BUKIT MERTAJAM – Tiga orang anggota polis ditahan bagi
membantu siasatan selepas seorang wanita Indonesia membuat laporan polis
mendakwa dirinya diperkosa ketika ditahan di sebuah balai di sini
semalam.
Semua mereka berpangkat yang konstabel yang berusia 20 hingga 30-an
itu ditahan petang semalam dan direman selama tujuh hari untuk siasatan
lanjut.Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi ketika dihubungi wartawan Ahad lalu mengesahkan tangkapan tiga anggota itu yang dibuat susulan laporan daripada mangsa yang berusia 25 tahun kelmarin.
Dalam pada itu, ketika menceritakan semula episod hitam itu, mangsa yang bekerja sebagai pembantu restoran mendakwa, kejadian berlaku apabila dia dibawa ke balai polis berkenaan selepas pasport miliknya dikatakan telah tamat tempoh.
Sebelum itu, pada pukul 6.20 pagi pada hari tersebut, mangsa yang menaiki sebuah teksi berhampiran sebuah pusat beli-belah di Perai ditahan anggota polis peronda yang kemudiannya meminta dia menunjukkan kad pengenalan.
Wanita itu mendakwa, ketika kejadian dia hanya membawa salinan pasport sahaja.
“Mereka (polis) beritahu pasport saya sudah pun tamat tempoh dan terus bawa saya ke balai polis untuk ditahan di lokap.kata wanita itu pada sidang akhbar di Pejabat MCA Bahagian Bukit Mertajam di sini semalam.
“Ketika berada dalam tahanan di balai, saya merayu supaya dilepaskan tetapi seorang daripadanya memaksa saya melakukan hubungan seks sebelum menghantar saya pulang ke rumah pada pukul 7.30 pagi,”
#carigali
0 comments:
Post a Comment