Monday, 12 November 2012

Wajah Ngeri Kanak-Kanak Vietnam Mangsa Amerika



Semasa perang Vietnam bergolak, tentera AS menyemburkan sejenis kimia yang popular dengan sebutan Agent Orange (Agen Oren) untuk meracun hutan seterusnya memaksa gerila keluar dari persembunyiannya.

Asal nama Agent Orange ini diambil dari tong-tong bahan kimia ini yang diberi garis berwarna oren.
Sebatian dioksin yang terkandung dalam Agent Orange ini sangat beracun. Dimana sejak perang Vietnam berakhir pada tahun 1975, sehingga kini ini jumlah anak kecil Vietnam yang terkena kesannya masih terus meningkat.


Anak-anak malang ini lahir cacat kerana genetik dari kimia terdahulu dan boleh ditemui di semua bahagian negara tersebut.

Helikopter Huey AS ketika menyemburkan Agent Orange di Vietnam (wikipedia)

Inilah yang membuat jurugambar Lam Fei Yik, berusaha menceritakan kenyataan pahit ini dari gambar-gambar yang diambilnya.

Diketahui, selama perang Vietnam, tentera AS telah menyemburkan 20000000 gelen bahan kimia ini di Vietnam, Laos dan Kemboja dalam operasi Ranch Hand.






















#carigali

0 comments:

Post a Comment

 
;