Saturday 10 November 2012

Lana Nordin Kini 'Hantu Kopek' Malaysia

‘Hantu Kopek’, menerusi konteks masyarakat Melayu membawa maksud seorang individu yang mempunyai aset payudara yang besar dan mantap.


Sudah digelar Pamela Anderson Malaysia kerana imej cara dan pembawakan dirinya, kini timbul isu Lana Nordin menerima gelaran ‘hantu kopek’ dalam filem terbaru lakonannya, Pontianak VS Orang Minyak.
Extra gambar klik sini!

Tak melatah, pelakon seksi ini seperti sudah menjangkakan kontroversi yang tercetus ekoran daripada beberapa babak dalam filem itu yang jelas mendedahkan bahagian lurah dadanya.

“Gelaran tu saya ‘take as joke’ dan terpulanglah kepada individu kerana saya mengikut arahan produser dan itu bukan sebagai bahan dieksplotasi oleh mana-mana pihak.”

Katanya, ia terpulang kepada mana-mana individu untuk menerima babak tersebut kerana apa yang dia lakukan adalah atas dasar kerja semata-mata.

Apabila ditanyakan mengenai penerimaan keluarga terhadap pelbagai kontroversi, dia dengan tenang membalas, “Keluarga amat memahami sekiranya tercetusnya kontroversi yang melibatkan filem dan drama lakonan saya, terutamanya ibu saya.”

Selain itu, Lana Nordin bersyukur kerana telah diberikan kesempatan untuk bekerja dengan pelawak terkenal seperti Johan & Nabil yang memegang watak sebagai orang minyak & pontianak.



“Saya nak cuba ambil kesempatan berlakon bersama pelakon lawak untuk mencuba sesuatu yang baru,” ujar Lana Nordin sejurus tamat sidang media filem ini di The Curve, Damansara, lewat malam tadi.
#carigali

0 comments:

Post a Comment

 
;