Monday 12 November 2012 0 comments

Pasangan Zina Mati Melekat Kedua-Dua Badan

Pasangan Zina Mati Melekat Kedua-Dua Badan
Karawang Raka, Indonesia – Kejadian dilaporkan telah berlaku pada awal bulan oktober yang lalu, disaat itu seluruh masyarakat Karawang digemparkan dengan gambar dua pasangan yang meninggal dunia ketika sedang melakukan hubungan intim.
Berdasarkan info yang merebak menerusi masyarakat di sana, kedua pasangan itu ialah bukan pasangan suami isteri yang sah, tetapi dua orang yang curang.
Khabarnya, kedua-dua pasangan tersebut sama-sama sudah berkeluarga. Menerusi gambar yang tersebar dari telefon ke telefon, dapat dilihat dengan jelas dua jasad sedang berpelukan.
Melalui gambar itu juga, badan orang yang berada di atasnya telungkup dan bahagian buntutnya ditutupi kain sarung. Sementara itu tangan wanita yang berada di bawahnya dalam kedudukan memeluk bahu lelaki itu.
Setelah laporan polis dibuat, mayat kedua-dua jasad tersebut diletakkan didalam beg jenazah berwarna kuning. Kelihatan juga dua orang yang berpakaian seragam serupa polis, sepertinya tengah menunjukkan mayat dua orang yang sedang berzina ini.
Melalui info juga, kedua-dua jasad itu berada di sebuah bilik mayat. Kerana jika dilihat dari lantainya, biasanya digunakan di bilik mayat.
Menurut salah seorang warga Karawang, Wahyudi, “berdasarkan maklumat yang diterimanya, dua pasangan berbeza jantina itu berzina di kawasan makam keramat yang berada di belakang Cengsin, Klari, Indonesia. Namun setelah hubungan intim mereka selesai, badan kedua-duanya tak boleh lepas.”
Tambahnya lagi, lelaki tersebut sempat menelefon temannya yang juga merupakan seorang pegawai keselamatan, memberitahu badannya tidak boleh lepas. “Sampai akhirnya dibawa ke tiga rumah sakit, tapi tak ada yang dapat melepaskan kedua-duanya” ujarnya.
Wahyudi berkata, “Berdasarkan maklumat yang diterimanya pula, kedua-dua pasangan curang itu meninggal di hospital. Pada mulanya saya tidak percaya berita ada orang mati berpelukan, tapi setelah melihat gambar ini saya baru percaya,” katanya.

#cari
0 comments

Jejas Mental Andai Layan Facebook Lebih 3 Jam

Jejas Mental Andai Layan Facebook Lebih 3 Jam
Kuching: Info terbaru terutamanya kepada pelajar yang menggunakan cuti sekolah untuk melayari laman sosial Facebook selama tiga hingga tujuh jam sehari dibimbangi mengidap kemurungan pada masa depan.
Tahap risiko kemurungan membabitkan kesihatan mental boleh berlaku kerana kurang pergaulan sosial, justeru, apabila tiba masa berdikari, golongan terbabit berdepan masalah menyerap tekanan ketika bekerja akibat kelemahan menguasai keadaan sekeliling, iaitu ‘copy skills’.
Menurut Pengarah Hospital Sentosa, Dr Lau Kim Kah, “bagi mengelak keadaan itu, ibu bapa perlu menggalakkan anak mereka keluar bersosial secara sihat khususnya ketika musim sekolah, supaya kemahiran menguasai tekanan dapat dipelajari.”
“Apa yang dimaksudkan dengan copy skills adalah kemahiran pelajar meniru atau belajar daripada persekitarannya dalam memahami masalah dan menyerap tekanan.
“Kegagalan mempelajari kemahiran dalam situasi bukan formal akan menyebabkan golongan terbabit berdepan risiko mengidap kemurungan, sekali gus mengalami masalah mental,” katanya sempena majlis perasmian hari terbuka dan jualan amal Hospital Sentosa, semalam.
Kajian dari Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2011 menunjukkan hampir 340,000 penduduk negara ini atau 1.8 peratus menghadapi kemurungan, manakala penyakit keresahan adalah 1.7 peratus.
Tahap kemurungan didapati lebih tinggi membabitkan 2.5 peratus dalam kalangan usia 16 hingga 24 tahun dan kedua tertinggi membabitkan penduduk berumur 65 tahun ke atas.
Dr Chin Zin Hing, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri pula berkata, pihaknya menghadapi cabaran besar meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap tanggapan menyamakan maksud kesihatan mental dan penyakit mental.
“Kesihatan mental adalah membabitkan semua ahli masyarakat berbeza manakala penyakit mental cuma membabitkan individu tertentu saja,” katanya.
INFO: Risiko kemurungan
  • Pelajar melayari laman sosial facebook selama tiga hingga tujuh jam sehari dibimbangi mengidap kemurungan pada masa depan.
  • Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2011 menunjukkan hampir 340,000 penduduk negara ini atau 1.8 peratus menghadapi kemurungan.

#cari
1 comments

Hilang Semangat, Syafie Naswip Jual Burger


Hilang Semangat, Syafie Naswip Jual Burger
Syafie Naswip, bakat lakonannya telah dicukil oleh Allahyarham Yasmin Ahmad. Selepas pemergian pengarah prolifik itu, aktor muda Syafie Naswip, 20, mengakui dia terus hilang semangat untuk meneruskan kerjaya lakonannya.
Biarpun jiwanya pada dunia lakonan begitu mendalam namun dia tidak mampu untuk meneruskan perjuangannya. Akhirnya dua tahun dia ‘hilang’ dari industri.
“Apa-apa yang saya buat semuanya kerana arwah. Saya berhenti berlakon pun sebab dia. Sejak mula saya masuk dalam industri ni dan bila dia meninggal dunia, saya hilang inspirasi saya. Semangat saya juga turut hilang.
“Selama tak berlakon tu saya cuba buat kerja lain lah. Saya belajar, masuk tingkatan enam walaupun hakikatnya bukan atas kehendak saya. Tapi saya dengar juga nasihat keluarga. Sambil tu saya berniaga jual burger untuk bantu keluarga.
“Dua tahun saya tak ada job berlakon. Lagipun saya tak ada contact orang-orang dalam industri”, katanya ketika ditemui malaysiandigest di Anugerah Skrin (ASK) 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, malam Jumaat lalu.
Pada malam itu itu, Syafie telah berjaya meraih anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem menerusi karya arahan Fariza Azlina Ishak dan Effendee Mazlan berjudul Songlap.
Kini, Syafie Naswip akui semangatnya pelahan-lahan semakin pulih selepas tiga tahun pemergian pengarah yang mula memperkenalkan dia di persada dunia hiburan menerusi filem Mukhsin itu.
“Alhamdulillah, saya semakin kuat dan berani pada hari ini. Segala tunjuk ajar dan kata-kata perangsang Allahyarham akan terus jadi pegangan saya untuk berjuang dalam bidang seni.
“Saya mula berlakon semula bila datang tawaran daripada Khabir Bahtia iaitu filem Nur Kasih. Kemudian saya berlakon Songlap.
“Saya akui dulu saya malu-malu. Sekarang saya cuba kikis sikap pemalu dan lebih banyak berbual dengan rakan-rakan pelakon dan penggiat industri untuk terus maju. Kak Nani (Sharifah Amani) serta kerluarganya dan juga ibu Azean (Azean Irdawaty) Sherry Merlis yang banyak bagi peransang dan dorongan untuk saya bangkit semula,” katanya.
Apa yang lebih manis, ini merupakan kejayaan kali kedua Syafie di ASK selepas dia pernah memenangi trofi Pelakon Lelaki Terbaik Drama menerusi Ilham Suci pada ASK2007.
“Saya tak letak harapan apa-apa. Saya ingatkan abang Zahiril (Zahiril Adzim) yang akan menang. Saya bersyukur. Kemenangan ini saya tujukan buat kedua ibu bapa saya, inspirasi saya dalam seni iaitu Yasmin Ahmad.
Walau beliau sudah tiada tapi saya mahu anugerah ini didedikasikan kepada beliau. Serta kepada orang-orang yang banyak memberi semangat kepada saya”, tutur Syafie bakal memulakan penggambaran telefilem arahan Michael Ang untuk saluran Astro Prima tidak lama lagi.


#carigali
0 comments

Tertelan Sudu Akibat Gatal Kerongkong



TAIPING – Seorang lelaki warga emas kini bernasib baik masih kerana hidup biarpun menderita perut sakit selepas tertelan sudu sepanjang 15 sentimeter (enam inci) akhir bulan lalu.
Teoh Ah Lek, 57, kini dilaporkan telah selamat menjalani pembedahan kecil di Hospital Taiping, 7 November lalu untuk mengeluarkan sudu tersebut kini semakin pulih dan kembali menjalani kehidupan seperti biasa.
“Lega, sudah tidak sakit lagi,” katanya ketika ditemui para wartawan.
Ah Lek berkata, dia tidak menyangka niatnya menggaru kerongkongnya yang gatal menggunakan sudu terbabit ketika pada hari kejadian bertukar detik cemas.
“Niat saya hanya nak menggaru kerongkong saja, tak sangka pula sudu itu boleh terlepas dan tertelan,” katanya.
Akibatnya beliau terpaksa  menderita kesakitan sepanjang 10 hari sudu ‘menghuni’ perutnya.
“Ketika itu sedang makan berasa gatal di bahagian kerongkong sebelum mengambil keputusan untuk menggaru menggunakan sudu. Saya tak sangka, sudu sepanjang enam inci itu terlepas dan masuk ke bahagian perut.
“Sepanjang tempoh 10 hari itu, saya sering mengalami sakit di bahagian perut, mujurlah sudu sudah keluar, jika tidak saya tak tahu macam mana nak buat,” katanya.
Tertelan Sudu Akibat Gatal Kerongkong

Menurut Ah Lek, dia terpaksa meminta bantuan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Aulong, Yew Tian Hoe setelah rawatan awal yang dibuat tidak berjaya mengeluarkan sudu berkenaan.
“Sebelum ini, saya dimaklumkan sudu berkenaan akan keluar apabila saya membuang air besar, tetapi selepas beberapa hari, ia masih tidak berjaya, tak tahan dengan keadaan perut sakit, saya minta bantuan wakil rakyat untuk dimasukkan semula ke hospital,” katanya.
Dalam pada itu, menurut Tian Hoe, meskipun situasi itu boleh mendatangkan bahaya, tetapi ia antara kejadian unik yang pernah berlaku di kawasan itu.
“Saya harap orang ramai akan lebih berhati-hati dalam sebarang tindakan selepas ini,” katanya.
0 comments

Gadis dinoda rakan sekerja


GOMBAK: Seorang wanita membuat laporan polis selepas anak gadisnya mendakwa telah menjadi mangsa tindakan rakus rakan sekerja yang merogolnya di tempat kerja.
Difahamkan, gadis yang baru berusia 19 tahun itu mendakwa diperkosa tiga lelaki dipercayai warga asing di tempat kerjanya di pasar raya di Selayang, pada bulan lalu.
Ibu mangsa yang terkejut mendengar pengakuan anak perempuannya itu tampil membuat laporan di balai polis berhampiran pada petang kelmarin.
Sumber berkata, mangsa mendakwa diperkosa tiga lelaki yang juga rakan sekerjanya itu secara bergilir-gilir ketika mereka bekerja di pasar raya berkenaan.
“Mangsa mendakwa dibawa ketiga-tiga lelaki terbabit ke sebuah bilik sebelum dia diperkosa bergilir-gilir. Kejadian itu dipercayai berlaku dua kali pada bulan lalu.
“Akibat kejadian itu, mangsa dikatakan trauma dan takut untuk ke tempat kerjanya. Pada awalnya mangsa memberitahu ibunya dia mahu berhenti kerja,”
katanya.
Menurut sumber, si ibu yang kehairanan dengan permintaan anaknya itu bertanyakan mengenai sebab mahu berhenti kerja sebelum anaknya menceritakan apa yang berlaku.
Berikutan itu, ibu mangsa tampil membuat laporan polis dan mengharapkan tindakan selanjutnya dari pihak berkuasa.
Difahamkan, seorang suspek ditahan reman dan dua lagi suspek dikatakan melarikan diri. Polis giat memburu dua lagi suspek bagi membantu siasatan kes itu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan mengesahkan menerima laporan berkenaan.
0 comments

Gambar Perasmian Jersi Baru Harimau Malaya

Gambar Perasmian Jersi Baru Harimau Malaya: Jersi baru Harimau Malaya yang baru sahaja diperkenalkan dan dilancarkan di Wisma FAM pada pagi tadi.









Tiada peningkatan ketara dalam corak baru ini cuma ianya dilihat lebih simple serta kemas dan sesuai dengan misi Harimau Malaya ingin menjadi gergasi bola sepak serantau. Apapun semoga jersi tidak dijadikan alasan untuk kebangkitan atau penurunan prestasi skuad kebangsaan kerana harapan seluruh rakyat Malaysia ingin melihat Harimau Malaya sekali lagi menjadi jagoan Asean.

#carigali

0 comments

Keputusan UPSR 2012

Keputusan UPSR 2012
Keputusan UPSR 2012 – Pastinya menjadi debaran buat adik-adik yang menanti keluarnya keputusan UPSR 2012 mereka tersebut.
Namun yang pastinya ibu bapa turut tidak seringkali menanyakan akan itu kepada anak-anak. Namun demikian, usah lagi ditanya anak-anak itu dan berikut adalah info tarikh sebenar Result Ujian Penilaian Rendah 2012 yang diduki.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengumumkan bahawa pada 19 November ini, result tersebut telah pun keluar untuk diambil dan di semak.

#carigali
0 comments

Johan Raja Lawak Kena Kuruskan Badan








Pengacara dan pelawak popular, Johan Raja Lawak mula mengambil serius tentang penjagaan pemakanannya selepas menyedari berat badan kian bertambah.

Muhammad Yazid Lim Mohd Aziz atau Johan Raja Lawak, 28, berkata, penambahan itu bermula apabila dia sering menemani isterinya, Ozlyn Wati, yang sarat mengandung lapan bulan itu makan malam sehinggakan berat badan pasangan itu bertambah.

“Sejak isteri mengandung, dia cukup suka memasak dan sayalah yang akan makan kebanyakan daripada masakannya, dia pun kuat makan.

“Jadi, apabila kandungan turut terjejas dengan penambahan berat badan isteri, kami membuat keputusan untuk saling menjaga pemakanan antara satu sama lain.

“Dan sejak mula kawal pemakanan lapan bulan lalu, saya berjaya mengurangkan berat badan sebanyak tujuk kilogram (kg) daripada berat asal iaitu 85 kg,” katanya.

Menurut penyampai radio Era FM itu, dia juga turut mengambil inisiatif sendiri, kembali aktif semula bermain sukan bola sepak bersama pemain-pemain veteran Selangor yang pernah ditinggalkannya dua tahun yang lalu.

Johan berkata, keinginannya untuk mengurangkan berat badan bukan kerana cemburu dengan penampilannya yang jauh lebih kurus seperti di awal kemunculannya dahulu, sebaliknya ia dilakukan demi penjagaan kesihatan.

Tambah Johan, walaupun ingin mendapatkan berat badan yang ideal, dia tidak akan mengambil jalan pantas dengan mempercayai pengambilan pil kurus.

“Saya tidak percayakan pil kurus. Bagi saya, biarlah lambat, asalkan ia tidak menjejaskan kesihatan diri.

“Antara rutin pemakanan saya setiap hari ialah oat. Ia sangat mengenyangkan dan mampu menjaga kolestrol dalam badan,” ujarnya.

#carigali
0 comments

Melawat Pusat Ternakkan Mutiara Di China

Zhuji di Wilayah Zhejiang, menjadi salah satu pusat pengeluaran mutiara di China. 'Pertanian' mutiara ini membekalkan 60 peratus pasaran mutiara di China dan 30 peratus pasaran global.
Penanaman kerang mutiara di Zhuji, Wilayah Zhejiang, China, Selasa (6/9).



 
Seorang pekerja merangkai butir-butir mutiara menjadi rantai.
0 comments

Anne Ngasri Bertunang Dengan Ahli Politik Kaya (10 Gambar)





KUALA LUMPUR: Pelakon Anne Ngasri berharap pertunangannya dengan seorang ahli politik yang berstatus duda anak satu itu tidak akan menimbulkan fitnah kononnya dia seorang wanita yang cepat berubah hati selepas putus cinta dengan penyanyi Aliff Aziz.

Anne atau nama sebenarnya Ngasriah Ngasri, 28, berkata, kehadiran lelaki berusia 40 tahun itu dianggap sebagai satu anugerah daripada Tuhan apabila dia memulakan langkah bertemu keluarga Anne untuk meminangnya.

"Sebenarnya dia merupakan kawan saya dan Darling (kakak Anne) sejak setahun lalu tetapi ia tidak lebih daripada sahabat sahaja.

"Entah kenapa, selepas putus (dengan Aliff), kami lebih rapat sejak sebulan yang lalu dan apabila dia melamar, saya terima dia lebih-lebih lagi melihat kesungguhan dan keikhlasannya. Mungkin kami saling menepati antara satu sama lain.

"Saya pun tidak pernah menolak jodoh dan menganggap Aliff mungkin bukan jodoh saya. Diharap, tiada yang memberi persepsi negatif dengan perhubungan baru ini walaupun kehadirannya dalam hidup saya datang terlalu cepat," katanya.



Anne ditemui pada petang Ahad selepas majlis pertunangannya yang telahpun berlangsung di sebelah pagi di kediaman keluarganya, Jalan Ipoh dekat sini.

Majlis pertunangannya itu dihadiri seramai 200 orang tetamu yang terdiri daripada kedua-dua belah pihak keluarga dan pasangan itu bakal bernikah pada Disember ini.








Bagaimanapun identiti lelaki itu kelahiran negeri Johor itu dirahsiakan buat sementara waktu sehinggalah pada hari perkahwinannya nanti.

Tambah ibu kepada Abdul Warits, 4, Abdul Wafri, 3 dan Nazharah Afrozah, 2, itu, dia juga ingin meminta maaf kepada semua pihak merahsiakan identiti bakal suaminya itu kerana tidak mahu dianggap menunjuk-nunjuk.

"Selama ini orang sering menghentam saya macam-macam dan kali ini saya mahu lebih berhati-hati dan biarlah identiti tunang saya diketahui pada hari perkahwinan nanti.



"Perjalanan hidup ini adalah takdir buat diri sendiri dan diharap saya mendapat doa yang baik-baik daripada semua," ujarnya.

Anne sebelum ini pernah berkahwin dengan Abdul Wafi Hassan pada 26 Mei 2006 sebelum bercerai pada tahun 2010 dan mereka dikurniakan tiga cahayamata.

Dalam perkembangan lain, Anne berkata, dia kini sedang sibuk di lokasi penggambaran program bual bicara berkonsepkan remaja berjudul SIS untuk siaran TV9 selain beberapa projek drama dan filem.

#carigali
0 comments

Yang Penting Saya Tak Berbogel-Lana Nordin


PELAKON yang dikenali dengan jolokan Pamela Anderson Malaysia, Lana Nordin tidak merasakan dieksploitasi oleh pengarah, Afdlin Shauki dalam filem terbaru lakonannya, Pontianak vs Orang Minyak.

Menurut Lana, dia juga tidak merasakan diaibkan oleh Afdlin, apabila terdapat babak mempunyai dialog yang agak keterlaluan dan baju yang dipakai menampakkan bentuk tubuhnya.

"Ketika mula-mula mendapat skrip dan baju, saya sudah berkali-kali bertanya kepada Afdlin, lepaskah babak tersebut pada Lembaga Penapisan Filem (LPF). Jadi bila sudah ditayangkan (lulus LPF), saya berharap ia bukan isu besar.

"Saya juga percaya Afdlin tiada niat untuk mengaibkan saya kerana sejak awal lagi, dia sudah terangkan kepada saya.

Tapi jika benar Afdlin ingin mempergunakan diri saya, saya anggap ini 'win-win situation', kerana saya juga mempergunakan tawaran ini untuk menonjolkan watak saya sebagai pelakon komedi buat pertama kalinya," katanya yang ditemui selepas pratonton filem berkenaan.

Ditanya tidak bimbangkah andai babak dan dialog tersebut bakal mencetuskan kontroversi, Lana berkata, dia hanya menganggap perkara tersebut sebagai satu jenaka dan sudah lali dengan kontroversi yang menimpa dirinya.

"Sejak awal kemunculan saya, saya sudah diberikan jolokan macam-macam dan saya dah lali dengan hal-hal sebegitu (hal kontroversi). Sebenarnya terpulanglah bagaimana orang mahu menilai babak dan dialog tersebut.

Apa yang penting, saya tak bodoh sampai nak berbogel,” jelasnya.

Lana berkata, apa yang penting, setiap perkara yang dilakukan sudah dimaklumkan kepada keluarganya terlebih dahulu.

"Sebelum memulakan penggambaran, saya sudah hantar gambar baju itu kepada ibu saya untuk mendapatkan pandangannya. Mak saya ada menegur, tapi selepas saya terangkan, dia tidak berkata apa-apa," katanya.

Cuba pelbagai watak

Berkongsi pengalamannya berlakon sebagai Ruminah dalam filem berkenaan, Lana mengakui, berlakon filem komedi memberi cabaran dan pengalaman yang berbeza buatnya.

"Walaupun babak saya menjadi separa hantu sudah sampai ke hujung filem, tetapi 'latex' tersebut memberi kesan terhadap kulit saya sehingga kulit saya rosak akibat cecair tersebut panas dan mengeluarkan bau yang busuk.

"Tapi, dalam masa yang sama, saya seronok dapat terlibat dalam filem komedi kerana memang sudah lama saya mengimpikan untuk berlakon dalam naskhah komedi.

"Saya mahu cuba pelbagai watak dan jadi pelakon yang versatil. Saya tak mahu orang asyik label saya sebagai pelakon yang membawa watak penggoda dan jahat sahaja," katanya.

Menyentuh tentang perkembangan kariernya, Lana berkata, dia kini sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri KL Drift. Manakala filem lakonannya, ‘Lagenda Budak Setan 2’ dan ‘Tokan’ akan ditayangkan tidak lama lagi.

Rancang berkahwin?

Tidak lengkap mendekati wanita yang sudah berusia 33 tahun ini andai tidak menyentuh tentang kekasihnya yang bernama Parvel.

Enggan lagi berselindung seperti sebelum ini, Lana mengakui sudah membawa jejaka yang berasal dari Republik Czech berjumpa dengan keluarganya pada Ramadan lalu.

"Saya bawa dia berjumpa keluarga untuk memperkenalkan dia kepada agama, adat dan budaya kita. Saya tidak mahu memaksa dia memeluk Islam, tetapi mahu dia sendiri jatuh cinta dengan Islam dan budaya kita.

"Malah, saya juga sudah beberapa kali berhubung dengan keluarganya melalui Skype. Jika tiada aral melintang, saya akan berjumpa dengan keluarganya tahun depan," ujarnya.

Ditanya mengenai perancangan untuk mendirikan rumah tangga, Lana berkata, dia masih belum memikirkan hal untuk mendirikan rumah tangga, apatah lagi kekasihnya yang berusia 24 tahun itu sedang sibuk membina kerjaya dalam bidang peragaan di Manila.

"Dulu ketika berusia 28 tahun, memang saya ada 'target' untuk berkahwin sebelum 30 tahun. Tapi bila sudah melebih 30 tahun, saya tidak lagi rasa terkejar-kejar untuk berkahwin.

Jika sudah sampai serunya, saya pasti akan berkahwin juga nanti," katanya.

#carigali
0 comments

Kesan Ngeri Gempa Bumi Di Myanmar


Dianggarkan seramai 12 maut dan 16 cedera serta mengakibatkan kemusnahan apabila gempa bumi melanda utara Myammar semalam.

Gegaran yang melanda Myammar turut dirasai di Bangkok Thailand.

Alhamdulillah Malaysia berada jauh dalam lingkungan gempa bumi dan gunung berapi. Tapi tidak mustahil jika satu hari nanti lingkungan gempa bumi boleh beralih sampai ke Malaysia kerana sejak beberapa tahun ini Malaysia semakin merasai gegaran gempa bumi yang melanda di negara jiran iaitu Indonesia.

















#carigali
0 comments

Dedah Dada,Lana Nordin Tak Berani Lintas Karpet Merah

Pelakon seksi Lana Nordin tidak berani melintasi karpet merah kerana memakai pakaian dedah dada, tapi selepas acara Anugerah Skrin berlangsung, seorang wartawan nama Budiey sempat bertemu dengan Lana semasa post party.

Serius, makin kurus la Lana sekarang ni. Apa citer pulak dia dengan boyfriend mat salllehnya tu? Masih on lagi kew?

Teruslah kena serang dengan media. Busana yang digayakan Lana boleh dikatakan seksi jugalah sebab membogelkan semua bahagian bahunya. Dan yang penting, nampak lurah dendam Lana. LOL. Kira ini fesyen berkemban ala artis Hollywood.

Isu terkini, Lana Nordin dikatakan dieksploitasi dirinya yang seksi dalam filem PONTIANAK VS ORANG MINYAK. Bagaimana Lana boleh seksi dalam filem ini, korang kena tengok sendiri filem ni.
0 comments

Maya Karin,Pakaian Dalam Dan Pelakon Filem Wanita Terbaik (video)


Ada peminat yang sudah menjangkakan kemenangan Maya Karin di malam Anugerah Skrin 2012 hujung minggu lalu namun untuk aktress ini, ianya terlalu cepat.

“Saya datang pun dengan tidak begitu tinggi harapan — tiba tiba sahaja kategori Pelakon Filem Wanita Terbaik muncul — dan I got it, yeay!” ujar Maya Karin yang di’temui.

Dalam video temubual di’bawah, Maya Karin juga menceritakan pengalaman beliau di Kathmandu, Nepal selain menjawab isu menjadi jurucakap pakaian dalam wanita.

#carigali


0 comments

Sanggup Kerat Lidah Pujuk Isteri Pulang




Pembaiki televisyen, Bunty Vernma, 32, yang berasal dari Khaldwadi di Sendhwa, menyalahkan lidahnya yang menjadi punca dia mengeluarkan kata-kata kesat terhadap isterinya, Hema.



NEW DELHI – Seorang lelaki memotong lidahnya dalam usaha untuk memujuk isterinya pulang. Si isteri dilapor meninggalkan rumah mereka selepas hilang sabar kerana suaminya sering menggunakan bahasa kesat terhadapnya.



Hema meninggalkan rumah mereka bersama-sama anaknya, menyebabkan Verma menyesal dan bertindak drastik dengan memotong lidahnya.


Dalam surat kepada isternya, Vernma berkata, dia bertindak demikian kerana menyesal dan meminta Hema memaafkannya.


Sehingga ini, Hema masih belum pulang dan suaminya dimasukkan ke hospital.
Rakan Verma, Aslam dan Sultan memberitahu media, Hema adalah isteri kedua Verma dan isteri pertamanya meninggalkannya beberapa tahun lalu.


#carigali
0 comments

Pertunjukkan Pakaian Dalam Tercantik 2012 (23 Gambar)



Pertunjukkan Pakaian Dalam Tercantik 2012 (23 Gambar)













Alessandra Ambrossio selepas enam bulan melahirkan anak ke duanya


Barbara Palvin, model comel inilah yang dikatakan skandal punca perpisahan Justin Bieber dan Selena Gomez










Miranda Kerr, model hot ini miliki seorang anak lelaki







Model China, Liu Wen

























Doutzen Kroes & Rihanna




Adriana Lima (merah) baru dua bulan melahirkan anak ke duanya


#carigali
 
;