Wednesday 14 November 2012

Trend Pakai Ketat Hingga Tersembul Nenen




“DIRI aku, lantak akulah... yang korang semua sibuk nak jaga tepi kain aku, apa hal? Aku punya sukalah nak buat apa pun. Kubur lain-lain, ’kan...” Fuh, memang hebat ayat ni, lebih-lebih lagi kalau disuarakan oleh orang wanita.


Namun, Mat hairan pula kenapa ramai wanita sekarang ni sebegini punya teruk. Memanglah orang busy body kalau perangai kau tu dah tahap macam orang tak ada agama je.


Baju ketat macam nak tersembul segala-galanya. Lepas tu berkepit sana sini dengan jantan yang bukan muhrim.


Hidup di dunia ni bukan berseorangan, ramai-ramai cik kak oii. Lagipun inikan negara Islam, dah tepatlah kalau ada yang saling tegur menegur.


Sebenarnya, baru-baru ini Mat terserempak dengan rakan IPT di luar sebuah kelab malam. Masa di IPT, kawan Mat yang seorang ni memang terkenal gedik dan seksi.


Namun, tak sangka pula, sekarang ini perangai dia makin teruk. Mulanya Mat tegur dengan niat bergurau disebabkan terkejut dengan perubahannya dan pada masa sama, berharap mungkin dia malu tapi lain pula jadinya.


Terus dihambur dengan kata-kata begitu. Disebabkan malu dan malas nak layan, terus Mat angkat kaki dan perasan rupa-rupanya dia tengah ‘high’ sama ada kerana pengaruh alkohol berlebihan atau mengambil dadah.


Aduhai, orang cantik, ada pelajaran... macam mana boleh hanyut pula dalam dunia ni. Yang paling Mat tak boleh tahan bila sedap saja cakap kubur lain-lain.


Memang kubur lain-lain, tapi kalau dah mati nanti, orang lain juga yang kena mandikan jenazah, kapankan, solatkan serta tanamkan.


Kalau mayat kau tu nanti boleh buat semuanya sendiri tak mengapa juga. Ini tak, lagi nak melenting pula.


Mat rasa ayat ni banyak kali kita dengar dan tak kurang juga ada yang sering mengucapkannya, konon bagi merestui perbuatan yang mungkin nampak khilaf pada mata orang lain. Oklah, kubur lain-lain, lu mati sendiri... lu masuk kubur, tanam sendirilah. -
#cari

0 comments:

Post a Comment

 
;