Wednesday, 28 November 2012

Pengakuan berani mati yang memalukan.


Kalau selama ini, orang buat dakwaan, dia tak nak mengaku. Dia tetap juga nak menipu dengan memutar belitkan Kebenaran dari diketahui umum.

Tapi, kali ni, dia dah tak mampu nak menipu lagi. Nak tak nak, dia terpaksa jugak buat pengakuan berani. Tinggal lagi, dia buat bukan untuk menegakkan Kebenaran.

Sebaliknya, pengakuan dia tu hanya untuk menunding jari dan menyalahkan orang lain sedangkan semua tu adalah tugas serta tanggungjawab dia.

Bila dia dah tak dapat jawab soalan yang diasak ke pangkuan dia sebelum ini, cara paling selamat ialah menuduh orang lain padahal dia sendiri yang tak reti buat kerja. Memang kalah Pelacur dah gayanya. Cakap pun tak serupa bikin!!!
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor mengakui pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu menghadapi masalah untuk melakukan penguatkuasaan terhadap kewujudkan sarang maksiat yang berselindung di sebalik premis pusat penjagaan kesihatan seperti refleksologi.
Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu berkata, masalah utama yang dihadapi PBT ialah dari aspek penguatkuasaan walaupun proses pemantauan dilakukan dari semasa ke semasa.
“Pemantauan dan penguatkuasaan dijalankan pada tiap-tiap masa. Arahan bagi semua PBT ialah operasi ini perlu dijalankan setiap masa.
“Cuma kuasa pada PBT adalah terhad,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Rabu.
Beliau menjawab soalan tambahan Khasim Abdul Aziz (BN-Lembah Jaya) yang bertanyakan mengenai langkah yang diambil kerajaan negeri dalam melakukan pemantauan di pusat refleksologi yang didakwa melakukan kegiatan bertentangan dengan syarat pengeluaran lesen.
Justeru, Ronnie yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pandamaran berkata, kerajaan negeri memerlukan kerjasama pihak polis dalam operasi pencegahan terutama dari aspek penguatkuasaan.
“Kita minta polis beri kerjasama untuk perbanyakkan operasi pencegahan. Tanpa kerjasama polis, kuasa pada PBT adalah terhad,” katanya.
Selain itu Ronnie berkata, kerajaan negeri mengeluarkan sebanyak 179 lesen bagi aktiviti refleksologi, aromaterapi, fisioterapi, spa, sauna serta gimnasium di bawah kategori lesen pusat penjagaan kesihatan di dalam Undang-undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan sejak 2008.
Sementara itu, katanya sebanyak 1,278 pusat hiburan dan 224 hotel bajet diluluskan kerajaan negeri sejak 2008 hingga 2012 - mstar

Jangan Lupa Like CeritaBaek dan Share di FB | Follow @ceritabaek :)

0 comments:

Post a Comment

 
;