comments

Langkah Patut Dibuat Selepas Dirogól

Saban hari, macam-macam kes yang kita sering dengar di dada akhbar. Itu baru akhbar, belum dikira lagi di blog-blog atau yang seumpamanya. Mungkin anda perlu tahu sebelum terkena atau anda mungkin tidak mahu tahu sebab yakin anda pasti bukan mangsanya. Namun tips berikut boleh sedikit sebanyak perlu diketahui oleh anda bagi mengelakkan perogol-perogol ini terlepas begitu sahaja. Jadi anda mungkin rugi, rakan-rakan anda mungkin rugi, sanak saudara atau orang yang rapat dengan anda. Apakah langkah-langkah yang perlu anda ambil sekiranya anda telah dirogol?
Perkara pertama yang perlu anda tahu, siapa yang merogol anda. Itu yang paling penting. Namun ada kemungkinan anda langsung tidak mengetahui siapa yang merogol anda. Tetiba sahaja anda dirogol. Bunyi pelik namun kejadian seumpamanya memang berlaku. Kemudian anda perlu tahu bagaiamana polis mengesan perogol selain daripada tangkapan rambang dan melalui proses pengecaman. Seringkali jika mangsa rogol panik, dilema atau berduka lara namun anda perlu menegakkan keadilan. Jadi langkah dibawah amat penting bagi memudahkan anda mendapat pengadilan sewajarnya. 

Selepas anda dirogol, pastikan anda tidak kalut dan catatkan seberapa banyak maklumat yang penting semasa kejadian tersebut berlaku. Lokasi, masa, keadaan perogol (jenis kulit, saiz badan atau tanda-tanda penting yang dapat anda cam pada perogol). Usah buang masa berduka dengan kejadian yang menimpa anda. Pastikan laporan polis dibuat dengan kadar segera bagi memudahkan pihak polis melakukan siasatan seterusnya menangkap durjana ini. Anda telah dirogol! Kenapa perlu menyembunyikan kejadian tersebut. Jika anda panikmaklumkan kepada orang yang anda sangat percaya. Mudah-mudahan anda akan diberikan jalan penyelesaian oleh orang itu.

 Pemeriksaan yang pantas oleh pakar perubatan mampu memberikan cukup bukti kepada anda untuk mengheret perogol ke muka pengadilan. Jika anda rasa anda perlu mandi untuk membuat pemeriksaan supaya anda tidak nampak selekeh, anda silap! Jika anda mandi bukti di badan anda boleh dimusnahkan. Jika orang yang merogol anda itu ialah keluarga anda, teman rapat anda, kekasih anda,jangan sesekali membela perogol tersebut. Ungkapan janji, amaran atau ugutan hanya untuk menutup tembelang si perogol. 

Jika anda berdiam diri, pastinya anda akan dirogol di lain hari. Jangan bertindak sendirian dengan melulu. Jangan marahkan nyamuk seekor, habis satu kelambu dibakar. Percayalah pada undang-undang. Serahkan kepada pihak polis untuk membuat siasatan. Dapatkan biro guaman kerajaan sekiranya anda tidak mampu untuk membayar kos guaman yang mahal. Perkara yang selalu difikirkan oleh mangsa rogol adalah hinanya setelah dirogol a.k.a hilang dara tanpa rela. Ingatlah masih ramai simpati dan menyokong anda. 

Jadi positifkan minda anda dan hadapi dunia dengan tabah. Walaupun satu negara tahu anda telah dirogol kelak, perogol perlu mendapat balasan yang setimpal atas apa yang dilakukannya. Semua ini adalah takdir Ilahi. Kita tidak mahu menjadi mangsa, tetapi jika berlaku anda perlu menegakkan keadilan. Biar sesiapapun yang merogol anda, jangan pula anda terjun daripada bangunan untuk lari daripada masalah anda. Berhati-hati para wanita. Tutupkan aurat yang terdedah adalah sebaik-baik langkah pencegahan yang mudah. Sekian. 
source

 Jangan Lupa Like CeritaBaek dan Share di FB | Follow @ceritabaek :)
0 comments

harimaumalaya v bangladesh seri.


Apa alasan king gobal menjelang 5 hari lagi piala AFF suzuki.????

Ini dia. BAU KETIAK PEMAIN BANGLADESH YG MELAMPAU.ahahah!kelako.! apa apa pun all the best untuk pasukan harimau malaya untuk pertandingn yg bakal berlansung tak lama lagi.mohon king gobal tak uji team dh masa pertandingn AFF suzuki nnti.heheh!
psst:gmbar edit

Jangan Lupa Like CeritaBaek dan Share di FB | Follow @ceritabaek :)
0 comments

Shila Mohon Maaf Cium Tangan Sharnaaz

PETALING JAYA: Penyanyi Shila Amzah memohon maaf kepada peminat kerana tindakan spontannya mencium tangan kekasihnya pelakon Sharnaaz Ahmad ketika namanya diumumkan sebagai pemenang Lagu Terbaik menerusi Patah Seribu pada Anugerah IndustriMuzik (AIM) ke-19, malam Sabtu lalu. Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah, 22, berkata, tindakan itu dilakukan secara tidak sengaja lebih-lebih lagi pada ketika itu dia berada di samping orang yang disayanginya apabila pengumuman dibuat. "Saya ingin meminta maaf atas kekhilafan saya itu. Ketika itu saya terlalu teruja dan pengumuman itu dibuat ketika saya berda di samping orang yanh saya sayang. "Ia merupakan satu pengajaran buat saya dan saya bukanlah seorang yang sempurna," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Ahad. Pada AIM19 yang diadakan secara langsung di Stadium Malawati, Shah Alam itu, aksi Shila mencium tangan Sharnaaz selepas diumumkan sebagai pemenang Lagu Terbaik menimbulkan perasaan kurang senang pada khalayak. Peminat Shila melahirkan rasa kekecewaan di Facebook dan Twitter kerana perbuatan itu dianggap telah melanggar batasan sebagai wanita Muslim yang bertudung. 

Jangan Lupa Like CeritaBaek dan Share di FB | Follow @ceritabaek :)
0 comments

Keajaiban di Peperangan Gaza - Allahu Akbar!

Seperti mana yang anda tahu, Dunia Gaza sedang bergolak dengan serangan tentera rejim zionis ke atas umat islam di semenanjung Gaza.. Ramai yang menjadi mangsa kekejaman Israel termasuklah anak kecil yang tidak berdosa.. Serangan yang bertalu-talu, roket dan peluru yang tidak mengenal mangsa ditujukan di bumi Gaza.. Disini CB nak berkongsi sedikit kisah benar dari semenanjung Gaza... Ini kisah benar yang diceritakan oleh Al-Fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu. Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza : 
Peristiwa 1 
 Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!
 Peristiwa 2 
Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???
 Peristiwa 3 
 Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya. 
 Peristiwa 4 
 Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik! Allahu Akhbar! 
 Peristiwa 5 
Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel ! 
 Peristiwa 6
 Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!". MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita? Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh Al-Fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan.. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui..Wallahu’alam.. Perasaan geram di dalam diri MB turut membuak akibat kekejaman tentera Israel terhadap saudara islam kita.. Kemana perginya pihak NATO, PBB dan negara-negara Islam yang lain?? Tidakkah mereka mampu berbuat sesuatu untuk Gaza.. 


 Jangan Lupa Like CeritaBaek dan Share di FB | Follow @ceritabaek :)
0 comments

Apa yang Israel takutkan pada Islam? tengok ni...

Apa yang Israel takutkan pada Islam ? Ketika rombongan Sheikh Maulana Tariq Jamil selesai menunaikan solat Subuh di salah satu masjid dekat perbatasan (Al-Hudud) tiba-tiba seorang tentera Israel dari luar melihat ke arah dalam masjid setelah melihat sebentar. Lalu tentera Israel itu pergi, maka syaikh Maulana Tariq Jamil menghampiri tentera Israel itu dan bertanya: apa yang dia lakukan tadi, saya hanya ingin melihat berapa jumlah orang Islam yang hadir solat Subuh di masjid, kata tentera Israel itu. Syaikh Maulana Tariq Jamil kehairanan bertanya: kenapa ? Tentara Israel pun menjawab: di dalam kitab kami (kitab Taurat) ada tertulis. "Jika di seluruh dunia jumlah orang Islam yang hadir untuk solat Subuh berjema'ah di masjid sama banyak dengan jumlah jema'ah solat Jum'at, maka 'saat itu Israel akan hancur'. "tetapi ketika tadi saya lihat di masjid jumlah orang Islam yang datang untuk solat Subuh berjema'ah masih sedikit. Maka, hati saya tenang, kerana ummat Islam pasti tidak akan dapat mengalahkan kami." Untuk itu kepada kaum muslimin dan muslimat di seluruh dunia di mana pun berada, mari kita tingkatkan keberjema'ahan solat Subuh agar kita mampu menghacurkan Israel. Khususnya mendorong dan membantu dengan doa untuk akhwatkum ikhwankum di Palestin khususnya Gaza. Ya Palestina ~Gaza~ Latabali... Latabali... Nahnu Ma'akum Al-Quds Balad Muqaddas 

Jangan Lupa Like CeritaBaek dan Share di FB | Follow @ceritabaek :)
0 comments

Tandas Yang Dibina Di Dalam Lift




Bekas digantung berhampiran dengan lantai kaca, yang mana bagunan ini merupakan 15 tingkat. Mana-mana pemilik masa depan apartmen penthouse akan mempunyai pandangan yang jelas dari bawah mereka. HomeDSGN laporan bahawa arkitek Hernandez Silva Arquitectos (HSA) membangunkan apartmen di atas di sebuah bangunan gaya-kolonial penuaan. Firma itu menjelaskan bahawa ruang pada asalnya bertujuan untuk lif kedua, yang tidak pernah dipasang. Siaran akhbar HSA menerangkan penthouse sebagai menggunakan "konsep ketelusan dan kesederhanaan bahan."


Jangan Lupa Like CeritaBaek dan Share di FB | Follow @ceritabaek :)
0 comments

Pelakon Azhar Sulaiman Mengaku Murtad ?

Orang kata, kalau tak faham agama/isu , baik duduk diam diam sahaja. Kalau tidak memang nampak bodohnya. Begitulah dengan kisah pelakon Azhar Sulaiman yang konon ingin menyindir Tok Guru Nik Aziz berhubung kenyataan beliau tempoh hari sehingga mengaku diri murtad . Azhar sulaiman sarcasm ? Isu agama tak boleh dibuat main yer pembaca sekalian. Walaupun niat dia hanya bergurau/menyindir tapi harus diingat ini isu murtad. Sedangkan lafaz cerai pun kalau dalam lakonan tak boleh,inikan lagi isu murtad. Ramai salah anggap tentang kenyataan Nik Aziz yang disiarkan dalam Utusan. Bukan kami ingin memihak, atau memfitnah mana mana pihak, tapi Utusan memang terkenal dengan akhbar ‘spin’ ,suka putar belit ayat. Tok Guru dikatakan akan menyaman akhbar tersebut kerana memfitnah. Bukti ? Sudah banyak kali Utusan kalah apabila disaman. Kalau tak tipu kenapa boleh banyak kali kalah yer ? :) Bagi Azhar Sulaiman, jangan jadi melayu yang layu. Orang kalau tiada ilmu, lebih baik simpan bodoh tu, jangan tunjuk sangat :) 
pada pendapat CeritaBaek Bro Azhar sarcasm dia mendalam sgt kot.

Jangan Lupa Like CeritaBaek dan Share di FB | Follow @ceritabaek :) 
#cari

0 comments

Pierre Andre Sertai Tabligh

Pada anugerah skrin yang lalu, ramai dapat mendengar ucapan Pierre Andre menyebut ”Anugerah paling hebat ialah kalimah ‘Lailahaillallah,’ jagalah kalimah ini dalam diri kita, love Allah dan love Muhammad,” Ucapan tersebut bukanlah sekadar ucapan semata mata,ia adalah salah satu permulaan dakwah oleh pengarah muda Pierre Andre yang sudah mengikuti tabligh sejak lima bulan lalu. Ucapan tersebut bukanlah sekadar ucapan semata mata,ia adalah salah satu permulaan dakwah oleh pengarah muda Pierre Andre yang sudah mengikuti tabligh sejak lima bulan lalu. “Itu juga satu dakwah daripada saya. Saya memang minta doa kepada Allah agar jalan dakwah saya dibuka, dan Alhamdulillah saya diberikan kesempatan. Selama 10 tahun dalam bidang seni, itulah kali pertama saya diberi anugerah dan itulah siaran langsung pertama yang saya dapat untuk menyuarakan sedikit dakwah saya,” katanya sambil meneruskan dengan satu pengakuan. “Saya sudah jadi pengarah filem sejak umur 21 tahun. Selama ini saya fikir itulah matlamat hidup saya. Akhirnya saya dapati hidup saya ‘kosong.’ Saya rasa dibohongi oleh dunia dan saya mula mencari. – tambah Pierre Andre. 

Jangan Lupa Like CeritaBaek dan Share di FB | Follow @ceritabaek :) 

#cari
0 comments

Apa Nasib Pekerja Mc Donalds JIka Terus Diboikot


Apa Nasib Bekerja Mc Donalds JIka Terus Diboikot Boikot produk israel Ramai juga yang masih bertanya kenapa Boikot McD, bagaimana dgn nasib pekerja McD? Ini senario yang paling mungkin. McD tidak akan terjejas dengan kempen boikot. Yang menurun mungkin market share sahaja. Makna kata jika market share McD dalam perniagaan makanan segera ialah 70% mungkin berkurangan beberapa % sahaja. (katakan tinggal 60%). McD akan terus beroperasi spt biasa kerana dia tak menanggung kerugian - cuma keuntungan terjejas sedikit (Kemungkinan pelbagai tawaran harga yang menarik dan strategi pengiklanan yang makin agresif adalah isyarat bahawa 'kempen boikot' semakin menggigit). Jadi pekerja McD boleh terus bekerja dan tidak akan hilang pekerjaan. Cuma masalah mungkin timbul bagi pekerja McD yang terkesan dengan maklumat hubungan di antara McD dan Israel (McD tidak pernah menafikan hubungan ini meskipun kempen seruan boikot ini dilancarkan dari UK - diterajui oleh Inminds, UK. Mereka mungkin akan berhadapan dengan rasa bersalah - rasa bersalah ini didorong oleh iman atau rasa kemanusiaan. Ini soal hati, dan jika seseorang itu melakukan sesuatu yang berlawanan dengan 'conscience' (rasa hatinya) maka dia akan mengalami konflik jiwa - rasa serba salah. Untuk golongan pekerja McD dalam kategori ini jangan bimbang ada jalan keluar. 1. Dr Yusuf Qardhawi, ulama tersohor dan paling prihatin dalam isu Palestin memberi panduan umum. - Jangan berhenti kerana seseorang itu akan kehilangan punca pendapatan, apatah lagi jika dia ada tanggungan. Jika dia berhenti dalam keadaan tidak ada mata pencarian yang lain - dia telah melakukan kezaliman ke atas dirinya dan keluarganya. Fitnah berhenti bekerja di McD lebih besar kerana kehilangan mata pencarian. - bagaimana utk mengelakkan ini? ikhtiarlah untuk mencari kerja lain yang menawarkan gaji yang setimpal atau lebih baik. Hanya setelah memperoleh peluang kerja dengan tawaran gaji yang serupa atau lebih baik barulah berhenti bekerja di McD. - Bagaimanakah jika tidak dapat juga pekerjaan lain. Jawapannya teruskanlah bekerja di McD. Tetapi Allah itukan maha pemberi rezeki ar-Razzaq. Mohonlah kepada Allah Rabbul Jalil, DIA tahu isi hati kita dan DIA akan memberi jalan keluar kepada hamba-hambaNYA yang bertakwa dengan punca-punca rezeki yang tidak disangka-sangka oleh hambaNYA (Bukankah kita yakin dengan 'ayat Seribu Dinar tu? Janganlah dijadikan hiasan sahaja tetapi tidak ada kesungguhan untuk menghayatinya). Ramai juga yang bertanya untuk membela pekerja McD (yg jumlahnya 10,000 orang menurut satu sumber). Pekerja McD tidak perlu pembelaan sebenarnya - rezeki mereka terjamin dengan jalan-jalan keluar yang digariskan di atas. Lebih baiklah mereka mengenangkan nasib 1.7 penduduk Gaza, 3.5 juta penduduk Palestin di tebing Barat, 500,000 rakyat Palestin yang terkepung di Baitul Maqdis dan 5 juta rakyat Palestin di khemah-khemah pelarian di Lubnan, Syria, Jordan dan lain-lain tempat. Di sini kita merisaukan sahabat-sahabat kita yang kehilangan mata pencarian di bumi bertuah Malaysia ini? Bagaimana dengan saudara-saudara kita di sana yang mungkin kehilangan nyawa, ibu-bapa dan anak-anak akibat dibunuh tanpa peri kemanusiaan. Dan jika dibiarkan hidup dinafikan pula hak yang paling asasi, makanan, minuman, ubat-ubatan, bahan api dan rumah untuk berteduh. Semoga kita tidak berbalah lagi dalam isu ini. Kami mendoakan semua pekerja McD agar tenang dengan pilihan-pilihan yang ada. Ingatlah Allah tidak akan menganiaya anda disebabkan oleh kedudukan anda, Allah akan bantu anda jika anda bantu agama Allah. "Tolonglah agama Allah, nescaya Allah akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukan kamu di bumi" IKRAM Mesir 2012 Sumber : Prof Madya Dr Haji Hafidzi Mohd Nor

 Jangan Lupa Like CeritaBaek dan Share di FB | Follow @ceritabaek :) 

#cari
 
;