Sunday, 11 November 2012 0 comments

Pelik Tanah Gersang Ditumbuhi Lautan Bunga Di Afrika (7 Gambar)



Benua Afrika rupanya tidak sekadar tanah kering kontang. Di Afrika Selatan, daerah gersang boleh berubah menjadi lautan bunga yang menawan. Namaqualand membentang sepanjang 970 km di pesisir barat Cape Town, dan memiliki luas area sekitar 440000 km. Selama musim panas, dataran tersebut kelihatan sangat kering dan gersang. Namun ketika musim bunga, padang yang tandus ini terlihat sangat cantik dan menawan dengan warna-warni beragam bunga.

Sukar untuk pelancong bayangkan, bagaimana mungkin di tanah gersang seperti Namaqualand boleh ada gurun bunga yang cantik. Menurut laman rasmi Namaqualand, setelah hujan musim sejuk, warna-warni bunga menghiasi dataran yang tandus ini. Bunga-bunga yang tumbuh liar ini pun menjadi panorama lain yang mengkagumkan di Namaqualand.

Ingin melihat cantiknya lautan bunga di daratan Afrika Selatan yang gersang ini? Sebaiknya, pelancong datang ke destinasi ini pada bulan Julai hingga Oktober setiap tahun. Sekitar 4000 jenis bunga mekar di wilayah tersebut.














Keindahan alam yang unik ini pun tersohor hingga ke luar Afrika Selatan. Musim dimana bunga-bunga liar ini mekar dikenali dengan sebutan musim bunga aster Namaqualand.

Menempuh perjalanan kurang lebih 5 jam dari Cape Town. Traveler sudah boleh melihat hamparan bunga liar yang cantik mulai dari West Coast National Park di Langebaan. Akan tetapi, panorama sesungguhnya boleh pelancong lihat ketika memasuki Kota Garies, Springbok, Kamieskroon, dan Port Nolloth.

Tidak hanya itu, Richtersveld National Park, Goegap Nature Reserve, Skilpad Wild Flower Reserve juga menjadi bahagian yang sangat menarik dan ‘wajib’ dilihat. Ya, traveler boleh melihat lautan bunga di seluruh area Namaqualand, pesisir barat Cape Town, Olifants River Valley, dan kota-kota seperti Citrusdal, Clanwilliam, Lamberts Bay, Nieuwoudtville serta Vredendal.

Jangan fikir, hanya boleh melihat padang savana atau dataran yang tandus saja. Afrika juga punya padang bunga yang mempesonakan!


#carigali
0 comments

Isteri Amy Search Yang Enggan Jumpa Saya-Hanez

“Saya terima dan mengaku bahawa itu salah saya walaupun saya bukan melakukannya dengan sengaja. Kemudian Nourish datang ke sebuah bank untuk melakukan urusan.


“Kebetulan kakitangan yang berurusan dengannya itu adalah adik saya. Dia bertanya kepada kakitangan tersebut, sama ada awak adalah adik Hanez Suraya.

“Dia pun terus beritahu adik saya tentang insiden di Anugerah Blokbuster 2012 itu. Adik saya kata tak mahu masuk campur. Betullahkan kata adik sayakan. Dia pun sambung cakap lagi pasal hal itu,” kata Hanez yang dipetik dari portal Murai.com.


Teguran yang diberikan oleh penyanyi rock Malaysia, Amy Search kepada pelakon wanita, Hanez Suraya yang mendakwa Hanez sombong dalam sebuah majlis artis masih lagi tidak berhenti.

Terbaru, isteri Amy Search, Noursih dikatakan cuba untuk memanjangkan isu tersebut.

Puncanya bermula apabila Hanez mendakwa Nourish masih lagi menjaja cerita kononnya Hanez sombong kepada pihak-pihak tertentu.


Lebih mengeruhkan keadaan apabila Nourish sendiri telah membuka mulut berhubung isu tersebut kepada adik Hanez sendiri.

Ekoran dari tindakan Nourish, Hanez mengaku dia merasakan tindakan isteri kepada penyanyi bersuara lantang itu adalah sebagai tidak profesional.

Ini kerana kontroversi yang mulanya tercetus di laman Twitter adalah antara dia dan Amy Search sahaja.

“Betul memang saya ada tulis kenyataan yang mengatakan dia tidak profesional. Tapi, saya buat kenyataan itu pun selepas dia sendiri tidak mahu berjumpa dan berdepan dengan saya.

“Apa yang berlaku sebelum ini hanya melibatkan saya dengan abang Amy berdasarkan kepada kenyataannya di dalam twitter yang mengatakan saya sombong sewaktu menjayakan Anugerah Blokbuster 2012 baru-baru ini,” katanya.

Pun begitu, Hanez yang kian meningkat naik namanya cuba untuk menyelesaikan salah faham antara dia dan Nourish dengan cara bersua muka.


Namun, Hanez memberitahu Nourish enggan berbuat demikian.

“Saya tidak mahu jawab apa-apa. Kemudian, seorang rakan saya yang kebetulan adalah rakannya jadi orang tengah untuk temukan kami berdua. Tapi, dia tidak mahu pulak jumpa. Itulah yang peliknya.

“Setahu saya, saya tiada masalah langsung dengan dia. Bila hendak jumpa tak mahu pula. Saya sedia berjumpa dengan dia sebab bagi saya, saya tidak ada buat salah apa pun dengan dia,” tambah Hanez lagi.

#carigali
0 comments

Kota Mekah Paling Cerah Di Dunia Dirakam Dari Angkasa





RIYADH: Seorang angkasawan Russia semalam berkata, bandar suci Makkah dan Madinah adalah yang paling terang dan cantik apabila dilihat dari angkasa lepas.










Angkasawan berkenaan memberitahu demikian kepada pelajar Arab Saudi yang menyertai program Persatuan Kembara Angkasa Lepas semalam.

“Ketika berada di angkasa lepas, kami tidak berdepan dengan masalah untuk merakam gambar bandar raya di bumi pada siang hari.

“Tetapi, sebelah malam, ia begitu rumit dan anda perlu menggunakan teknik khas. Namun, saya berjaya merakam gambar beberapa bandar waktu itu. “Yang mengejutkan saya, ialah Makkah dan Madinah begitu terang berbanding bandar lain di seluruh dunia ketika waktu malam,” kata angkasawan Anatoly Ivanishin.

Menurutnya, bandar lain tidak begitu jelas ketika itu tetapi pemandangan Makkah dan Madinah begitu menakjubkan dan tidak diduga. - AN

#carigali
0 comments

10 Gambar Kuwait Bakar Duit £10Juta Sempena Jubli Emas


Pihak kerajaan Kuwait telah menghabiskan lebih 10 Juta Pounds untuk menghasilkan pertunjukkan bunga api terbesar di dunia sempena sambutan jubli emas pemerintahan berparlimen negara tersebut. Pertunjukkan bunga api tersebut diadakan di ibu negara Kuwait, Kuwait City dan sebanyak 77,282 bunga api dinyalakan dalam tempoh satu jam. 




#carigali
0 comments

Permohonan 168 Individu Untuk Murtad Diluluskan?




Menurut sumber Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Mahkamah Syariah telah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam (Murtad) dari tahun 2000 hingga 2010 di Dewan Rakyat.

Perkara itu di timbul dan di tanya menerusi soalan lisan daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) yang meminta perdana menteri menyatakan jumlah permohonan murtad bagi penganut Islam dan berapakah jumlah yang diluluskan mengikut negeri sepanjang sedekad yang lalu.

Dan di samping itu, Er Teck Hwa juga memohon penjelasan kerajaan mengenai cara-cara yang diambil bagi menangani kes-kes gejala murtad itu.

Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam jawapannya berkata mengikut perangkaan yang dibekalkan kepada kementeriannya menunjukkan sejumlah 168 individu yang memohon untuk meninggalkan agama Islam diluluskan.

Bagaimanapun perangkaan yang dibekalkan kepada Dewan Rakyat itu tidak selaras dengan jumlah yang dikira oleh media pembangkang.

Mengikut kiraan media pembangkang iaitu Malaysiakini, jumlah permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan pula adalah 135 orang.

Mengikut data yang dibekalkan, jumlah tertinggi yang diluluskan adalah dari Sabah iaitu seramai 67 orang dan diikuti dari Negeri Sembilan dengan 33 orang.

Menerusi info itu juga diketahui sejumlah permohonan untuk meninggalkan Islam yang terbesar adalah di Sabah, sebanyak 238, Negeri Sembilan 172, Selangor 99 dan Perak pula sebanyak 47.

Bagaimanapun, tiada permohonan murtad dicatatkan di Kelantan.

“Dalam menangani gejala murtad, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sentiasa melasanakan program dan aktiviti bagi mengelakkan berlakunya gejala ini terutamnya di kalangan saudara-saudara baru.

“Antara program dan aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti khidmat nasihat, ziarah dan lawatan ke rumah, aktiviti pengukuhan agama, kelas pengajian agama, dan sokongan Baitulmal,” kata Jamil.

#carigali
1 comments

Pelajar tingkatan 4 hamil ‘dihenjut’ teman lelaki



KEMAMAN: Keseronokan seorang gadis tigkatan 4 lakukan hubungan seks dengan teman lelakinya kira-kira enam bulan lalu berakhir apabila hasil persetubuhan haram itu menyebabkannya yang masih belajar di tingkatan tiga itu bakal bergelar ibu apabila disahkan hamil lima bulan.

Tindakannya menyembunyikan kandungan yang semakin membesar daripada ibu bapanya gagal sekali gus membongkar rahsia perlakuan seks pelajar itu dengan teman lelakinya berusia 18 tahun dipercayai dilakukan atas kerelaannya.

Sumber berkata, terkejut mendengar pengkuan mangsa melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya, ibu pelajar terbabit memaksa mangsa membuat laporan kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemamaman kira-kira pada jam 4 petang, kelmarin.

Katanya, mangsa mendakwa telah dirogol lelaki dikenalinya dalam kereta milik lelaki terbabit sewaktu berehat di sebuah kawasan sunyi di Pengkalan Sir, dekat Chukai.


“Mangsa yang ketakutan selepas rahsia kandungannya terbongkar hanya mengingati kejadian itu berlaku pada waktu malam kira-kira enam bulan lalu ketika bersama lelaki terbabit di lokasi berkeknaan,”

katanya.

Menurutnya, peristiwa enam bulan lalu itu berlaku apabila mangsa dikatakan keluar dari rumahnya di Kampung Mak Chili, untuk bersiar-siar selepas dijemput teman lelakinya itu.

Sejurus melakukan hubungan terlarang berkenaan, mangsa yang masih bersekolah di sebuah sekolah menengah di bandar ini kemudian dihantar pulang lelaki terbabit ke rumah keluarga pada malam yang sama. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan pelajar terbabit.


#carigali
0 comments

Hobi Jijik Seorang Wanita Simpan 3 Lelaki

KUALA LUMPUR – Sewaktu dia mempunyai segala-galanya dalam hidup seperti yang diidamkan kebanyakan wanita berjawatan besar, keluarga bahagia serta sihat tubuh badan tapi angkara hobi jeliknya suka menyimpan lelaki muda bagi kepuasan nafsunya.
Episod hitam seorang wanita berusia 53 tahun yang dikenali sebagai Jun ini bermula sewaktu dia telah disahkan menghidap penyakit Aids pada 2009 setelah dijangkiti kuman HIV daripada seorang daripada 3 ‘anak ikan’ yang ‘dibelanya’.
Anak ikan ialah istilah yang digunakan bagi lelaki muda yang ‘disimpan’ wanita berusia bagi pemuas nafsu.
Takut penyakit itu diketahui masyarakat sekelilingnya, dia telah membuat keputusan meletak jawatan sebagai pegawai atasan di sebuah agensi kerajaan di selatan tanah air.
Dalam pada itu, dia diceraikan suami yang turut memisahkannya dengan 3 anak setelah mengetahui penyakit itu diperoleh hasil hubungan terlarang.

#carigali
0 comments

Gambar Sekitar Perkahwinan Lee Chong Wei

Gambar Sekitar Perkahwinan Lee Chong Wei: Selain Anugerah Skrin 2012 yang berlangsung malam tadi, turut mencuri perhatian rakyat Malaysia adalah resepsi perkahwinan jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei.


Resepsi perkahwinan Datuk Lee Chong Wei serta pasangannya Datin Wong Mew Choo malam tadi berlangsung meriah dengan kehadiran kira-kira 1,500 tetamu.

Majlis berlangsung di KLCC ini turut juga dihadiri oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah. Dalam majlis itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak serta Timbalan Perdana Menteri juga turut hadir memeriahkan majlis pengantin baru ini — selain barisan menteri lain. Gambar sekitar majlis resepsi perkahwinan Datuk Lee Chong Wei dan Datin Wong Mew Choo buat tatapan anda.
#carigali
0 comments

Ajak polis gusti



RAUB: Akibat tidak berpuas hati kerana kenderaannya dihon, seorang penagih bertindak luar dugaan apabila mengajak seorang pegawai polis bergusti di depan sebuah kedai serbaneka dekat sini, pada malam kelmarin.

Bagaimanapun, lagak samseng penagih berusia lingkungan 30-an itu mengundang padah apabila ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, pegawai polis berpangkat Cif Inspektor terbabit difahamkan memperlahankan kenderaan dipandunya kerana mahu mencari parkir di depan kedai serbaneka.

Pada masa sama, penagih terbabit yang berada dalam kenderaannya mengundur secara mengejut, hingga mengakibatkan kedua-dua kenderaan itu hampir berlanggar.

Berikutan itu, pegawai polis terbabit membunyikan hon sebagai amaran berhati-hati, namun penagih itu tidak berpuas hati dengan tindakan pegawai berkenaan dan keluar dari kenderaannya.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Samsudin Wan Osman berkata, suspek yang disyaki berada di bawah pengaruh alkohol mengajak pegawai polis itu ‘bergusti’.

Bagaimanapun, katanya, pegawai terbabit cuba mengawal situasi keadaan dan dalam masa sama menghubungi Bilik Gerakan IPD untuk meminta bantuan.


“Sebaik menerima panggilan, sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian dan mengepung suspek sebelum berlaku pergelutan berikutan penagih itu bertindak agresif dalam cubaan hendak melepaskan diri.

“Suspek berjaya ditahan beberapa minit kemudian dan hasil pemeriksaan, polis menemui serbuk mencurigakan dipercayai dadah milik suspek yang disahkan positif dadah sebelum dibawa ke Balai Polis Raub bersama dadah dan kenderaannya untuk membantu siasatan lanjut,”

katanya. Menurutnya, suspek kini ditahan reman selama empat hari di Lokap Balai Polis Raub untuk membantu siasatan berhubung cubaan mencetuskan pergaduhan serta memiliki dadah.

#carigali
0 comments

Dia bukan untuk saya dan anak-anak, kata Rita Rudaini




KEMELUT rumah tangga aktres cantik, Rita Rudaini masih belum menunjukkan jalan penyelesaian terbaik.

Walaupun pelakon drama Ameera ini telah berjaya membatalkan permohonan kembali taat (nusyuz) yang dikemukakan suaminya, Aidil Zafuan Abd Razak, 25, namun kata sepakat masih lagi belum dicapai.

Ramai yang mula berteka-teki, adakah hubungan ini mampu diselamatkan, walhal segala permohonan telahpun dibuat.

Sungguhpun keputusan masih samar, Rita tetap melahirkan rasa syukur apabila satu persatu tuntutan yang dikemukakan Aidil berjaya dibatalkan dengan keputusan muktamad daripada Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.


“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan keputusan mahkamah dalam kes bantahan ini tanpa penangguhan walaupun Aidil tidak hadir.

“Saya akan terus mempertahankan diri dan hak jagaan (hadanah) saya terhadap anak-anak. Saya tidak akan menoleh ke belakang lagi kerana perkara ini sudah menjadi kes mahkamah.

“Saya juga menghadiri perbincangan sulh dan peguam saya akan selesaikan status perhubungan kami pula selepas ini,”

kata ibu kepada Aidit Rayyan Rizqin, 3, dan Airit Raffqa Arjuna, 18 bulan.

Permohonan nusyuz yang difailkan Aidil pada 15 Mei itu ditolak akibat kesilapan pada alamat pemastautin yang tidak lengkap dan bantahan Rita pada 3 Julai lalu diluluskan.

Aidil yang gagal hadir di mahkamah ketika keputusan diumumkan kerana berada di Bangkok, mewakili negara dalam perlawanan persahabatan dengan Thailand juga turut diperintahkan membayar semua kos mahkamah.

Teruskan kes

Walaupun berjaya mendapat kredit kemenangan dalam bantahan permohonan itu, bukan bererti Rita boleh menarik nafas lega dan menganggap segalanya sudah selesai.

Katanya, banyak perkara lagi yang harus diteruskan untuk membincangkan masalah yang masih belum mencapai kata putus.

“Saya akan meneruskan kes cerai ini kerana ia masih belum selesai. Apa jua cadangan yang diputuskan oleh peguam selepas ini, saya akan ikut.

“Tunggu sahajalah keputusannya nanti,” kata Rita yang sudah tawar hati dengan sikap Aidil.

Pertahankan anak

Reda menerima apa jua ketentuan dari-Nya dalam hubungan rumah tangga, Rita berjanji tidak akan sesekali mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ibu kepada dua puteranya.

Menganggap segala yang berlaku ada sebab musababnya, dia teguh diuji sebagai manusia biasa.

Apa yang penting, kehidupannya kini hanya untuk anak-anak dan maruah diri.

“Mungkin dia bukan untuk saya dan anak-anak.” Itulah prinsip yang dipegang Rita untuk mengubati lara di hati akibat tindakan suaminya itu.

“Biarlah apa orang nak kata, saya hanya mahukan hak saya. Memang sukar berhadapan dengan situasi ini kerana saya terpaksa naik turun mahkamah selagi ia masih belum selesai.

“Namun, itulah jalan terbaik untuk kami. Berpisah atau tidak, saya tetap ibu kepada anak-anak saya,” katanya yang bakal muncul dalam telemovie, Anak Lorong.

Rita dan Aidil bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki.

Pergolakan rumah tangganya semakin runcing apabila Aidil bertindak keluar dari rumah mereka di Damansara, Januari lalu ketika Rita dan anak-anak pulang ke kampung halamannya di Perlis.


#carigali
0 comments

2 Beradik Gitaris Rock Jadi Penjenayah?

GOMBAK: Dua beradik pemain gitar kumpulan rock terkenal tahun 90-an dan seorang adik lelaki mereka di tahan bersama seorang seorang wanita ditahan polis di sebuah flat di Taman Selayang, di sini, awal pagi semalam kerana disyaki terbabit dengan kegiatan jenayah.



Menurut berita, tiga beradik lelaki dan wanita berusia antara 35 dan 40 tahun itu ditahan kira-kira jam 4 pagi untuk siasatan lanjut berhubung pembabitan mereka dalam jenayah samun, curi kenderaan dan dadah.

Laporan dari pihak polis, menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan, hasil pemeriksaan terhadap rumah yang dihuni empat individu terbabit, polis menemui tiga parang, satu cota besi, lima jam tangan pelbagai jenama, kamera, dua telefon bimbit dan 40 kad Touch n Go.

“Polis turut menemui kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora yang diletakkan di tempat letak kenderaan dan semakan mendapati kereta itu dilaporkan hilang di ibu kota tahun lalu,” katanya kepada wartawan, semalam.

Tambahnya, penahanan itu dilakukan selepas pihaknya melakukan pemantauan berterusan terhadap mereka yang pernah ditahan polis beberapa tahun lalu atas kesalahan dadah.





#carigali
0 comments

Afdlin Shauki Kena Serang Di Facebook


Afdlin Shauki Kena Serang Di Facebook
Pada malam Anugerah Skrin 2012 yang lalu, pengarah  Khabir Bhatia telah berjaya memenangi Drama Terbaik dan Filem Terbaik di dalam ASK 2012. Malam itu, Khabir Bhatia juga turut berjaya memenangi Pengarah Drama Terbaik.
Secara kebetulan, Khabir Batia tiada di situ untuk mengambil anugerahnya , tempatnya segera di gantikan dengan Penulis Skrip Terbaik Lim Pung Hui yang juga meraih kemenangan menerusi Lakon TV Terbaik.
Tampil dengan baju kebaya yang dipadankan dengan batik sarung, penampilan Lim Pung Hui itu cukup sopan dan sungguh menyejukkan hati penonton.
Sebaik Lim Pung Hui berada di pentas beliau telah diminta untuk memberi sedikit ucapan dan sebaik saja dia memulakan ucapan, ramai yang terkejut. Keadaan itu menrik perhatian pengarah,pelakon dan pelawak Afdlin Shauki. Menerusi akaun facebook beliau,
OMG did u watch anugerah sendiri dan tgk muka semua di pentas apabila penulis telapak kaki bonda berkata kata! hoohoo
Malangnya kenyataan Afdlin itu telah menimbulkan kemarahan beberapa golongan mak nyah yang menganggap bahawa Afdlin Shauki sengaja mahu mempersendakan mereka. Salah seorang daripadanya adalah Nurafifi Amanda.
Afdlin Shauki akhirnya terpaksa membuat satu lagi kenyataan  di dalam facebooknya:
Nurafifi amanda, kenapa awak marah sangat dgn saya ni, tolong baca betul betul status saya.
Saya cuma point out yg ramai org diatas pentas terkejut. Saya tak cakap kerja dia tak bagus dan saya tak komen pun pasal beliau dan kerja beliau. Saya pasti karya dia sangat baik.
Tapi org diatas pentas tu yg terkejut tidak menentu kerana ramai org ingat dia wanita yg kelihatan sangat sopan dan ayu, tetapi keliru bila suaranya garau semua confuse. Saya bekerja dlm industri yg tak pernah mengaibkan dan memandang rendah sesiapa pun hanya kerana orientasi seksual mereka.
Islam ni kan kita dgn tuhan so saya tak suka judge orang dan tak pernah memikirkan berbuat begitu, biarlah itu kerja tuhan. Dia serba mengetahui. Orang di facebook ni macam macam yg mulut baik ada yg mulut hansuang pun ada. Kalau nak hidup diruang cyberspace ajelah ni kena layan je lah. Jangan telalu emosi.


#carigali
0 comments

3 konstabel ditahan kes rogol


BUKIT MERTAJAM – Tiga orang anggota polis ditahan bagi membantu siasatan selepas seorang wanita Indonesia membuat laporan polis mendakwa dirinya diperkosa ketika ditahan di sebuah balai di sini semalam.
Semua mereka berpangkat yang konstabel yang berusia 20 hingga 30-an itu ditahan petang semalam dan direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi ketika dihubungi wartawan Ahad lalu mengesahkan tangkapan tiga anggota itu yang dibuat susulan laporan daripada mangsa yang berusia 25 tahun kelmarin.
Dalam pada itu, ketika menceritakan semula episod hitam itu, mangsa yang bekerja sebagai pembantu restoran mendakwa, kejadian berlaku apabila dia dibawa ke balai polis berkenaan selepas pasport miliknya dikatakan telah tamat tempoh.
Sebelum itu, pada pukul 6.20 pagi pada hari tersebut, mangsa yang menaiki sebuah teksi berhampiran sebuah pusat beli-belah di Perai ditahan anggota polis peronda yang kemudiannya meminta dia menunjukkan kad pengenalan.
Wanita itu mendakwa, ketika kejadian dia hanya membawa salinan pasport sahaja.
“Mereka (polis) beritahu pasport saya sudah pun tamat tempoh dan terus bawa saya ke balai polis untuk ditahan di lokap.
“Ketika berada dalam tahanan di balai, saya merayu supaya dilepaskan tetapi seorang daripadanya memaksa saya melakukan hubungan seks sebelum menghantar saya pulang ke rumah pada pukul 7.30 pagi,”
kata wanita itu pada sidang akhbar di Pejabat MCA Bahagian Bukit Mertajam di sini semalam.


#carigali
0 comments

Adi Putra Kini Bergelar Bapa?

Adi Putra Kini Bergelar Bapa?: Meskipun belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata sendiri, ternyata naluri kebapaan Adi Putra sangat kuat.














Pelakon drama Tentang Dhiya ini sangat teruja memperkenalkan anak angkatnya, Zara Adelia
 Haadi kepada pengikutnya di laman Twitter. Kehadiran Zara yang kini berusia tidak sampai sebulan itu telah memberi kegembiraan dalam hidup Adi serta isteri.


Menurut kenyataan dalam sebuah portal, Adi berkata, tanggungjawabnya kini telah bertambah sejak bergelar bapa.


“Syukur kepada Allah SWT atas pemberian-Nya. My daughter Zara Adelia Haadi” Walaupun ini adalah pengalaman pertamanya, Adi tidak berasa kekok untuk membantu isterinya menjaga Zara, termasuklah menukar lampin serta berjaga lewat malam.

#carigali
0 comments

Koleksi Kemalangan Oktober 2012 (video)











Koleksi Kemalangan Oktober 2012 (video)
0 comments

Koleksi Gambar Terbaik National Geographic

#carigali























































 
;