Showing posts with label Dunia. Show all posts
Showing posts with label Dunia. Show all posts
Sunday, 16 December 2012 0 comments

Mak aii!Sungai Paling Jernih di Dunia.!!

Kuasa Allah S.w.t
Subhanallah! Sungai Terjernih Di Dunia
Ciptaan Allah itu sememangnya indah. Jika di dunia dilihat indah dan cantik, bagaimana pula keindahan di dalam syurga nanti.
Menyentuh bab keindahan ini, terdapat sungai Verzasca yang terletak di Switzerland ini dikenali kerana kejernihan airnya yang mengalir dari gunung-ganang yang terletak di Pizzo Barone ke Tasik Maggiore.
Air sungai ini sangat jernih, sehinggakan pada kedalaman 10 meter di dasar sungai, anda masih dapat melihat dengan jelas jambatan yang merentangi sungai ini.

#cari
Jangan Lupa Like CeritaBaek dan Share di FB | Follow @ceritabaek :)
0 comments

Jet Perang Tentera Udara Republik Kazahkstan (21 GAMBAR)

Kazakhstan kerap menjadi bahan jenaka sejak kemunculan filem Borat. Tetapi tahukah anda Tentera Udara Republik Kazakhstan adalah sebuah angkatan tentera yang agak besar. Ianya jauh lebih besar dari tentera udara negara kita. Kazakhstan mewarisi pesawat dari bekas Soviet yang pernah menjadikan Kazakhstan markas mereka. Kazakhstan mempunyai 39 Mig 29, 16 Mig 25, 42 Mig 31, 47 Su-27, 18 Su-25,12 Mig-27 dan 3 Mig 23. 




 









#cari
Jangan Lupa Like CeritaBaek dan Share di FB | Follow @ceritabaek :)
Tuesday, 11 December 2012 0 comments

Askar US ada selimut/kain untuk Menyamar dgn persekitaran!


Kain Penyamaran Dicipta Untuk Ketenteraan U.S


Syarikat yang mengeluarkan peralatan ketenteraan telah mencipta sejenis kain yang sukar dilihat, iaitu seperti halimunan.

Kain penyamaran ini yang boleh membuat askar ghaib dan bersembunyi di sebalik rimbunan pokok, rumput dan dinding. Syarikat itu mendakwa ia telah mendapat sokongan dari Pentagon.

Bahan-bahan ini dikatakan untuk berfungsi dengan membengkokkan gelombang cahaya di sekitar pemakainya yang menyebabkan mereka tidak dapat dilihat, tetapi syarikat pembuatan tidak akan mendedahkan butir-butir dan bahan-bahan yang digunakan.


#cari
Jangan Lupa Like CeritaBaek dan Share di FB | Follow @ceritabaek :)
Friday, 7 December 2012 0 comments

Perjumpaan rahsia dgn 'Tentera Malaikat’ Komando Qassam Pejuang Palestin!

Barisan pejuang bergelar Komando Qassam kini menjadi pasukan paling digeruni Israel berikutan tidak pernah tewas ketika bertempur biarpun hanya berbekalkan senjata api model lama.
Kehebatan pasukan Komando Qassam yang turut digelar tentera malaikat itu kian tersebar apabila mereka yang dianggotai golongan muda, terpelajar dan ulama mampu menumpaskan ratusan tentera Zionis serta menembak jatuh pesawat pejuang mereka.
Hasrat penulis dan jurugambar menemui pasukan elit itu tercapai apabila wakil Pertubuhan Penyayang Islam Malaysia (Muslim Care) melalui orang hubungan di sini, berjaya mengatur pertemuan dengan sekumpulan anggota Komando Qassam.
Mereka diketuai seorang komander yang hanya mahu dikenali sebagai Sheikh dan pertemuan diadakan di satu lokasi sulit dalam ladang zaitun pada jam 12 tengah malam.
Untuk ke sana, kami dibawa menaiki kenderaan khas sebelum diarah berjalan sejauh 500 meter ke sebuah pondok dalam ladang itu. Di situ, Sheikh bersama kira-kira 20 anggotanya menyambut kami dengan mesra sebelum dibawa duduk mengelilingi unggun api kecil.

Jangan Lupa Like CeritaBaek dan Share di FB | Follow @ceritabaek :)
Thursday, 6 December 2012 1 comments

Ada seorang warganegara china bina bahtera nak selamat dari kiamat 21 December.

Kerana bimbang kiamat akan berlaku pada 21 dec, Zhenghai Lu, dari China telah menghabiskan semua simpanan hidupnya berjumlah 1 juta yuan ($ 160500) untuk membina sebuah bahtera sendiri, yang mampu menyelamatkan beliau sekiranya berlaku kiamat@banjir buruk. Idea pembinaan bahtera tersebut di ambil dari kisah Nabi Nuh A.S
 
 
Bahtera tersebut direka oleh Lu sendiri, berukuran 21,2 meter panjang, 15,5 meter lebar, 5,6 meter tinggi serta boleh mengeluarkan kira-kira 140 tan air. 
 
Kerja-kerja pembinaan Bahtera tersebut bermula pada tahun 2010. Walaubagaimanapun, selepas dua tahun beliau telah kehabisan semua sumber kewangan.  
 
Walaupun tarikh akhir yang ditakuti, semakin tiba, Bahtera beliau masih belum siap dan beliau masih memerlukan kira-kira satu juta yuan untuk membeli peralatan tambahan bagi memastikan Bahtera tersebut boleh digunakan.  Hmmm...
 
Jika sekiranya kiamat tidak berlaku, Lu merancang untuk menggunakan bot beliau untuk tujuan pelancung mengelilingi Sungai Tarim, memerangi banjir dan menyediakan perkhidmatan feri. Mungkin pelaburannya berbaloi untuk tempoh jangka panjang.


Source


Jangan Lupa Like CeritaBaek dan Share di FB | Follow @ceritabaek :)
0 comments

Al-Quran Tidak Hancur Setelah Dilenyek Buldozer Israel


Penduduk menunjukkan Al-Quran yang masih lagi berada di dalam keadaan yang baik

Sebuah keajaiban berlaku di dalam penghancuran Masjid Al-Mafqara oleh tentera Israel di Hebron Selasa, 4 Desember 2012.

Halnya, dalam penghancuran Masjid itu, terdapat sebuah Kitab Suci Al-Quran yang ditemukan dalam keadaan baik bahkan langsung tidak rosak dan tidak hancur.

Padahal, semua benda lain telah pun menjadi lumat, inilah bukti kekuasaan Allah S.W.T

Ketika terjadinya penghancuran Masjid, para penduduk palestin di wilayah itu cuba mempertahankannya. Teriakan takbir bergema dimana-mana dari segi anak-anak, orang muda, mahupun orang tua.

Masjid ini sebelumnya pertama kali dihancurkan pada tahun 2011. Israel sendiri sudah mengeluarkan perintah pembongkaran pada tahun 2003.

Pada bulan Jun tahun ini, penduduk desa dan aktiviti internasional mencuba untuk membina semula masjid ini, tetapi dihalang oleh pasukan tentera Israel.

Pemerintah Israel akan membuat zon latihan tentera di wilayah ini bersama dengan tujuh wilayah lainnya.

Jangan Lupa Like CeritaBaek dan Share di FB | Follow @ceritabaek :)
0 comments

Afdlin Shauki, Bront Palarae Dan Zain Saidin pergi Gaza (Gambar)

Gambar Afdlin Shauki, Bront Palarae Dan Zain Saidin di Gaza ! Berikut dibawah beberapa keping gambar Afdlin Shauki, Borne Palarae dan Zain Saidin semasa mereka telah melepasi pintu masuk di Gaza yang di muat naik menerusi akaun facebook Afdlin Shauki sendiri.

Mereka adalah wakil sukarelawan dari Malaysia dan akan berada disana selama 15 hari. Dibawah adalah petikan kata2 dari Afdlin Shauki.
"Hati saya tersentuh melihat kesusahan yang mereka alami terutamanya kanak-kanak.
"Sebagai manusia, saya rasa bersalah jika tidak melakukan sesuatu. Sebab itulah, saya terpanggil untuk menyertai misi ini dan membantu sahabat di Palestin," katanya dalam majlis pelantikannya sebagai duta Aqsa Syarif, baru-baru ini.
Gambar Afdlin Shauki, Bront Palarae Dan Zain Saidin di Gaza

Gambar Afdlin Shauki, Bront Palarae Dan Zain Saidin di Gaza

Gambar Afdlin Shauki, Bront Palarae Dan Zain Saidin di Gaza

Gambar Afdlin Shauki, Bront Palarae Dan Zain Saidin di Gaza

Gambar Afdlin Shauki, Bront Palarae Dan Zain Saidin di Gaza


Gambar Afdlin Shauki, Bront Palarae Dan Zain Saidin di Gaza

Gambar Afdlin Shauki, Bront Palarae Dan Zain Saidin di Gaza

Gambar Afdlin Shauki, Bront Palarae Dan Zain Saidin di Gaza

Gambar Afdlin Shauki, Bront Palarae Dan Zain Saidin di Gaza
 
“Ampunkanlah. Halalkan termakan & terminum. Saya juga telah memaafkan semua orang yg pernah menyalahi saya,” tulis Afdlin Shauki sebagai amanat perjalanan beliau.- Afdlin Shauki


#cari
Jangan Lupa Like CeritaBaek dan Share di FB | Follow @ceritabaek :)
Wednesday, 5 December 2012 0 comments

Bos Playboy dapat tackle Awek 60 tahun lebih muda

Ketua Playboy iaitu Hugh Hefner merancang berkahwin lagi dengan gadis berambut blonde yang berusia 60 tahun lebih muda daripada beliau.


 
Jutawan majalah dewasa yang berusia 86 tahun itu telah ditinggalkan wanita yang sama iaitu Crystal Harris tahun lepas dengan memutuskan pertunangan mereka tetapi keduanya bersetuju untuk kembali bersama.

Crystal Harris, 26, digelar "pengantin melarikan diri" selepas meninggalkan Hugh Hefner hanya lima hari sebelum hari besar mereka berlangsung pada bulan Jun 2011 lalu.

Laporan mengatakan: "Crystal Harris merasakan bahawa masa dia bersendiri tanpa Hugh Hefner benar-benar mengajar dia bagaimana untuk menjadi bebas dan berdikari. Perkahwinan yang akan berlangsung lagi itu akan menjadi satu perhimpunan intim dengan rakan-rakan dan keluarga terdekat."

Jangan Lupa Like CeritaBaek dan Share di FB | Follow @ceritabaek :)
Monday, 3 December 2012 0 comments

Siapa nak tgk otak Albert Einstein?ni dia.

Gambar otak saintis terkenal dunia, mendiang Albert Einstein disiarkan oleh pihak Muzium Kebangsaan Kesihatan dan Perubatan di Silver Spring, Maryland.



Ia merupakan gambar otak Einstein yang dirakamkan selepas beliau meninggal dunia pada tahun 1955.



Beliau meninggal dunia di Princeton, New Jersey, Amerika Syarikat (AS) semasa berumur 76 tahun.

Selepas kematiannya, waris saintis itu membenarkan otaknya dikeluarkan untuk tujuan kajian.

Einstein merupakan seorang pakar fizik terkenal di dunia menerusi teori relativiti Einstein.

Menurut artikel dalam jurnal Brain, permukaan visual korteks otak Einstein mempunyai lipatan tebal.

Beliau dilahirkan di Jerman tetapi kemudian menetap di AS.

Jangan Lupa Like CeritaBaek dan Share di FB | Follow @ceritabaek :)
Friday, 30 November 2012 0 comments

Planet Baru yg manusia boleh tinggal selain bumi Manusia?

Astronomi menemui Planet Baru yang Berpotensi Dihuni, Satu pasukan ahli astronomi Inggeris-Jerman telah menemui satu planet baru yang berpontensi dihuni manusia. Planet tersebut mengorbit dekat Matahari dan dianggarkan mempunyai iklim serupa Bumi sehingga dapat menyokong kehidupan.

Pasukan tersebut menemui tiga planet baru yang mengorbit bintang yang terletak 44 tahun cahaya. Tapi hanya satu dari planet itu berada di kawasan yang disebut Zon Goldilocks, rangkaian di sekitar Matahari, tempat suhu tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk bagi kehadiran air cair.

“Bintang HD 40307 adalah bintang kecil tua yang sangat tenang, sehingga tak ada alasan mengapa planet seperti itu tidak boleh mengandungi iklim seperti di Bumi,” kata Guillem Angla-Escude dari University of Goettingen, Jerman. Ia memimpin kajian tersebut bersama Mikko Tuomi di University of Hertfordshire di England.

Planet itu mempunyai masa sekurang-kurangnya tujuh kali masa Bumi, tapi mengorbit dalam jarak yang sama dari Mataharinya, yang bermaksud planet tersebut menerima jumlah tenaga Matahari seperti yang diperoleh Bumi.

Lebih daripada 800 planet telah ditemui di luar sistem Galaksi Bima Sakti sejak pertama kali dikesan pada awal 1990-an. Namun hanya segelintir planet telah berada di wilayah yang boleh dihuni.

Bahkan yang lebih jarang adalah beberapa planet di zon yang berputar, seperti yang satu ini, untuk menciptakan waktu siang dan waktu malam sehingga meningkatkan kemungkinan terbentuknya lingkungan seperti di Bumi. Planet yang tidak berputar dikatakan sebagai terikat dengan pasang-surut, dan satu setengahnya berada dalam kegelapan.

“Ini adalah planet yang paling dekat dengan Bumi dalam perkara zon yang boleh dihuni yang tidak terikat dengan pasang-surut,” kata ahli astronomi dari University of Hertfordshire Hugh Jones kepada Reuters.
 

Jangan Lupa Like CeritaBaek dan Share di FB | Follow @ceritabaek :)
Wednesday, 28 November 2012 0 comments

Hamas Berjuang Untuk Mati Sementara Askar Israel Takut Mati.the truth!

CERITA SERAM SEMASA SERANGAN ROKET

Pekerja-pekerja Palestin di Tebing Barat telah menceritakan bagaimana mereka melihat suasana ketakutan dan gementar serta kerosakan yang besar berlaku ke atas bandar-bandar Israel(tanah jajahan). Pada waktu itu, mereka berada di tanah jajahan dan menyaksikan tentangan sengit dari roket-roket pejuang Palestin.




*Foto: Seorang perajurit wanita Israel meraung-raung selepas roket Palestin jatuh ke penempatan di tanah jajahan. Sumber lain menyebut, perajurit ini adalah dari kalangan tentera simpanan yang dikerahkan ke kawasan-kawasan bergolak.

Rejim zionis sengaja menyembunyikan kerugian dan kerosakan yang sebenar dialami mereka semasa serangan sengit meskipun roket-roket Palestin dapat tiba ke jarak 80 kilometer.

Dalam hal ini, realiti sebenar telah disembunyikan oleh Badan Pemantau Tentera zionis serta media-media massa Israel turut dikenakan cengkaman yang ketat, namun sebahagian fakta sebenar tetap tersebar melalui jaringan sosial, youtube, dan sebahagian siaran televisyen satelit.

Seorang peniaga Palestin, Abu Rabie' yang biasa memborong barangan dari seorang pemborong dari tanah jajahan di bandar Tel-Aviv (تل الربيع) menceritakan semasa tentangan sengit, beliau menghubungi pemborong berkenaan untuk menempah barang-barang perniagaan. Bagaimana pun, dibalas, "aku sekarang dalam tempat perlindunganlah."

Tanya Abu Rabie' dengan nada terkejut, "apa yang kamu buat di tempat perlindungan, sampai begitu terukkan keadaan kamu semua?"

Lalu dijawab, "perkara ini bukan main-mainlah, roket-roket telah merobek tingkat-tingkat bangunan," kata pembekal barangan dari kalangan warga zionis.



#cari
Jangan Lupa Like CeritaBaek dan Share di FB | Follow @ceritabaek :)
Monday, 26 November 2012 0 comments

Betapa Gembiranys Penduduk Palestin,Setelah Gencatan Senjata Gaza! (Bersama Gambar)

BANDAR GAZA, Palestin : Presiden Palestin, Mahmud Abbas menghubungi Perdana Menteri Hamas,
Ismail Haniyeh semalam bagi mengucapkan tahniah di atas ‘kemenangan’ menentang Israel.


Ribuan penyokong pergerakan itu mengibarkan bendera pada satu perhimpunan pada hari pertama gencatan senjata.
Serangan Israel berlaku selama lapan hari bagi membalas serangan roket para pejuang Palestin.
Haniyeh yang berucap menerusi televisyen meminta para pejuang menghormati gencatan senjata itu.
Gencatan senjata itu diusahakan oleh Presiden Mesir, Mohamed Morsi.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengucapkan terima kasih kepada Morsi kerana peranannya melakukan rundingan gencatan senjata itu.

“Presiden mengucapkan terima kasih kepada Morsi kerana usaha-usahanya untuk mencapai satu gencatan senjata dan disebabkan kepimpinannya dalam rundingan (gencatan senjata),” kata satu kenyataan White House.





















#cari

Jangan Lupa Like CeritaBaek dan Share di FB | Follow @ceritabaek :)
0 comments

Landasan Keretapi Mainan Terpanjang di Dunia

Landasan keretapi mainan terpanjang didunia telah dibina diChina dengan panjang 2888 meter....perhhhh..hampir 3 kilometer tuu.Klik untuk besarkan gambar2 tersebut:)




 #cari
Jangan Lupa Like CeritaBaek dan Share di FB | Follow @ceritabaek :)
Friday, 23 November 2012 0 comments

Akaun Twitter milik Timbalan Perdana Menteri Israel digodam oleh Anonymous

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Dalam kumpulan penggodam antarabangsa Anonymous telah melancarkan #OPIsrael, aku baru dapat berita yang mereka nie dah godam akaun Twitter milik Timbalan Perdana Menteri Israel! Wah, aku tabiklah dengan dorang... Nie, aku ada bekalkan korang dengan screenshot sekali ya!
Ini lah yang buat aku makin suka dengan dorang.. Godam untuk kebaikan.. Pergi jahanam lah korang Yahudi! Nampaknya, #OPIsrael nie dah berjalan dengan lancar dan banyak jugak penggodam Malaysia yang godam laman web milik Israel... Terbaik lah lu orang!

Lagi 1, kalau ada yang tak percaya, nie ada link Twitter si TPM tuh...

Link: https://twitter.com/SilvanShalom

P/s: Majulah penggodam ke jalan yang benar!

#cari


Jangan Lupa Like CeritaBaek dan Share di FB | Follow @ceritabaek :)
Wednesday, 21 November 2012 0 comments

Keajaiban di Peperangan Gaza - Allahu Akbar!

Seperti mana yang anda tahu, Dunia Gaza sedang bergolak dengan serangan tentera rejim zionis ke atas umat islam di semenanjung Gaza.. Ramai yang menjadi mangsa kekejaman Israel termasuklah anak kecil yang tidak berdosa.. Serangan yang bertalu-talu, roket dan peluru yang tidak mengenal mangsa ditujukan di bumi Gaza.. Disini CB nak berkongsi sedikit kisah benar dari semenanjung Gaza... Ini kisah benar yang diceritakan oleh Al-Fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu. Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza : 
Peristiwa 1 
 Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!
 Peristiwa 2 
Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???
 Peristiwa 3 
 Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya. 
 Peristiwa 4 
 Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik! Allahu Akhbar! 
 Peristiwa 5 
Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel ! 
 Peristiwa 6
 Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!". MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita? Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh Al-Fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan.. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui..Wallahu’alam.. Perasaan geram di dalam diri MB turut membuak akibat kekejaman tentera Israel terhadap saudara islam kita.. Kemana perginya pihak NATO, PBB dan negara-negara Islam yang lain?? Tidakkah mereka mampu berbuat sesuatu untuk Gaza.. 


 Jangan Lupa Like CeritaBaek dan Share di FB | Follow @ceritabaek :)
0 comments

Apa yang Israel takutkan pada Islam? tengok ni...

Apa yang Israel takutkan pada Islam ? Ketika rombongan Sheikh Maulana Tariq Jamil selesai menunaikan solat Subuh di salah satu masjid dekat perbatasan (Al-Hudud) tiba-tiba seorang tentera Israel dari luar melihat ke arah dalam masjid setelah melihat sebentar. Lalu tentera Israel itu pergi, maka syaikh Maulana Tariq Jamil menghampiri tentera Israel itu dan bertanya: apa yang dia lakukan tadi, saya hanya ingin melihat berapa jumlah orang Islam yang hadir solat Subuh di masjid, kata tentera Israel itu. Syaikh Maulana Tariq Jamil kehairanan bertanya: kenapa ? Tentara Israel pun menjawab: di dalam kitab kami (kitab Taurat) ada tertulis. "Jika di seluruh dunia jumlah orang Islam yang hadir untuk solat Subuh berjema'ah di masjid sama banyak dengan jumlah jema'ah solat Jum'at, maka 'saat itu Israel akan hancur'. "tetapi ketika tadi saya lihat di masjid jumlah orang Islam yang datang untuk solat Subuh berjema'ah masih sedikit. Maka, hati saya tenang, kerana ummat Islam pasti tidak akan dapat mengalahkan kami." Untuk itu kepada kaum muslimin dan muslimat di seluruh dunia di mana pun berada, mari kita tingkatkan keberjema'ahan solat Subuh agar kita mampu menghacurkan Israel. Khususnya mendorong dan membantu dengan doa untuk akhwatkum ikhwankum di Palestin khususnya Gaza. Ya Palestina ~Gaza~ Latabali... Latabali... Nahnu Ma'akum Al-Quds Balad Muqaddas 

Jangan Lupa Like CeritaBaek dan Share di FB | Follow @ceritabaek :)
Tuesday, 20 November 2012 0 comments

Kenapa Zionis Serang Gaza Dengan Kejam


1- Untuk menguji Obama. Semua maklum Obama baru sahaja memenangi Pilihanraya Presiden yang lepas. Semasa kempen Pilihanraya, majoriti Yahudi di USA menyokong calon Presiden dari Republikan, Mitt Romney. Namun rakyat Amerika tetap memberi mandat kepada Obama untuk Presiden. Untuk pengetahuan sahabat2 sekalian, walaupun jumlah Yahudi kecil sahaja di USA, namun mereka memonopoli pentadbiran, media massa serta ekonomi di Amerika. Sebarang dasar luar Amerika terutama isu Israel dan Palestine, Yahudi Amerikalah yang mencoraknya. Mereka inilah golongan Neo Conservative Jews. Apa ulasan Obama berkaitan isu yang berlaku di Gaza? Obama menyokong tindakan itu dan menyifatkan ia sebagai serangan mempertahankan diri dari Israel! Damn! 2- Pilihanraya Israel akan berlangsung Januari 2013. Benjamin Netanyahu mahu mengekalkan kuasanya sebagai Perdana Menteri Negara Haram Israel. Melalui pembunuhan Jeneral Al-Qassam, As-Syahid Al-Jabari dan serangan berterusan ke Gaza, ia akan menjadi bahan kempen paling ampuh buat Netanyahu. Ia akan diulang2 kepada warga Yahudi sokonglah beliau untuk jayakan Negara Raya Israel. 3- Yahudi mahu melihat reaksi Presiden Mesir yang baru, Dr Morsi. Semua sedia maklum, Presiden Morsi menyatakan komitmennya bersama rakyat Palestine untuk membebaskan bumi anbiya berkenaan. Pemimpin hasil tarbiyyah Ikhwan Muslimin Mesir ini tidak bertindak lama dengan menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Gaza, menghantar Perdana Menterinya bertemu Ismail Haniyeh, Perdana Menteri Palestine sebagai tanda sokongan Mesir kepada mereka. Dalam lawatan ini, Dr. Hisham telah dibawa melawat mangsa kecederaan di Hospital As-Shifa'. Semasa di sana, beliau menyampaikan sedikit ucapan, "Rakyat Palestin sentiasa menyumbangkan syahid-syahid mereka untuk Palestin yang merdeka tidak lama lagi. Kami diutuskan oleh Dr Muhammad Mursi bukan sahaja untuk hubungan politik, tetapi kewajipan kemanusiaan. Hanya satu sahaja jalan penyelesaian iaitu membebaskan tanah air Palestin dan menjadikan Al-Quds sebagai ibu negara. Palestin bukan isu peribadi atau isu setempat, ia adalah isu Arab juga isu umat Islam semuanya." 4- Lalu apa reaksi kita di Malaysia? Alhamdulillah, protes aman telah berlangsung seusai solat Jumaat tadi. Walau ia usaha kecil, namun ada juga berbuat sesuatu untuk saudara semuslim kita di Gaza. Teruskan berdoa, berdoa dan berdoa. Sebarkan isu di Gaza di wall facebook kalian. Biar sahabat2 kita yang lain maklum juga akan isu ini. Juga berdoa juga untuk sahabat2 kita di Syria yang disembelih rejim Basyar, di Rohingya dan di seluruh pelusuk dunia. 5- Medium rasmi Tentera Israel di facebook telah diserang secara berterusan oleh Rakyat Malaysia semalam. Ramai melahirkan rasa sedih, marah, geram dan segala macam di Page Israel Defense Forces. Kalian boleh ke page berkenaan, lihat sendiri dakyah mereka atas isu yang berlaku. 
  
Jangan Lupa Like CeritaBaek dan Share di FB | Follow @ceritabaek :) 

#cari
 
;