Monday 12 November 2012

Johan Raja Lawak Kena Kuruskan Badan








Pengacara dan pelawak popular, Johan Raja Lawak mula mengambil serius tentang penjagaan pemakanannya selepas menyedari berat badan kian bertambah.

Muhammad Yazid Lim Mohd Aziz atau Johan Raja Lawak, 28, berkata, penambahan itu bermula apabila dia sering menemani isterinya, Ozlyn Wati, yang sarat mengandung lapan bulan itu makan malam sehinggakan berat badan pasangan itu bertambah.

“Sejak isteri mengandung, dia cukup suka memasak dan sayalah yang akan makan kebanyakan daripada masakannya, dia pun kuat makan.

“Jadi, apabila kandungan turut terjejas dengan penambahan berat badan isteri, kami membuat keputusan untuk saling menjaga pemakanan antara satu sama lain.

“Dan sejak mula kawal pemakanan lapan bulan lalu, saya berjaya mengurangkan berat badan sebanyak tujuk kilogram (kg) daripada berat asal iaitu 85 kg,” katanya.

Menurut penyampai radio Era FM itu, dia juga turut mengambil inisiatif sendiri, kembali aktif semula bermain sukan bola sepak bersama pemain-pemain veteran Selangor yang pernah ditinggalkannya dua tahun yang lalu.

Johan berkata, keinginannya untuk mengurangkan berat badan bukan kerana cemburu dengan penampilannya yang jauh lebih kurus seperti di awal kemunculannya dahulu, sebaliknya ia dilakukan demi penjagaan kesihatan.

Tambah Johan, walaupun ingin mendapatkan berat badan yang ideal, dia tidak akan mengambil jalan pantas dengan mempercayai pengambilan pil kurus.

“Saya tidak percayakan pil kurus. Bagi saya, biarlah lambat, asalkan ia tidak menjejaskan kesihatan diri.

“Antara rutin pemakanan saya setiap hari ialah oat. Ia sangat mengenyangkan dan mampu menjaga kolestrol dalam badan,” ujarnya.

#carigali

0 comments:

Post a Comment

 
;