Wednesday 14 November 2012

Sejarah Kejayaan Jenama Samsung



Samsung adalah salah satu penyedia OEM terbesar di dunia teknologi. Didirikan oleh Lee Byung-chul pada tahun 1938 sebagai syarikat menjual mee dan makanan laut kering, Samsung kemudiannya berkembang sebagai syarikat perdagangan eksport pelbagai produk dari Korea Selatan ke Beijing, China. Kemudiannya Samsung secara bertahap berkembang menjadi syarikat multinasional seperti sekarang ini.

Perkataan Samsung bererti "tiga bintang" di Korea. Hal ini menjadi nama yang terkait dengan pelbagai jenis dunia perniagaan di Korea Selatan dan di pelbagai tempat lain di dunia. Kini diperingkat antarabangsa, Samsung mengasosiasikan nama dengan industri elektronik, informasi teknologi dan pembuatan.

Sejarah SamsungSejarah Samsung bermula pada tahun 1938 dimana Lee Byung-Chull (1910-1987) berasal dari keluarga pemilik tanah yang luas di daerah Uiryeong datang ke kota Daegu dan mendirikan Samsung Sanghoe, sebuah syarikat perdagangan kecil dengan 40 orang pekerja yang berlokasi di Su-dong (sekarang Ingyo-dong).




Lee Byung-Chull
Syarikat yang dibangunkan Lee mengalami kemajuan dan ia memindahkan pejabat urusannya ke Seoul pada tahun 1947. Ketika Perang Korea, Lee terpaksa meninggalkan Seoul dan mendirikan kilang penyulingan gula di Busan yang dikenali dengan nama Cheil Jedang. Setelah perang tamat, pada tahun 1954, Lee mendirikan Cheil Mojik dan membangun kilang di Chimsan-dong, Daegu sebagai yang mengeluarkan tekstil.


kilang Samsung di Chimsan-dong, Daegu

Perkembangan Samsung
Dari tahun 1958 dan seterusnya Samsung mulai melebarkan sayapnya ke industri lain seperti kewangan, media, bahan kimia dan pembuatan kapal sepanjang tahun 1970-an.

Pada akhir 60-an, Samsung Group mulai masuk ke dalam industri elektronik. Untuk memastikan pertumbuhan syarikat berkembang dengan pesat, Samsung membahagi tugas kerja dalam bentuk divisyen-divisyen elektronik, di antaranya Samsung Electronics Co Devices, Samsung Electro-Mechanical Co, Samsung Corning Co, dan Samsung Semiconductor & Telecommunications Co, dan membuat fasiliti di Suwon.

Produk pertamanya adalah televisyen hitam-putih. Pada tahun 1980, syarikat yang diakuisisi oleh Hanguk tongsin jeonja di Gumi, mulai membuat peranti telekomunikasi. Produk awalnya adalah switchboards. Bermula dari produk ini, Samsung mulai menghasilkan telefon dan mesin faks dan akhirnya menjadi Samsung's mobile phone manufacturing. Daripada kilang inilah, Samsung telah menghasilkan hampir satu billion telefon bimbit sehinggalah hari ini.



Pada akhir 1980-an dan awal 1990-an, Samsung Electronics berinvestasi dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D). Pelaburan dalam R&D ini sangat penting untuk mendorong syarikat itu ke garis depan dalam industri elektronik global. Pada tahun 1980-an Samsung adalah syarikat penghasil, pengedar, dan menjual pelbagai jenis peralatan dan produk elektronik di seluruh dunia.


Pada tahun 1982, Samsung membangunkan sebuah kilang untuk menghasilkan televisyen di Portugal. Pada tahun 1984 pula, Samsung membangunkan sebuah lagi kilang bernilai $ 25 juta di New York. Dan pada tahun 1987, samsung membangunkan kemudahan lain bernilai $ 25 juta di UK.


Ekspansi Samsung
Pada tahun 1987, pengasas dan ketua Samsung, Lee Byung-Chull meninggal dan Kun-Hee Lee mengambil alih jawatan sebagai pengerusi Samsung. Pada tahun 1990-an Samsung mulai membangunkan kilang melebarkan sayapnya secara global di Amerika Syarikat, Britain, Jerman, Thailand, Mexico, Sepanyol dan China sehingga 1997.

Samsung mulai bangkit sebagai syarikat global pada 1990-an. cabang pembinaan Samsung berjaya mendapatkan kontrak untuk membangun satu daripada dua menara berkembar Petronas Towers di Malaysia, Taipei 101 di Taiwan dan Khalifa Burj di United Emirat Arab.



Pada tahun 1993., Lee Kun-hee menjual 10 anak syarikat Samsung Group, memperkemas dan menggabungkan beberapa operasi dan anak syarikatnya untuk fokus kepada 3 industri teras iaitu elektronik, teknikal, dan bahan kimia. Pada tahun 1996, Samsung membeli kembali Sungkyunkwan University foundation.



Samsung Menghadapi Krisis Kewangan Asia 1997
Pada tahun 1997 hampir semua syarikat perniagaan di Korea mengalami krisis besar dan tidak terkecuali Samsung. Mereka menjual beberapa unit perniagaan masing-masing untuk mengurangkan beban hutang dan mengurangkan pekerja kepada 50000 orang. Namun berkat pelaburan dalam industri elektronik, Samsung berjaya untuk bertahan dan terus berkembang hingga saat ini.

Dibandingkan dengan syarikat besar yang lain di Korea, Samsung terselamat dari krisis kewangan Asia tahun 1997 yang relatifnya tidak berpengaruh besar terhadap Samsung.

Namun, Samsung Motor dijual kepada Renault kerana mengalami kerugian yang signifikan. Pada tahun 2010, saham Renault Samsung sebanyak 80.1 peratus dimiliki oleh Renault dan 19.9 peratus dimiliki oleh Samsung.

Selain itu, Samsung menghasilkan pelbagai pesawat dari tahun 1980-an 1990-an. Syarikat ini didirikan pada tahun 1999 sebagai Korea Aerospace Industries (KAI), hasil penggabungan antara tiga bahagian aerospace domestik utama Samsung Aerospace, Daewoo Heavy Industries, dan Hyundai Space dan Aircraft Company.




Samsung Mulai Berjaya
Samsung menjadi pengeluar terbesar memory chips di dunia pada tahun 1992, dan pembuat chip dunia terbesar kedua setelah Intel. Sepuluh tahun kemudian, Samsung tumbuh menjadi pengeluar terbesar di dunia membuat panel layar liquid-crystal.

Pada tahun 2006, S-LCD didirikan sebagai syarikat kerjasama antara Samsung dan Sony dalam rangka menyediakan pengeluaran yang stabil dari panel LCD untuk mereka dan mengoperasikan kilang-kilang serta membangun kemudahan di Tangjung, Korea Selatan.




Samsung Mengungguli Sony Sebagai Perusahaan Elektronik Terbesar
Samsung Electronics mengungguli Sony sebagai salah satu jenama paling popular di dunia pengguna elektronik pada tahun 2004 dan 2005. Dan kini Samsung menjadi pengeluar telefon pintar terbesar mengatasi Apple Inc. sekaligus pengeluar telefon bimbit terbesar dunia mengatasi Nokia.



Samsung Semakin Maju
Kejayaan Samsung sebagai sebuah penyedia teknologi terus berkembang melalui penggabungan beberapa anak syarikatnya seperti Samsung Electronics telah bergabung dengan Samsung Semikonduktor dan Telekomunikasi. Dengan cara ini ia dapat membantu Samsung untuk terus utuh di pasaran global dengan produk teknologi tinggi yang akan menjadi pilihan di setiap rumah.

Perkembangan ini dijangka berkembang untuk dekad berikutnya di mana Samsung terus akan melampaui batas dan restrukturisasi rencana bisnis untuk sentiasa mengikut trend global.

Mengaplikasikan bentuk baru pengurusan terbukti menjadi perpindahan yang bijaksana bagi Samsung di mana produk dihasilkan mereka sentiasa mendahului pesaing lain dengan ciri atau aplikasi yang satu tingkat lebih tinggi berbanding pesaing, tetapi pada harga yang munasabah dan berpatutan.





Belajar dari Samsung
20 tahun tahun lalu, tidak ramai yang meramalkan bahawa Samsung dapat mengubah dirinya dari pengeluarperalatan kos rendah kepada pemimpin dunia dalam R&D, pemasaran, dan reka bentuk, dengan jenamayang kini lebih bernilai daripada Pepsi, Nike, atau American Express.

Malah masih ramai yang ragu akan strategi yang telah digunapakai Samsung, yang kini telah terbukti berjaya.Selama dua dekad, Samsung telah mengaplikasikan cantuman amalan perniagaan Barat ke dalam sistemasasnya yang bermodelkan sistem perniagaan Jepun, menggabungkan tradisi kehebatan pembuatan kos rendah dengan keupayaan untuk membawa produk berkualiti tinggi, margin tinggi produk berjenama dengan pantas ke pasaran.

Menjadi sebuah organisasi yang memberi tumpuan kepada peningkatan proses yang berterusan, Samsung memberi tumpuan kepada inovasi yang berasaskan strategi 'Blue Ocean Strategy'. Inovasi inilah menjadi modal Samsung untuk terkehadapan dalam setiap produknya.

Samsung turut mementingkan pembinaan imej untuk jenamanya, di mana kira-kira 20 peratus daripada perbelanjaannya adalah untuk penjenamaan. Untuk itu, Samsung secara agresif menjadi penaja beberapa kejohanan besar dunia antaranya Sukan Olimpik dan World Cup demi untuk meningkatkan nilai jenamanya.

Untuk menghasilkan tenaga kerja yang berprestasi, Samsung membawa tenaga kerja luar yang tidak boleh bertutur bahasa dan tidak biasa dengan budaya syarikat.

Disebalik tradisi Confucian yang menghormati pekerja yang lebih tua, Samsung sebaliknya memperkenalkan sistem gaji merit dan promosi jawatan, meletakkan sesetengah orang muda dalam kedudukan kuasa ke atasorang-orang yang lebih tua berbanding mereka. Ia telah menjadi laluan kepada perubahan pemikiran dalam strategi pengurusan masa kini

Rahsia kejayaan terus Samsung dalam peningkatan struktur pengurusan dan penerapan falsafah-nya: "Kami akan mencurahkan sumber daya manusia dan teknologi untuk menciptakan produk dan perkhidmatan, sehingga memberikan sumbangan yang lebih baik kepada masyarakat global."

#cari

0 comments:

Post a Comment

 
;