Sunday, 11 November 2012

Permohonan 168 Individu Untuk Murtad Diluluskan?




Menurut sumber Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Mahkamah Syariah telah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam (Murtad) dari tahun 2000 hingga 2010 di Dewan Rakyat.

Perkara itu di timbul dan di tanya menerusi soalan lisan daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) yang meminta perdana menteri menyatakan jumlah permohonan murtad bagi penganut Islam dan berapakah jumlah yang diluluskan mengikut negeri sepanjang sedekad yang lalu.

Dan di samping itu, Er Teck Hwa juga memohon penjelasan kerajaan mengenai cara-cara yang diambil bagi menangani kes-kes gejala murtad itu.

Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam jawapannya berkata mengikut perangkaan yang dibekalkan kepada kementeriannya menunjukkan sejumlah 168 individu yang memohon untuk meninggalkan agama Islam diluluskan.

Bagaimanapun perangkaan yang dibekalkan kepada Dewan Rakyat itu tidak selaras dengan jumlah yang dikira oleh media pembangkang.

Mengikut kiraan media pembangkang iaitu Malaysiakini, jumlah permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan pula adalah 135 orang.

Mengikut data yang dibekalkan, jumlah tertinggi yang diluluskan adalah dari Sabah iaitu seramai 67 orang dan diikuti dari Negeri Sembilan dengan 33 orang.

Menerusi info itu juga diketahui sejumlah permohonan untuk meninggalkan Islam yang terbesar adalah di Sabah, sebanyak 238, Negeri Sembilan 172, Selangor 99 dan Perak pula sebanyak 47.

Bagaimanapun, tiada permohonan murtad dicatatkan di Kelantan.

“Dalam menangani gejala murtad, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sentiasa melasanakan program dan aktiviti bagi mengelakkan berlakunya gejala ini terutamnya di kalangan saudara-saudara baru.

“Antara program dan aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti khidmat nasihat, ziarah dan lawatan ke rumah, aktiviti pengukuhan agama, kelas pengajian agama, dan sokongan Baitulmal,” kata Jamil.

#carigali

0 comments:

Post a Comment

 
;