Tuesday, 13 November 2012 0 comments

Wajah Model Liyana Jasmay Semasa Kecil


#cari
Wajah Model Liyana Jasmay Semasa Kecil! Gambar di bawah merupakan wajah Liyana Jasmay semasa menjadi model satu produk yang menghiasi seluruh pasaraya dan kedai-kedai di seluruh Malaysia.

Pasti anda pernah membeli produk ini satu ketika dahulu.

 
0 comments

Aweera Dikatakan Sombong?




Aweera Dikatakan Sombong?: Setelah 3 tahun menyepi dari dunia seni hiburan bekas peserta pertandingan nyanyian One In A Million (OIAM) pada tahun 2009, Nasharul Aweera Norhisham, 22, atau mudah dikenali dengan Aweera telah dilabelkan sebagai sombong oleh semua pihak.

Single pertamanya berjudul ‘Andaiku Bercinta Lagi’ bersama bandnya, Mojo telah menambahkan lagi persepsi masyarakat dia sememangnya berat mulut bagi beramah-mesra dengan orang ramai.


“Selama 3 tahun itu saya cuba mencari peluang serta bukannya saya sombong dengan media ataupun sesiapa sahaja, sebenarnya saya mempunyai masalah penglihatan yang agak kabur”

“Itu punca saya jarang bertegur dengan orang ramai terutama pihak media “

Justeru, dia ingin orang ramai tidak mudah melabelkan dirinya sebagai sombong memandangkan tiada sesiapa yang mengetahui mengenai masalah matanya.

Mempunyai band, Mojo yang berkonsepkan ‘Synth-Rock’ membuatkan Aweera tidak kekok sewaktu berhadapan dengan orang ramai.

Malah, dia lega kerana single pertama mereka diterima baik pendengar-pendengar di Malaysia.


“Saya lebih suka tampil dengan band sebab apabila solo, saya rasa kekok.

“Saya amat bersyukur, walaupun pertama kali saya ‘comeback’ bersama Mojo, lagu ini diterima”
0 comments

Kalau Saya Nak Tampar, Saya Tampar Terus








“Kalau saya nak tampar orang itu, saya tampar terus. Inilah perumpamaan bahawa apa yang saya cakap, saya akan buat.”

Demikian kata-kata Zed Zaidi ketika menggambarkan ketegasannya dalam melaksanakan penguatkuasaan terhadap seluruh artis di Malaysia.

Dengan nada seperti ahli politik (Zed akui memang dia dah dapat tawaran untuk bertanding, tapi dia belum bersedia), Zed menyatakan satu gerakan tegas akan diadakan pada tahun hadapan bagi memastikan hanya artis yang berdaftar di bawah Seniman sahaja yang boleh bekerja.

Tambah Zed lagi, dia mahu mendidik semua artis-artis di Malaysia ini agar tahu bagaimana menguruskan diri di dalam industri dan penekanan yang paling utama ialah pendaftaran mereka di bawah Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).

“Kami akan bagi amaran terlebih dahulu kepada semua artis, daftar dulu di bawah Seniman, tidak kisahlah sama ada artis luar ataupun dalam negara sendiri.

“Kalau degil juga, kami akan buat serbuan mengejut. Mana-mana artis atau produksi yang tidak berdaftar di bawah Persatuan Pekerja Professional Filem Malaysia (Profima), Seniman ataupun Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM), kami akan hentikan penggambaran mereka.

“Untuk melaksanakan perkara ini, Seniman akan bekerjasama dengan stesen televisyen, imigresen, tentera dan pelbagai lagi badan bagi memastikan perkara ini dilaksanakan dengan tegas,” katanya bersungguh ketika ditemui selepas majlis Seniman Prihatin Charity Gala yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Memang hebat dan besar perancangan Zed. Niat Zed adalah untuk melahirkan artis berkualiti namun dalam masa yang sama tidak dapat dinafikan, sebaik sahaja dia melakukan gerak tempur pada tahun hadapan, pasti akan ada pihak ‘pembangkang’.

Apa yang penting, Zed Zaidi sendiri perlu bijak mengatur langkah dan strategi agar tindakan yang disifatkannya sebagai keras ini tidak merosakkan industri itu sendiri.– Info Artis
0 comments

Pesanan Rasulullah Sebelum Tidur

Ketahuilah kalian siapa saja dari umat Rasulullah S.A.W yang berupaya untuk senantiasa mengikuti dan mentaati Rasulullah S.A.W dengan ikhlas serta menjadikannya sebagai contoh dalam kehidupan sehari-hari, maka sungguh ia akan mendapatkan sekian banyak keutamaan yang dijanjikan oleh Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W.

Sebelum tidur, Rasulullah SAW pernah berpesan kepada Saidatina Aisyah :
“Ya Aisyah, jangan engkau tidur, sebelum melakukan 4 perkara iaitu :
1. Membuatkan para nabi memberi syafaat kepadamu di hari akhirat
2. Membuatkan para muslim meredhai kamu
3. Melaksanakan ibadat haji dan umrah.
Bertanya Aisyah :
“Ya Rasulullah, bagaimanakah aku dapat melaksanakan 4 perkara dalam satu masa?”
Rasulullah tersenyum sambil bersabda :
“Jika engkau tidur bacalah Surah Al -Ikhlas 3 kali, (maka ia seolah-olah kau mengkhatamkan Al Qur’an). Dan Bacalah selawat untukKu dan para nabi sebelumku, (maka kami semua akan memberi syafaat kpdmu di hari kiamat). Dan Beristighfarlah untuk para muslimin (maka mereka semua akan meredhai kamu). Dan perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, dan bertakbir (maka ia seolah-olah kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah)”
0 comments

Misteri Budak Lelaki Atas Batu





JELAPANG – Misteri. Itu yang boleh digambarkan mengenai penemuan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang hanya terduduk di atas batu berseorangan tanpa berkata apa-apa.
Kanak-kanak itu ditemui oleh seorang kontraktor yang bekerja di tapak projek berhampiran Bukit Meru di sini, kira-kira jam 3 petang, semalam.
Sumber polis berkata, kanak-kanak itu kemudiannya diserahkan ke Balai Polis Jelapang oleh kontraktor berkenaan setelah dia dilihat seolah-olah mengalami trauma.

“Berdasarkan siasatan, kanak-kanak itu tidak dapat mengingati kenapa dia berada di kawasan berkenaan tetapi dia ada menyebut dia berkelah di kawasan Chepor sebelum tersesat di dalam hutan kira-kira lima kilometer dari kawasan dijumpai.

“Kanak-kanak itu juga seolah-olah gagal mengingati tempat tinggal. Usaha polis meronda di sekitar kawasan, akhirnya berjaya menemui rumah keluarganya di Taman Malar, Tambun, petang tadi (semalam),” katanya.
Katanya, kanak-kanak itu berjaya diserahkan kepada keluarganya yang tidak mengetahui kejadian sebenar yang menimpa kanak-kanak itu.@sinar
0 comments

Sentiasa Forever Alone (12 Gambar)

Sentiasa Forever Alone (12 Gambar)
























0 comments

Semua Persiapan Kahwin Apex Serah Pada Pengurus


KUALA LUMPUR: Penjaga gol bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (Apek) terpaksa menyerahkan soal persiapan perkahwinannya dengan Nur Eilunie Natasha Nazri (Leuniey) Disember depan kepada pengurusnya.

Ini semua gara-gara persiapan yang lebih penting yang perlu diberikan keutamaan iaitu Piala AFF Suzuki.

Apek, 23, yang kini sedang menjalani latihan pusat bersama skuad kebangsaan berkata, keutamaannya pada waktu ini adalah memberikan tumpuan kepada persiapan Kejuaraan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2012 yang akan berlangsung dari 24 November hingga 22 Disember ini.

"Saya tidak mahu fikir apa-apa (tentang persiapan perkahwinan) buat masa ini. Fokus saya adalah bola (persiapan Piala AFF Suzuki). Perkara lain (perkahwinan) diuruskan pengurus saya.

"Tunggu nanti, saya akan umumkan pada sidang media. Selepas Piala AFF baru saya boleh fikir mengenai perkahwinan," katanya secara ringkas kepada mStar Online.

Penjaga gol skuad Kelantan itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran 'Koleksi Ratu by Ezuwan Ismail' di sini, baru-baru ini.

Apek dan Leuniey mula menjalin hubungan selepas mereka berkenalan ketika terlibat dalam iklan minyak wangi 'SimplySiti Eau De Parfum' milik penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, awal tahun ini.

Ditanya mengenai hasrat berkahwin pada usia muda, Apek berkata, jodoh adalah ketentuan Allah.

"Urusan jodoh adalah rahsia dan ketetapan Allah. Jika sudah ditentukan saya bertemu jodoh pada usia muda takkan saya hendak lawan atau tolak takdir?

"Apa pun, saya kena bersedia untuk menjadi suami," katanya yang mengakui mula menyesuaikan diri dengan tekanan kontroversi dan buruan media.

Sementara itu, Leuniey pula berkata, sebagai pihak perempuan dia lebih selesa berdiam diri dan menyerahkan soal jawab berhubung majlis perkahwinan itu kepada Apek.

"Saya tidak boleh beri apa-apa komen. Kurang manis sebab saya perempuan, biarlah Apek umumkan pada sidang media nanti.

"Alhamdulillah persiapan ke arah itu (perkahwinan) berjalan lancar secara ringkas tetapi lengkap," katanya.

Mengenai keputusan untuk bersuamikan Apek yang baru dikenalinya, Leuniey berkata, usia dan tempoh perkenalan tidak menjadi isu kerana kematangan seseorang yang lebih utama.

"Dia (Apek) matang daripada usianya. Dia faham kesibukan saya sebagai usahawan dan tidak pernah memaksa atau mencari di mana saya berada ketika bekerja.

"Pendek kata, kepercayaan antara kami yang memberikan keyakinan untuk saya menerimanya. Lagi pun, dia seorang lelaki yang menghormati ibu bapa dan keluarga saya," katanya.

Sebelum ini, akhbar melaporkan bapa Apek iaitu Che Mat Hussain berkata, pasangan itu dijangka melangsungkan perkahwinan mereka pada 28 Disember depan atau Januari 2013.@mstar online

0 comments

Cara Atasi Sakit Belakang


Tahukah anda diantara 8 daripada 10 orang pernah mengalami sakit belakang dalam hidupnyaKhususnya wanitayang seringkali membawa beg besar dengan beban cukup beratditambah lagi memakai kasut tumit tinggi.

Kehamilanlalu menggendong anak selama berjam-jam juga jadi punca sakit belakangpada wanitaDemi mengurangkan risiko sakit punggung yang menyeksalakukan sajaempat langkah berikut yang dilaporkan dari Health.com

Kurangkan kandungan beg
Hati-hati jika berat beg andamelebihi 10 peratus daripada berat badanIni petanda beganda terlalu berat dan boleh menyebabkan sakit belakangUntuk itu akan kurangkankandungan begbawalah barang yang anda benar-benar pentingBawa juga tas dengan betulJika talinya cukup panjangbawalah beg menyamping dengan tali menyilang di dada.Pilih juga beg yang talinya agak lebar.


Tilam yang sesuai
Tidur di tempat tidur yang empuk memang terasa selesanamun ini juga tak terlalu baikuntuk kesihatan tulang belakangJadipastikan tempat tidur yang anda tiduritidak terlaluempuk atau terlalu kerasTilam yang baik adalah yang mampu menyokong tubuh secarastabil saat tidur.


Ketatkan otot perut
Memiliki otot perut yang kuat boleh membantu melindungi punggung dari kecederaan.Lakukan saja latihan pelvis sebanyak 2 hingga 3 kali tiap mingguCaranyaberbaringtelentang dengan lutut ditekuk dan kaki menempel di tingkatLalusecara perlahan-lahantarik lutut mendekati perutrasakan kontraksi pada perut dan pinggul harus diangkat sedikit dari lantai.


Pengambilan sayur-sayuran hijau
Anda pasti sudah tahu bahawa kalsium adalah kunci untuk tulang yang kuatNamunpara penyelidik Jepun mendapati ada satu pengambilan lagi yang sangat diperlukan untukmenguatkan tulangiaitu vitamin K.

Vitamin ini banyak ditemui pada brokolibayamdan sayur-sayuran berdaun hijauVitamin Kberfungsi membantu simpanan kalsium dalam tulangsehingga membuatnya lebih padatKetika tulang anda kuatmaka tubuh semakin fit dan risiko mengalami kecederaan yang menyebabkan sakit belakang pun berkurang.
0 comments

Opocot Nipisnya Baju Siti Nurhaliza

Opocot Nipisnya Baju Siti Nurhaliza
V
V

V

V
V
V
V
V


#cari


0 comments

Rm45,000 Baju Perkahwinan Apex DanLauniey

Pasangan merpati dua sejolis yang bakal melangsungkan perkahwinan pada Disember ini khabarnya sedang sibuk membuat persiapan untuk hari bahagian mereka.

Penjaga gol kebangsaan negara, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex dan pasangannya Leuneiy dikatakan sudah pun menempah busana mereka kepada pereka, Ezuwan Ismail.

Menerusi Malaysiandigest.com yang sempat menemubual Ezuan pada majlis post party Anugerah Skrin 2012, Jumaat lalu, Ezuan ada memberi kenyataan secara ringkas.

Menurutnya, pada majlis akad nikah nanti Apex dan Leuniey akan mengenakan persalinan warna sedondon baju melayu dan baju kurung.

Pada waktu persandingan di sebelah pihak perempuan, mereka akan memakai sepersalinan songket tradisional dengan warna ‘skin colour’.

Manakala pada persandingan di Kuala Lumpur pula, mereka akan mengenakan konsep busana ‘English Modern’.

Ezuwan menambah, kos baju untuk akad nikah dianggarkan lebih kurang RM10,000.

“Untuk baju persandingan pula berharga RM20,000 dan baju persandingan untuk majlis di Kuala Lumpur berharga RM15,000,” katanya.

Dalam pada itu, oleh kerana sibuk dengan persediaan bagi menghadapi perlawanan Kejuaraan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2012, Apex terpaksa menyerahkan soal persiapan perkahwinannya yang kepada pengurusnya.

Mereka dikhabarkan akan mengadakan sidang media untuk membuat pengumuman mengenai tarikh nikah dan resepsi kelak.

Sementara itu, Apex dan Leuniey mula menjalin hubungan selepas mereka berkenalan ketika terlibat dalam iklan minyak wangi ‘SimplySiti Eau De Parfum’ milik penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, awal tahun ini.@mynewshub


#cari
0 comments

Top 10 Mee Segera Terbaik Dunia


#cari
Syarikat konsultan Ramen di dunia ‘The Ramen Rater’ melakukan penilaian mee segera terbaik. 10 mee segera dengan rasa yang unik dan paling disukai berjaya ditemui melalui kajian ini. Berikut 10 mee segera yang telah dipilih menjadi yang terbaik didunia:

10.Koka Instant Non-Fried Noodles, Spicy Black Pepper Flavour Singapore






9.Doll Instant Noodle, Artificial Chicken Flavour Hong Kong


8.Sapporo Ichiban Shio Ramen, Japanese Style Noodles



7.Nong Shim Shin Ramyun Black – Korea



6.Myojo Hyoubanya no Chukasoba Japanese Style Noodles, Oriental Flavor



5.Mie Sedap Instant Kari Special Bumbu Kari Special



4.Sapporo Ichiban, Japanese Style Noodles Chow Mein



3.Nissin Yakisoba with Mayonnaise/Mustard Packet Jepun



2.Indomie Mie Goreng Rasa Ayam Panggang Jumbo – Indonesia





1.Indomie Special Fried Curly Noodles – Indonesia
0 comments

Siti Akan Dedah Rahsia Percintaan Apex Dan Launiey


KUALA LUMPUR, 12 NOV 2012: Ramai sedia maklum, penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex, 23, telah mengakui bahawa dia dan kekasihnya, Leuniey Natasha, 21, mula akrab tatkala pasangan ini menjadi model iklan TV minyak wangi keluaran Simply Siti.

Namun, penyanyi tersohor negara, Dato' Siti Nurhaliza Taruddin khabarnya mempunyai rahsia bagaimana Apex dan Leuniey ini mampu saling jatuh cinta. Bahkan, ada sumber yang mengatakan Siti yang sebenarnya menjadi pendorong utama untuk mereka berdua nekad mendirikan rumahtangga pada Disember ini.

Menyedari hakikat itu, bila dirisik pihak Siti untuk mengakui kebenaran maklumat ini. Bagaimanapun, Siti dikatakan telah pun mendedahkan rahsia tersebut menerusi sebuah program istimewa khusus untuk Apex dan Leuniey.

Melalui program terbitan LH Media TV itu, Siti telah pun menjelaskan segalanya dan mengakui bahawa dia lebih dahulu dapat menghidu percintaan pasangan ini. Lebih menarik lagi, Siti pun telah memberikan petua bercinta dan alam rumah tangga kepada Apex yang disifatkan sama sepertinya.

Malah, Siti juga mengatakan percintaan Apex dan Leuniey ada persamaan dengan dirinya yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan beberapa artis sebelum berkahwin dengan Datuk K.

Program ini akan disiarkan pada Disember nanti sebelum Apex dan Leuniey sah menjadi suami isteri.@murai.com.my
0 comments

Majalah Vogue Versi Turki Yang Menutup Aurat

Sebuah majalah untuk Muslimah moden dan peka terhadap fesyen membuktikan ia boleh dijual tanpa

memaparkan gambar seksi atau mendedahkan tubuh
 

Semuanya bermula apabila Ibrahim Burak Birer berang melihat gambar pondan dalam sebuah majalah dan memutuskan untuk mencipta majalah di Istanbul yang ‘mencabar’ gambar lucah.

Bersama rakannya, Mehmet Volkan Atay, 32, Ibrahim menerbitkan majalah Ala yang digambarkan sebagai penerokaan baru terhadap fesyen bertudung.

Ala - bermaksud “paling cantik” - hanya memaparkan model bertudung dan mengiklankan pakaian yang bersesuaian dengan kehendak Islam.

Menurut Ibrahim, majalah Barat seperti Cosmopolitan, Elle, Vogue dan Marie Claire hanya memaparkan isu seks dan gambar lucah.



“Slogan mereka ialah: Seks boleh melariskan. Bagaimanapun, kami dan jutaan wanita di seluruh dunia percaya, fesyen tidak semestinya begitu,” katanya.

Walaupun baru mengeluarkan enam edisi, majalah Ala begitu berjaya dan Ibrahim, 31, dan rakannya memutuskan untuk meningkatkan pengedaran beberapa kali ganda.

Ketika ini, Ala mempunyai edaran 30,000 naskhah setiap edisi dan kira-kira 5,000 dilanggan dari luar Turki.

Dijual pada harga 9 lira (RM15.30), Ala dianggap sebagai majalah Vogue untuk wanita bertudung oleh majalah Radikal Jerman.

#cari

 
;