Tuesday, 13 November 2012

Rm45,000 Baju Perkahwinan Apex DanLauniey

Pasangan merpati dua sejolis yang bakal melangsungkan perkahwinan pada Disember ini khabarnya sedang sibuk membuat persiapan untuk hari bahagian mereka.

Penjaga gol kebangsaan negara, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex dan pasangannya Leuneiy dikatakan sudah pun menempah busana mereka kepada pereka, Ezuwan Ismail.

Menerusi Malaysiandigest.com yang sempat menemubual Ezuan pada majlis post party Anugerah Skrin 2012, Jumaat lalu, Ezuan ada memberi kenyataan secara ringkas.

Menurutnya, pada majlis akad nikah nanti Apex dan Leuniey akan mengenakan persalinan warna sedondon baju melayu dan baju kurung.

Pada waktu persandingan di sebelah pihak perempuan, mereka akan memakai sepersalinan songket tradisional dengan warna ‘skin colour’.

Manakala pada persandingan di Kuala Lumpur pula, mereka akan mengenakan konsep busana ‘English Modern’.

Ezuwan menambah, kos baju untuk akad nikah dianggarkan lebih kurang RM10,000.

“Untuk baju persandingan pula berharga RM20,000 dan baju persandingan untuk majlis di Kuala Lumpur berharga RM15,000,” katanya.

Dalam pada itu, oleh kerana sibuk dengan persediaan bagi menghadapi perlawanan Kejuaraan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2012, Apex terpaksa menyerahkan soal persiapan perkahwinannya yang kepada pengurusnya.

Mereka dikhabarkan akan mengadakan sidang media untuk membuat pengumuman mengenai tarikh nikah dan resepsi kelak.

Sementara itu, Apex dan Leuniey mula menjalin hubungan selepas mereka berkenalan ketika terlibat dalam iklan minyak wangi ‘SimplySiti Eau De Parfum’ milik penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, awal tahun ini.@mynewshub


#cari

0 comments:

Post a Comment

 
;