Wednesday 14 November 2012

Bayaran Menyanyi Shila Amzah Rm25,000 Setengah Jam

Sejak memenangi gelaran juara pada pertandingan nyanyian, Asian Wave 2012 di Shanghai, nama Shila Hamzah begitu popular sekali.

Al-maklumlah, dia kini bukan saja sedang meningkat naik di negara sendiri, malah di luar negara pun orang asyik menyebut-nyebut namanya.

Ini kerana bakat yang dimiliki Shila atau lebih mesra disapa Sha ini bukan calang-calang.
Dia mempunyai vokal dan suara yang mantap sehingga membuatkan ramai pihak ingin mengundangnya melakukan persembahan.

Namun, apa yang tidak sedap didengar adalah Shila kini mengenakan bayaran yang tinggi untuk membuat satu-satu nyanyian.
Bayangkan bayaran yang diletakkan oleh pihak Shila adalah RM25,000 untuk hanya setengah jam.
Ia dilihat sebagai satu angka yang besar dan agak tinggi.

Tetapi usah risau, kerana tidak semua persembahan Shila akan kenakan bayaran seperti itu.
Shila sendiri faham, tidak semua penganjur mempunyai bajet yang besar.
Jadi apa yang penting sekarang ini adalah bincang dan dapatkan kepastian sendiri daripada pihak Shila.
Menerusi Pancaindera, semalam, pihaknya ada memberi kenyataan berhubung isu ini.

“Harga yang kami letak pun mestilah tengok pada kesesuaian majlis. Kami juga kena lihat apa jenis majlis, tujuan dan persembahan itu untuk apa.
“Bila dah ada persetujuan barulah boleh harga dirunding. Bukan bermakna setiap persembahan mesti bayar RM25,000 sebab kita faham tidak semua majlis ada bajet yang besar.

“Apapun sesiapa yang mahukan Shila membuat persembahan perlu ‘deal’ untuk capai kata putus dan bukan dengar kata orang”, kata pihak Shila Amzah yang dipetik melalui Pancaindera, di sini, semalam.
Jadi diharapkan selepas ini tidak ada lagi yang mengatakan Shila demand di dalam persembahannya.

Jangan Lupa Like CeritaBaek dan Share di FB | Follow @ceritabaek :)

0 comments:

Post a Comment

 
;