Sebagai seorang Blogger keyboard da anda tak dapat dipisahkan lagi. Lebih-lebih lagi kepada blogger-blogger tergar diluar sana. Disini ada sedikit tips dan petua untuk menaip dengan laju menggunakan keyboard.
Setiap hari bila kita menggunakan keyboard, ada kawan yang tak guna semua jumlah kesepuluh jari jemari kita. ada yang guna 2 jari sahaja ala-ala patuk ayam. Mungkin faktor sesorang itu kidal akan menyebabkan hanya sesetengah jari sahaja “berfungsi”. Hari ini ada tutorial khas. Harap dapat membantu anda agar lebih lancar & cepat untuk menaip.
POSISI JARI MACAM INI.
Pertama untuk mahir menaip dengan menggunakan 10 jari, terlebih dahulu kita harus tahu posisi jari yang tepat. Lihat langkah langkah dibawah ini :
Tangan Kiri
Jari Kelingking :
Baris Pertama = ‘ dan 1
Baris Kedua = Tab dan Q
Baris Ketiga = Capslock dan A
Baris Keempat = Shift kiri dan Z
Baris Kelima = Ctrl dan Windows
Jari Manis :
Baris Pertama = 2
Baris Kedua = W
Baris Ketiga = S
Baris Keempat = X
Jari Tengah :
Baris Pertama = 3
Baris Kedua = E
Baris Ketiga = D
Baris Keempat = C
Jari Telunjuk :
Baris Pertama = 4 dan 5
Baris Kedua = R dan T
Baris Ketiga = F dan G
Baris Keempat = V dan B
Ibu Jari :
Baris Kelima = Alt kiri dan Spacebar
Tangan kanan
Ibu Jari :
Baris Kelima = Alt kanan dan Spacebar
Jari Telunjuk :
Baris Pertama = 6 dan 7
Baris Kedua = Y dan U
Baris Ketiga = H dan J
Baris Keempat = N dan M
Jari Tengah :
Baris Pertama = 8
Baris Kedua = I
Baris Ketiga = K
Baris Keempat = ,
Jari Manis :
Baris Pertama = 9
Baris Kedua = O
Baris Ketiga = L
Baris Keempat = .
Jari Kelingking :
Baris Pertama = 0, -, = dan BackSpace
Baris Kedua = P, [ dan ]
Baris Ketiga = , ;, ‘ dan Enter
Baris Keempat = / dan shift kanan.
*** Untuk "latihan" anda, sila taip ayat di bawah tanpa melihat keyboard. kalau anda sudah boleh menaip semua huruf dan ayat dibawah tanpa melihat keyboard. maka anda sudah mahir dan berjaya menguasai skill menaip dengan laju.
#carigali
PONTIAN - Ladang betik di Kampung Parit Hassan, Simpang Renggam di sini yang bakal dikunjungi oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bulan depan memiliki keistimewaan tersendiri apabila sebatang daripada pokok berkenaan berwajah manusia.
Lebih menarik, wajah manusia pada pangkal batang pokok betik itu menunjukkan emosi marah.
Ladang tersebut menjadi lokasi persinggahan Sultan Ibrahim sempena program Dry Run Kembara Mahkota Johor (KMJ) pada 16 Mei depan.
Keunikan rupa batang betik itu disedari oleh salah seorang urus setia program tersebut yang enggan namanya didedahkan ketika mengunjungi ladang tersebut kelmarin.
"Saya terus memanggil rakan-rakan urus setia yang lain untuk sama-sama melihat rupa batang pokok betik yang pelik tetapi menarik ini," katanya kepada Kosmo! semalam.
#carigali
Situasi : Anda ditahan oleh pihak polis kerana kenderaan anda bergerak melebihi had kelajuan yang ditetapkan
Polis: Cik! Kenapa pandu laju sangat nie? tak sabar nak jumpe malaikat ke?
Hanafi: err.. tuan.. nak buat macam mane. dah motor saya ni laju.. kalo tanak bagi saya bawak laju, kenapa tetapkan meter ni sampai 160km/j?.. skali sy pulas minyak.. meter naik… asal sy pulas je… meter naik… saya takot rosak meter saya kejap naik, kejap turun.. kejap naik tuan.. kang jahanam meter sy tak pasal kne ganti baru.. tuan nak ganti ke? lagipon minyak motor saya ni penuh..
Polis: @#$@#^#%^
Situasi: Anda telah melanggar lampu isyarat
Polis: Aduhaiii.. cik… kenape la pegi redah je… kenapa taknak berhenti??
Badri: lo? asal kene berhenti plak??
Polis: Kan masa cik redah tadi lampu merah??
Badri: Apa kaitan dengan berhenti??
Polis: Merah kan tanda berhenti!!
Badri: Lo??.. kenapa tak tulis berhenti kat lampu merah tu? aku ingatkan rosak lampu tu.. kejap merah, kejap kuning, kejap hijau… selagi tak nmpak tanda berhenti… aku redah je la..
Polis: wargh!!!!!!
Situasi: Anda ditahan kerana tidak mempunyai lesen, tapi memandu di jalan raya..
Alasan 1:
Polis: dik.. mintak lesen…
Hanafi: erk!!.. pehal plak mintak lesen orang nip?
Polis: saya nak tengok lesen adik… tah ada tah tidak..
Hanafi: ehh… sorry sket ye?.. pehal nak tengop lesen owng nip.. saya bayar RM490 taw untuk sebijik lesen ni!! senang-senang je mintak org punye.. nak lesen pergi amek sendiri la!! bayar sendiri la!! ingat boleh dapat free ke? berak pon kene bayar!! (lagi best korang terus tinggalkan polis tu)
Polis: jengkreng kongkeng perem peng heng punye bdak..
Alasan 2:
Polis: Dik mintak lesen!!
Hanafi: hoih!!! pehal ni.. gila ke! tadi saya nak bagi lesen saya kat polis yang duk belakang sana tu… ingat saya ada berapa banyak lesen ha?? kalo nak jgak pegi mintak la kat polis belakang sana nun.. dlm 5 kilo meter dari sini.. lebih senang tuan buat la lesen sendiri!! ape ni… hoihh!!!!
Polis: Sewel pny budak…
Situasi: Anda di tahan kerana membuat aksi merbahaya di jalanraya
Polis: ni sorg agi.. motor tayar 2 bagi kasik 1.. pehal korang angkat tayar depan haa?
Hanafi: erk… begini tuan.. kitorg bukan merempit.. tadi saya dan geng-geng saya nampak lipas lalu depan motor kitorg.. kalo kitorg langgar, zalim namanya.. semut pun Nabi elak.. ni kan pulak lipas.. apa salahnya kalo kita ikut Nabi.. jadi kitorg angkat la tayar motor kitorg nak bagi penghormatan pada lipas ni.. kasik diorg chan nak idop.. kalo dia mati.. sape nak tanggung keluarga dia ni..
Polis: aduh!!! kene lagi!!
Situasi: Anda ditahan kerana anda membonceng, sedangkan anda baru lesen L
Polis: Dik.. tau tak adik da buat salah ni.. adik baru pegang lesen L.. mane boleh membonceng..
Badri: Lesen L untuk sorang je kan?
Polis: A’ah.. tau pun,… abes kenapa membonceng??
Hanafi: dah sekarang saya pegang L, kawan saya badri pon pegang lesen L.. kitorg ada 2 L jadi kitorg boleh naik 2 orang la satu motor.. lagi pon depan dan belakang sticker L ada.. 2 Sticker L, dan 2 Pegang lesen L…. Sorry ye tuan…
Polis: warghh!! kenapa dunia ini begitu kejam!!!
Situasi: Anda ditahan kerana telah melanggar sebuah Bas di tepi jalan dengan sengaja..
Polis: awat hang pi langgaq bas tu? nak mampuih ka?
Badri: Begini tuan.. saya ni takot sikit dengan lipas.. sewaktu saya syok memandu tadi.. saya ternampak seekor lipas bermundar-mandir di depan kereta saya, tuan.. takan saya nak turun dari kereta pastu pegi bunuh lipas tu.. jadi senang citer, sy langgar la bas tu.. tujuan saya nak bagi lipas tu mati… hehehe
Polis: hampes!!! hampes!!!
Situasi: Anda ditahan oleh pihak JPJ kerana anda telah memasang tint gelap pada cermin kenderaan anda (kecuali cermin sisi)
JPJ: cik tau tak? perbuatan cik ni salah… kat Malaysia tinted gelap xleh pakai.. harram… kalo nak pasang, pegi london la..
Hanafi: Begini cik.. minggu lepas, isteri saya yang baru belajar bawak kete telah memandu kereta saya ke tempat kerja nya.. dalam perjalanan pulang, isteri saya hilang kawalan lalu menjunam jatuh ke dalam longkang… dengan izin Allah, isteri saya dapat diselamat kan..
JPJ: hoh???…
Situasi: Anda ditahan pihak polis kerana kenderaan anda tidak mempunyai cermin sisi
Polis: Dik!! mana cermin sisi motor ni? bukan ke mase adik beli motor ni cermin sisi ada lagi?
Hanafi: erk… pembetulan,… motor ni bukan saya beli.. ayah saya ek?? sorry sket.
Polis: Lantak la.. mana perginya cermin sisi ni??
Hanafi: Pagi tadi, kucing saya telah melanggar cermin yang ada kat umah kami.. jatuh berkecai la cermin tu.. kebetulan masa tu kakak dan mak saya nak pergi kerja.. jadi diorg kene la besolek dlu… jadi saya terpaksa la cabot cermin sisi saya tu..
Polis: takkan sampai kedua-dua cermin awak cabot.
Hanafi: Ye la.. kakak saya satu.. mak saya satu… diorg make-up berjam-jam.. jadik xleh share,,
Polis: (sambil menghentak kepala otaknya kat kereta peronda) warghh… tensionn.. tension.. *dush*.. *dush*…
Situasi: Anda diminta ke balai kerana ditangkap memandu dalam keadaan mabuk…
Polis: Encik… jom ikot saya ke balai..
Hanafi: ape ni? buat ape kat sana? situ tempat korang la.. korang punya kandang.. pehal ajak aku kat sana plak?.. aku ada umah la woi.. aku beli mahal umah tu.. tanak la duk kat balai korang tu.. da la busuk.. muke korang kat sane sume keras macam batu.. tak senyum langsung.. tanak la.. ajak la orang lain !!
Polis: Warghh… tension la aku jadik polis…
Situasi: Seorang polis trafik meninggal dunia akibat dilanggar oleh seseorang.. dan anda telah disyakki…
Polis: Kenapa hang pi langgar member aku tu? buang tebiat dah ke?
Badri: takde la.. dah dia duk terlambai-lambai kat aku.. aku ingatkan dia suke kat aku.. masalah skang ni.. aku bukan gay.. kalo aku gay aku layan la mamat duk tengah jalan tu.. dah macam orang giler… aku takot dia rogol aku.. jadik aku langgar dia dlu seblum dia rogol aku..
Polis: tak pupus lagi manusia macm ko ni ek???
#carigali
1. Eisriesenwelt Ice Caves – Austria
Gua ais ini berbeza sekali dengan gua-gua biasa. pencahayaan yang ada akan membuat anda merasa seperti berada tempat yg jauh dari bumi, seperti sedang menjelajah ke planet lain. Gua Eisriesenwelt ini adalah gua terbesar yang ada dan mencapai panjang 40km.
2. The Richat Structure – Mauritania
Permukaan tanah yang luar biasa ini berada di bagian Barat Daya gurun Sahara, dan disebut sebagai Richat Structure, dan begitu besar (diameternya mencapai 50km) boleh dapat dilihat dari luar angkasa. Bentuk lingkaran yang ada juga masih belum dapat dijelaskan oleh para ilmuwan
3. The Stone Forest – China
Hutan Batu yang dalam bahasa aslinya Shilin, adalah batuan yang dibentuk dari air yang terus menerus menerpa permukaan dan mengikis bebatuan yang ada dan meninggalkan bentuk berupa tiang-tiang . Daerah ini ternyata dikenali semenjak dinasti Ming dan dianggap sebagai ‘Keajaiban Dunia Pertama’
4. Blood Pond Hot Spring – Jepan
Kolan Air Panas ,Kolam Darah, adalah salah satu ‘neraka’ di Beppu, Jepun. Sembilan mata air panas yang muncul ditempat ini sangat indah, tapi mungkin tidak untuk mandi. ‘Neraka kolam darah’ ini memiliki air dengan warna merah akibat kandungan besi di dalamnya.
5. Vale da Lua – Brazil
Terjemahan dari nama tempat ini adalah Lembah Bulan, yang merupakan lembah batu yang terhakis dari air, dan meninggalkan banyak ‘kolam renang ’. Batuan yang ada di lembah ini adalah batuan tertua di dunia, yang dibentuk dari quartz dengan pinggiran berupa kristal.
6. Salar de Uyuni – Bolivia
Adalah tempat yang mungkin paling indah (sekaligus aneh) di dunia. Daerah dengan padang garam terbesar di dunia, termasuk juga gunung berapi yang aktif, dan dataran geyser, dengan berbagai fatamorgana unik yang membuat anda merasa tinggal di planet lain.
7. Klikuk, the Spotted Lake – Kanada
Pada saat musim panas, air di danau ini, menguap dan meninggalkan mineral yang ada mengkristal, dan membentuk berbagai kolam kecil dengan berbagai warna, yang pada umumnya adalah biru dan hijau. Kandungan mineral yang ada dalam air dan lumpur sangat membantu mengurangkan rasa sakit, sehingga suku Indian setempat sering menggunakan tempat ini sebagai tempat untuk merawat anggota mereka yang luka.
8.Rio Tinto – Spanyol
Lombong terbuka Rio Tinto ini menampilkan pemandangan yang luar biasa indah dan aneh, sehingga pemandangan yang ada seakan mirip dengan bulan. Pertumbuhan dari lombong ini tidak hanya memakan gunung dan lembah yang ada, bahkan sampai semua penduduk desa di dekat lombong tersebut harus dipindahkan ke kota terdekat. Air merah di sungai Rio Tinto ini sangat m asam dan tinggi kandungan logam beratnya.
9. Socotra Island – Lautan Hindia
Jika Anda berkesempatan mengunjungi pulau ini, Anda boleh berbohong bahwa Anda baru saja diculik Alien, pemandangan Pulau Socotra yang sudah terisolasi dari benua terdekat, benua Afrika selama 6 atau 7 Juta tahun ini, sangat unik. Apatah lagi di pulau ini terdapat 700 flora spesies flora dan fauna paling jarang di dunia.
Tapi jangan berharap boleh tinggal, iklim dipulau ini sangat panas, dan kering . Pantai di pulau ini banyak terdapat gua-gua, bahkan salah satu gua mencapai panjang 7 km, dan gunung di pulau ini mencapai tinggi 1525 meter, dan bahkan beberapa tanaman usianya mencapai 20 juta tahun.
10. Dry Valleys – Antartika
Lembah Kering di Antartika ini memiliki lantai berupa kerikil, dan dikatakan bahwa pemandangan yang anda dapat saksikan di tempat ini tidak berbeza dari pemandangan di Mars. Pemandangan yang luar biasa ini akan anda temuki di Antartika, dan sama sekali tidak ada salji, sekaligus merupakan satu-satunya tempat tanpa ais di Antartika. Terkadang di dasar lembah ini terdapat danau ais yang tebalnya mencapai beberapa meter. Dan dibawah danau ini, terdapat air yang sangat masin, dan yang lebih seru lagi, ternyata di dalam air tersebut ada mahluk hidup yang boleh hidup..!
#carigali
Subscribe to:
Posts (Atom)