Monday, 12 November 2012

Tertelan Sudu Akibat Gatal Kerongkong



TAIPING – Seorang lelaki warga emas kini bernasib baik masih kerana hidup biarpun menderita perut sakit selepas tertelan sudu sepanjang 15 sentimeter (enam inci) akhir bulan lalu.
Teoh Ah Lek, 57, kini dilaporkan telah selamat menjalani pembedahan kecil di Hospital Taiping, 7 November lalu untuk mengeluarkan sudu tersebut kini semakin pulih dan kembali menjalani kehidupan seperti biasa.
“Lega, sudah tidak sakit lagi,” katanya ketika ditemui para wartawan.
Ah Lek berkata, dia tidak menyangka niatnya menggaru kerongkongnya yang gatal menggunakan sudu terbabit ketika pada hari kejadian bertukar detik cemas.
“Niat saya hanya nak menggaru kerongkong saja, tak sangka pula sudu itu boleh terlepas dan tertelan,” katanya.
Akibatnya beliau terpaksa  menderita kesakitan sepanjang 10 hari sudu ‘menghuni’ perutnya.
“Ketika itu sedang makan berasa gatal di bahagian kerongkong sebelum mengambil keputusan untuk menggaru menggunakan sudu. Saya tak sangka, sudu sepanjang enam inci itu terlepas dan masuk ke bahagian perut.
“Sepanjang tempoh 10 hari itu, saya sering mengalami sakit di bahagian perut, mujurlah sudu sudah keluar, jika tidak saya tak tahu macam mana nak buat,” katanya.
Tertelan Sudu Akibat Gatal Kerongkong

Menurut Ah Lek, dia terpaksa meminta bantuan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Aulong, Yew Tian Hoe setelah rawatan awal yang dibuat tidak berjaya mengeluarkan sudu berkenaan.
“Sebelum ini, saya dimaklumkan sudu berkenaan akan keluar apabila saya membuang air besar, tetapi selepas beberapa hari, ia masih tidak berjaya, tak tahan dengan keadaan perut sakit, saya minta bantuan wakil rakyat untuk dimasukkan semula ke hospital,” katanya.
Dalam pada itu, menurut Tian Hoe, meskipun situasi itu boleh mendatangkan bahaya, tetapi ia antara kejadian unik yang pernah berlaku di kawasan itu.
“Saya harap orang ramai akan lebih berhati-hati dalam sebarang tindakan selepas ini,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

 
;