Tuesday, 20 November 2012 0 comments

Kenapa Zionis Serang Gaza Dengan Kejam


1- Untuk menguji Obama. Semua maklum Obama baru sahaja memenangi Pilihanraya Presiden yang lepas. Semasa kempen Pilihanraya, majoriti Yahudi di USA menyokong calon Presiden dari Republikan, Mitt Romney. Namun rakyat Amerika tetap memberi mandat kepada Obama untuk Presiden. Untuk pengetahuan sahabat2 sekalian, walaupun jumlah Yahudi kecil sahaja di USA, namun mereka memonopoli pentadbiran, media massa serta ekonomi di Amerika. Sebarang dasar luar Amerika terutama isu Israel dan Palestine, Yahudi Amerikalah yang mencoraknya. Mereka inilah golongan Neo Conservative Jews. Apa ulasan Obama berkaitan isu yang berlaku di Gaza? Obama menyokong tindakan itu dan menyifatkan ia sebagai serangan mempertahankan diri dari Israel! Damn! 2- Pilihanraya Israel akan berlangsung Januari 2013. Benjamin Netanyahu mahu mengekalkan kuasanya sebagai Perdana Menteri Negara Haram Israel. Melalui pembunuhan Jeneral Al-Qassam, As-Syahid Al-Jabari dan serangan berterusan ke Gaza, ia akan menjadi bahan kempen paling ampuh buat Netanyahu. Ia akan diulang2 kepada warga Yahudi sokonglah beliau untuk jayakan Negara Raya Israel. 3- Yahudi mahu melihat reaksi Presiden Mesir yang baru, Dr Morsi. Semua sedia maklum, Presiden Morsi menyatakan komitmennya bersama rakyat Palestine untuk membebaskan bumi anbiya berkenaan. Pemimpin hasil tarbiyyah Ikhwan Muslimin Mesir ini tidak bertindak lama dengan menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Gaza, menghantar Perdana Menterinya bertemu Ismail Haniyeh, Perdana Menteri Palestine sebagai tanda sokongan Mesir kepada mereka. Dalam lawatan ini, Dr. Hisham telah dibawa melawat mangsa kecederaan di Hospital As-Shifa'. Semasa di sana, beliau menyampaikan sedikit ucapan, "Rakyat Palestin sentiasa menyumbangkan syahid-syahid mereka untuk Palestin yang merdeka tidak lama lagi. Kami diutuskan oleh Dr Muhammad Mursi bukan sahaja untuk hubungan politik, tetapi kewajipan kemanusiaan. Hanya satu sahaja jalan penyelesaian iaitu membebaskan tanah air Palestin dan menjadikan Al-Quds sebagai ibu negara. Palestin bukan isu peribadi atau isu setempat, ia adalah isu Arab juga isu umat Islam semuanya." 4- Lalu apa reaksi kita di Malaysia? Alhamdulillah, protes aman telah berlangsung seusai solat Jumaat tadi. Walau ia usaha kecil, namun ada juga berbuat sesuatu untuk saudara semuslim kita di Gaza. Teruskan berdoa, berdoa dan berdoa. Sebarkan isu di Gaza di wall facebook kalian. Biar sahabat2 kita yang lain maklum juga akan isu ini. Juga berdoa juga untuk sahabat2 kita di Syria yang disembelih rejim Basyar, di Rohingya dan di seluruh pelusuk dunia. 5- Medium rasmi Tentera Israel di facebook telah diserang secara berterusan oleh Rakyat Malaysia semalam. Ramai melahirkan rasa sedih, marah, geram dan segala macam di Page Israel Defense Forces. Kalian boleh ke page berkenaan, lihat sendiri dakyah mereka atas isu yang berlaku. 
  
Jangan Lupa Like CeritaBaek dan Share di FB | Follow @ceritabaek :) 

#cari
0 comments

DIANA DANIELLE & FASHA SANDHA HAMIL LUAR NIKAH?


iskk.. betul ke ni? Tak betul jadi fitnah.. kalau betul jadi aib dua2 pun salah jugak. Tapi kenapalah ada orang yang anggap dua artis ni hamil luar nikah? Mana bukti. Sebab Fasha Sandha & Diana Danielle mengandung selepas lebih kurang 16 hari menikah?? Rasa macam tak logik boleh detect mengandung secepat tu? Ekau menuduh orang tuduh dua artis tu hamil luar nikah masalahnya mana ko dapat tahu orang mula syak macam tu kat dua artis tu?? Den tau la bila ter check keywords di blog den yang satu lagi (Apa Yang Melekat Lekit Hari ni ) tu. Tokojut jugak den. Tak cayo meh den attach bagi ekau2 semua tengok.. Kan?? Tak baik tau tuduh2... Bukan tuduh? Abis korang taip keywords macam tu untuk search pasal kehamilan dorang bermakna korang pun syak dorang hamil luar nikah jugak la. Kalau tak mana korang terfikir nak search keywords macam tu kan. Takpe.. kalau korang syak yang bukan2 meh sini den nak bagi ilmu sikit kat korang. sebenarnya boleh mengesan kehamilan selepas beberapa ketika iaitu selepas lekat/pengimplanan (implantation), lebih kurang pada awal 6-8 hari selepas persenyawaan. Orang tua2 kata bunting pelamin. Untuk lebih info clik kat sini >> BUNTING PELAMIN << Jadi jangan la tuduh depa bukan2 yer.. Kebenarannya memang kita tak tahu sejauh mana betul hanya Allah & empunya badan je tahu tapi dari sudut sain memang boleh mengesan kehamilan secepat tu. Takde yang mustahil pun. 

Jangan Lupa Like CeritaBaek dan Share di FB | Follow @ceritabaek :) 

#cari
0 comments

7 Kerugian Jadi Perempuan Cantik

Kecantikan ternyata tidak membuat seorang perempuan bisa dengan mudah mencari pekerjaan. Apalagi jika pekerjaan itu punya syarat 'maskulin'. Berikut 7 Kerugian Jadi Perempuan Cantik, iaitu : 1. Perempuan cantik kadang menghadapi diskriminasi ketika melamar pekerjaan di mana penampilan tidak merupakan hal yang dianggap penting. Pekerjaan-pekerjaan seperti manajer penelitian dan pengembangan, direktur keuangan, insinyur mekanik, dan pengawas konstruksi, bisa malah menolak 'kecantikan', Demikian menurut sebuah studi dari University of Colorado Denver Business School. 2. Perempuan cantik juga diabaikan untuk kategori seperti direktur keamanan, penjual hardware, penjaga penjara, dan sopir mobil derek."Dalam profesi seperti itu, menjadi cantik justru merugikan bagi perempuan," kata peneliti Stefanie Johnson dalam suatu pernyataan sebagaimana dikutip Reuters. 3. Ia menambahkan, perempuan cantik cenderung disortir untuk posisi seperti resepsionis atau sekretaris. "Pada jenis pekerjaan lain, perempuan cantik menjadi pilihan. Ini bukan kasus yang menunjukkan bahwa masih ada standar ganda ketika berkaitan dengan jender." 4. Penelitian itu, yang dipublikasikan dalam Jurnal Psikologi Sosial, didasarkan pada peserta yang diberi sebuah daftar pekerjaan dan foto para pelamar dan meminta mereka untuk menyortir para pelamar yang sesuai. Mereka berhadapan dengan setumpuk foto dari 55 laki-laki dan 55 foto perempuan. 5. Para peneliti menemukan bahwa perempuan cantik "ditendang" dari jenis pekerjaan tertentu, mereka menemukan bahwa pria tampan tidak mengalami diskriminasi serupa, malah selalu mendapat keuntungan. 6. Namun, orang-orang yang bertampang menarik menikmati keuntungan tertentu di tempat kerja. Mereka cenderung mendapatkan gaji yang lebih tinggi, evaluasi kinerja yang lebih baik, perolehan suara yang lebih baik ketika maju untuk jabatan publik, dan banyak keuntungan lain. 7. Banyak yang mengejar-ngejar mereka untuk dijadikan cewek, kekasih, sekretaris pribadi, atau sekedar teman chat, sehingga membuat hidup mereka tidak tenang. 

Jangan Lupa Like CeritaBaek dan Share di FB | Follow @ceritabaek :) 

#cari
0 comments

Abby Abadi Berang Tak Di Jemput Melakukan Kerja Amal


Alahai!!! Kesiannya dia ni. Kononnya dia kata dia la yang paling hebat. Dia la satu - satunya artis yang memperjuangkan Islam. Tapi kenapa bila tiba bab - bab sukarelawan macam ni, dia boleh tercicir? Kenapa nama dia tidak disebut - sebut menyertai program macam ni? Semua orang tak heran kenapa dia tak dijemput beb. Sebabnya, dia dah diajar oleh puak - puak Parti Angguk Saja tu untuk tunjuk sombong dengan orang lain. Bagi diorang, apa yang penting, Politik. Kerja - kerja amal macam ni dah tak de makna dah bagi dia. Buat la kerja apa pun, selagi tak sokong PAS, tak dapat pahala beb. Nak pulak kalau kerja - kerja amal macam ni ada kaitan dengan kerajaan. Lagi la. Entah - entah, dia siap boleh bagi hukum Haram pulak. Tinggal lagi, mungkin inilah tarbiyah yang diberikan oleh puak - puak Parti Angguk Saja tu gamaknya. Kalau nak buat kerja, mesti ada kaitan dengan Politik. Kalau tidak, jangan buat lansung. Tak mendatangkan faedah katanya!!! Kira - kira 10 orang artis akan melakukan kerja amal untuk mengutip derma bagi membantu rakyat palestine yang menderita akibat serangan tidak berperi kemanusiaan rejim Zionis terhadap negara itu. Anggota jawatankuasa penganjur acara berkenaan, Sam Samin berkata, kutipan itu akan diadakan selama dua jam bermula pukul 4.30 petang pada Rabu (esok) di perkarangan pusat membeli belah Pavillion, Bukit Bintang dekat sini. Antara artis yang bakal terlibat ialah Yatt Hamzah, Heliza Helmi, Siti Nordiana, Diana Amir, Noryn Aziz dan Salima (AF). Turut mengesakan untuk menyertainya ialah Iqram Dinzly, Zoey Rahman, Ainul Aisyah dan Ayu Damit. "Pihak kami amat berharap orang ramai dapat sama - sama menghulurkan sumbangan seikhlas mungkin bagi membantu rakyat Palestin yang menderita. Mudah - mudahan sumbangan ini akan mendapat ganjaran daripada Allah," katanya. Menurut Sam, artis - artis tersebut sanggup mengetepikan populariti masing - masing kerana ingin memberi sokongan terhadap rakyat Palestin disamping memupuk perasaan sayang sesama insan. Katanya, sumbangan yang dikumpul daripada kutipan itu akan disalurkan melalui Aman Palestin yang ditubuhkan Kerajaan.

 Jangan Lupa Like CeritaBaek dan Share di FB | Follow @ceritabaek :) 
#cari
0 comments

[Pengajaran] Rupa Jenazah yang hidupnya tidak pernah solat



Ketika perang teluk berlangsung, aku sedang berada di Mesir dan sebelum perang meletus, aku sudah terbiasa mengebumikan mayat di Kuwait yang aku mengetahuinya dari masyarakat setempat. Salah seorang daripada saudaraku menghubungiku meminta agar mengebumikan ibu mereka yang meninggal. Kami buka lubang kemasukan dan kami turunkan dari bahu kami. Namun tiba-tiba jenazahnya terlepas dan terjatuh ke dalam dan tidak sempat kami tangkap kembali sehingga aku mendengar dari retak tulangnya yang patah ketika jenazah itu jatuh. Aku melihat ke dalam ternyata kain kafannya sedikit terbuka sehingga terlihat auratnya. Aku akan melangkau ke jenazah dan menutup aurat tersebut. Lalu dengan susah payah aku menyeretnya ke arah kiblat dan aku buka kafan di bahagian mukanya. Aku melihat pemandangan yang ngeri. Matanya terbeliak dan berwarna hitam. Aku menjadi takut dan segera memanjat ke atas dengan tidak menoleh ke belakang lagi. Setelah sampai di pangsapuri, aku menghubungi salah seorang anak perempuan jenazah. Ia bersumpah agar aku menceritakan apa yang terjadi saat memasukkan jenazah ke dalam kubur. Aku berusaha untuk mengelak, namun ia terus mendesakku hingga akhirnya terpaksa memberitahu. Ia berkata, Ya Syeikh (panggilan yang sering diucapkan kepada seorang ustaz-red), ketika anda melihat kami bergegas keluar kerana kami melihat wajah ibu kami menghitam, kerana ibu kami tidak pernah sekalipun melaksanakan solat dan meninggal dalam keadaan berdandan. Kisah nyata ini menegaskan bahawa Allah SWT menghendaki agar sebahagian hamba-Nya melihat bekas suul khatimah hamba-Nya yang derhaka agar menjadi pelajaran bagi yang masih hidup. Sesungguhnya yang demikian itu adalah pelajaran bagi orang-orang yang berakal.
 Jangan Lupa Like CeritaBaek dan Share di FB | Follow @ceritabaek :) 

#cari
0 comments

Apa Perlu Aku Dibuat Jika Aku Mangsa Rogol

 
Saban hari, macam-macam kes yang kita sering dengar di dada akhbar. Itu baru akhbar, belum dikira lagi di blog-blog atau yang seumpamanya. Mungkin anda perlu tahu sebelum terkena atau anda mungkin tidak mahu tahu sebab yakin anda pasti bukan mangsanya. Namun tips berikut boleh sedikit sebanyak perlu diketahui oleh anda bagi mengelakkan perogol-perogol ini terlepas begitu sahaja. Jadi anda mungkin rugi, rakan-rakan anda mungkin rugi, sanak saudara atau orang yang rapat dengan anda. Apakah langkah-langkah yang perlu anda ambil sekiranya anda telah dirogol? Perkara pertama yang perlu anda tahu, siapa yang merogol anda. Itu yang paling penting. Namun ada kemungkinan anda langsung tidak mengetahui siapa yang merogol anda. Tetiba sahaja anda dirogol. Bunyi pelik namun kejadian seumpamanya memang berlaku. Kemudian anda perlu tahu bagaiamana polis mengesan perogol selain daripada tangkapan rambang dan melalui proses pengecaman. Seringkali jika mangsa rogol panik, dilema atau berduka lara namun anda perlu menegakkan keadilan. Jadi langkah dibawah amat penting bagi memudahkan anda mendapat pengadilan sewajarnya. Selepas anda dirogol, pastikan anda tidak kalut dan catatkan seberapa banyak maklumat yang penting semasa kejadian tersebut berlaku. Lokasi, masa, keadaan perogol (jenis kulit, saiz badan atau tanda-tanda penting yang dapat anda cam pada perogol). Usah buang masa berduka dengan kejadian yang menimpa anda. Pastikan laporan polis dibuat dengan kadar segera bagi memudahkan pihak polis melakukan siasatan seterusnya menangkap durjana ini. Anda telah dirogol! Kenapa perlu menyembunyikan kejadian tersebut. Jika anda panik maklumkan kepada orang yang anda sangat percaya. Mudah-mudahan anda akan diberikan jalan penyelesaian oleh orang itu. Pemeriksaan yang pantas oleh pakar perubatan mampu memberikan cukup bukti kepada anda untuk mengheret perogol ke muka pengadilan. Jika anda rasa anda perlu mandi untuk membuat pemeriksaan supaya anda tidak nampak selekeh, anda silap! Jika anda mandi bukti di badan anda boleh dimusnahkan. Jika orang yang merogol anda itu ialah keluarga anda, teman rapat anda, kekasih anda, jangan sesekali membela perogol tersebut. Ungkapan janji, amaran atau ugutan hanya untuk menutup tembelang si perogol. Jika anda berdiam diri, pastinya anda akan dirogol di lain hari. Jangan bertindak sendirian dengan melulu. Jangan marahkan nyamuk seekor, habis satu kelambu dibakar. Percayalah pada undang-undang. Serahkan kepada pihak polis untuk membuat siasatan. Dapatkan biro guaman kerajaan sekiranya anda tidak mampu untuk membayar kos guaman yang mahal. Perkara yang selalu difikirkan oleh mangsa rogol adalah hinanya setelah dirogol a.k.a hilang dara tanpa rela. Ingatlah masih ramai simpati dan menyokong anda. Jadi positifkan minda anda dan hadapi dunia dengan tabah. Walaupun satu negara tahu anda telah dirogol kelak, perogol perlu mendapat balasan yang setimpal atas apa yang dilakukannya. Semua ini adalah takdir Ilahi. Kita tidak mahu menjadi mangsa, tetapi jika berlaku anda perlu menegakkan keadilan. Biar sesiapapun yang merogol anda, jangan pula anda terjun daripada bangunan untuk lari daripada masalah anda. Berhati-hati para wanita. Tutupkan aurat yang terdedah adalah sebaik-baik langkah pencegahan yang mudah. Sekian. Jangan Lupa Like CeritaBaek dan Share di FB | Follow @ceritabaek :) #cari
 
;