Monday 12 November 2012

Hilang Semangat, Syafie Naswip Jual Burger


Hilang Semangat, Syafie Naswip Jual Burger
Syafie Naswip, bakat lakonannya telah dicukil oleh Allahyarham Yasmin Ahmad. Selepas pemergian pengarah prolifik itu, aktor muda Syafie Naswip, 20, mengakui dia terus hilang semangat untuk meneruskan kerjaya lakonannya.
Biarpun jiwanya pada dunia lakonan begitu mendalam namun dia tidak mampu untuk meneruskan perjuangannya. Akhirnya dua tahun dia ‘hilang’ dari industri.
“Apa-apa yang saya buat semuanya kerana arwah. Saya berhenti berlakon pun sebab dia. Sejak mula saya masuk dalam industri ni dan bila dia meninggal dunia, saya hilang inspirasi saya. Semangat saya juga turut hilang.
“Selama tak berlakon tu saya cuba buat kerja lain lah. Saya belajar, masuk tingkatan enam walaupun hakikatnya bukan atas kehendak saya. Tapi saya dengar juga nasihat keluarga. Sambil tu saya berniaga jual burger untuk bantu keluarga.
“Dua tahun saya tak ada job berlakon. Lagipun saya tak ada contact orang-orang dalam industri”, katanya ketika ditemui malaysiandigest di Anugerah Skrin (ASK) 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, malam Jumaat lalu.
Pada malam itu itu, Syafie telah berjaya meraih anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem menerusi karya arahan Fariza Azlina Ishak dan Effendee Mazlan berjudul Songlap.
Kini, Syafie Naswip akui semangatnya pelahan-lahan semakin pulih selepas tiga tahun pemergian pengarah yang mula memperkenalkan dia di persada dunia hiburan menerusi filem Mukhsin itu.
“Alhamdulillah, saya semakin kuat dan berani pada hari ini. Segala tunjuk ajar dan kata-kata perangsang Allahyarham akan terus jadi pegangan saya untuk berjuang dalam bidang seni.
“Saya mula berlakon semula bila datang tawaran daripada Khabir Bahtia iaitu filem Nur Kasih. Kemudian saya berlakon Songlap.
“Saya akui dulu saya malu-malu. Sekarang saya cuba kikis sikap pemalu dan lebih banyak berbual dengan rakan-rakan pelakon dan penggiat industri untuk terus maju. Kak Nani (Sharifah Amani) serta kerluarganya dan juga ibu Azean (Azean Irdawaty) Sherry Merlis yang banyak bagi peransang dan dorongan untuk saya bangkit semula,” katanya.
Apa yang lebih manis, ini merupakan kejayaan kali kedua Syafie di ASK selepas dia pernah memenangi trofi Pelakon Lelaki Terbaik Drama menerusi Ilham Suci pada ASK2007.
“Saya tak letak harapan apa-apa. Saya ingatkan abang Zahiril (Zahiril Adzim) yang akan menang. Saya bersyukur. Kemenangan ini saya tujukan buat kedua ibu bapa saya, inspirasi saya dalam seni iaitu Yasmin Ahmad.
Walau beliau sudah tiada tapi saya mahu anugerah ini didedikasikan kepada beliau. Serta kepada orang-orang yang banyak memberi semangat kepada saya”, tutur Syafie bakal memulakan penggambaran telefilem arahan Michael Ang untuk saluran Astro Prima tidak lama lagi.


#carigali

1 comments:

Anonymous said...

kesian dia..

Post a Comment

 
;