Monday 12 November 2012

Sanggup Kerat Lidah Pujuk Isteri Pulang




Pembaiki televisyen, Bunty Vernma, 32, yang berasal dari Khaldwadi di Sendhwa, menyalahkan lidahnya yang menjadi punca dia mengeluarkan kata-kata kesat terhadap isterinya, Hema.



NEW DELHI – Seorang lelaki memotong lidahnya dalam usaha untuk memujuk isterinya pulang. Si isteri dilapor meninggalkan rumah mereka selepas hilang sabar kerana suaminya sering menggunakan bahasa kesat terhadapnya.



Hema meninggalkan rumah mereka bersama-sama anaknya, menyebabkan Verma menyesal dan bertindak drastik dengan memotong lidahnya.


Dalam surat kepada isternya, Vernma berkata, dia bertindak demikian kerana menyesal dan meminta Hema memaafkannya.


Sehingga ini, Hema masih belum pulang dan suaminya dimasukkan ke hospital.
Rakan Verma, Aslam dan Sultan memberitahu media, Hema adalah isteri kedua Verma dan isteri pertamanya meninggalkannya beberapa tahun lalu.


#carigali

0 comments:

Post a Comment

 
;