Wednesday, 28 November 2012

LAWAK 'PEMANAS BADAN' YANG MENGHIBURKAN!!!



Berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor bermula jam 10 malam, ia juga dapat disaksikan penonton di Astro Warna (Saluran 132) dalam pakej Mustika. Sebanyak 11 kumpulan peserta berentap.

Mereka ialah barisan peserta yang mewakili Malaysia iaitu kumpulan Shiro, Boboi, Jozan, Jambu, Pimai, Sabon, R2 dan Balas, manakala The Bandung Jokers dan Say Who (Indonesia) serta Da Di Du (gabungan Singapura/Malaysia).

Empat juri tetap terdiri daripada Awie dan Lisa Surihani dari Malaysia, Najib Ali (Singapura) dan Wulan Guritno (Indonesia) akan menilai persembahan peserta setiap minggu. Mereka mewakili pemarkahan sebanyak 70 peratus.

Manakala 30 peratus lagi menerusi undian SMS penonton di rumah. Pun begitu, bagi persaingan pembukaan yang juga dianggap sebagai sesi ‘pemanas badan’ untuk peserta, kumpulan Jozan nampaknya mendapat undian SMS tertinggi.

Diikuti tempat kedua kumpulan Jambu dan ketiga pula Boboi. Apa yang pasti Jozan memang layak berada di tangga teratas kerana persembahan mereka cukup menghiburkan. Lawak Johan meniru gaya Awie cukup bersahaja dan berkesan.

Begitu juga dengan Jambu dan Boboi yang tak kurang hebat membuatkan penonton di auditorium tidak gering gusi tertawa menyaksikan persembahan mereka. Masa tiga minit untuk peserta membuat persembahan digunakan sebaik mungkin.

Apapun, tiga kumpulan peserta yang mendapat undian SMS terendah ialah R2, diikuti dua kumpulan otai iaitu Pimai dan Da Di Du. Tak dinafikan, persembahan ketiga-tiga kumpulan ini agak mendatar dan umpama drama.

Konsep penceritaan dipersembahkan terlalu panjang dan elemen ketawa pula kurang. Bagaimanapun, masih ada dua minggu lagi untuk kumpulan yang berada dalam zon bahaya ini bangkit memberikan saingan hebat kepada peserta lain sebelum diumum tersingkir.

Apatah lagi, gelanggang MLM 2012 ini akan mula menyingkirkan peserta pada minggu keempat. Jadi, terlalu awal juga untuk meramalkan peserta yang akan terselamat. Segala kemungkinan mampu berlaku kerana penilaian berdasarkan persembahan dan kreativiti.

#cari
Jangan Lupa Like CeritaBaek dan Share di FB | Follow @ceritabaek :)

0 comments:

Post a Comment

 
;