Monday, 12 November 2012 0 comments

Pasangan Zina Mati Melekat Kedua-Dua Badan

Pasangan Zina Mati Melekat Kedua-Dua Badan
Karawang Raka, Indonesia – Kejadian dilaporkan telah berlaku pada awal bulan oktober yang lalu, disaat itu seluruh masyarakat Karawang digemparkan dengan gambar dua pasangan yang meninggal dunia ketika sedang melakukan hubungan intim.
Berdasarkan info yang merebak menerusi masyarakat di sana, kedua pasangan itu ialah bukan pasangan suami isteri yang sah, tetapi dua orang yang curang.
Khabarnya, kedua-dua pasangan tersebut sama-sama sudah berkeluarga. Menerusi gambar yang tersebar dari telefon ke telefon, dapat dilihat dengan jelas dua jasad sedang berpelukan.
Melalui gambar itu juga, badan orang yang berada di atasnya telungkup dan bahagian buntutnya ditutupi kain sarung. Sementara itu tangan wanita yang berada di bawahnya dalam kedudukan memeluk bahu lelaki itu.
Setelah laporan polis dibuat, mayat kedua-dua jasad tersebut diletakkan didalam beg jenazah berwarna kuning. Kelihatan juga dua orang yang berpakaian seragam serupa polis, sepertinya tengah menunjukkan mayat dua orang yang sedang berzina ini.
Melalui info juga, kedua-dua jasad itu berada di sebuah bilik mayat. Kerana jika dilihat dari lantainya, biasanya digunakan di bilik mayat.
Menurut salah seorang warga Karawang, Wahyudi, “berdasarkan maklumat yang diterimanya, dua pasangan berbeza jantina itu berzina di kawasan makam keramat yang berada di belakang Cengsin, Klari, Indonesia. Namun setelah hubungan intim mereka selesai, badan kedua-duanya tak boleh lepas.”
Tambahnya lagi, lelaki tersebut sempat menelefon temannya yang juga merupakan seorang pegawai keselamatan, memberitahu badannya tidak boleh lepas. “Sampai akhirnya dibawa ke tiga rumah sakit, tapi tak ada yang dapat melepaskan kedua-duanya” ujarnya.
Wahyudi berkata, “Berdasarkan maklumat yang diterimanya pula, kedua-dua pasangan curang itu meninggal di hospital. Pada mulanya saya tidak percaya berita ada orang mati berpelukan, tapi setelah melihat gambar ini saya baru percaya,” katanya.

#cari
0 comments

Jejas Mental Andai Layan Facebook Lebih 3 Jam

Jejas Mental Andai Layan Facebook Lebih 3 Jam
Kuching: Info terbaru terutamanya kepada pelajar yang menggunakan cuti sekolah untuk melayari laman sosial Facebook selama tiga hingga tujuh jam sehari dibimbangi mengidap kemurungan pada masa depan.
Tahap risiko kemurungan membabitkan kesihatan mental boleh berlaku kerana kurang pergaulan sosial, justeru, apabila tiba masa berdikari, golongan terbabit berdepan masalah menyerap tekanan ketika bekerja akibat kelemahan menguasai keadaan sekeliling, iaitu ‘copy skills’.
Menurut Pengarah Hospital Sentosa, Dr Lau Kim Kah, “bagi mengelak keadaan itu, ibu bapa perlu menggalakkan anak mereka keluar bersosial secara sihat khususnya ketika musim sekolah, supaya kemahiran menguasai tekanan dapat dipelajari.”
“Apa yang dimaksudkan dengan copy skills adalah kemahiran pelajar meniru atau belajar daripada persekitarannya dalam memahami masalah dan menyerap tekanan.
“Kegagalan mempelajari kemahiran dalam situasi bukan formal akan menyebabkan golongan terbabit berdepan risiko mengidap kemurungan, sekali gus mengalami masalah mental,” katanya sempena majlis perasmian hari terbuka dan jualan amal Hospital Sentosa, semalam.
Kajian dari Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2011 menunjukkan hampir 340,000 penduduk negara ini atau 1.8 peratus menghadapi kemurungan, manakala penyakit keresahan adalah 1.7 peratus.
Tahap kemurungan didapati lebih tinggi membabitkan 2.5 peratus dalam kalangan usia 16 hingga 24 tahun dan kedua tertinggi membabitkan penduduk berumur 65 tahun ke atas.
Dr Chin Zin Hing, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri pula berkata, pihaknya menghadapi cabaran besar meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap tanggapan menyamakan maksud kesihatan mental dan penyakit mental.
“Kesihatan mental adalah membabitkan semua ahli masyarakat berbeza manakala penyakit mental cuma membabitkan individu tertentu saja,” katanya.
INFO: Risiko kemurungan
  • Pelajar melayari laman sosial facebook selama tiga hingga tujuh jam sehari dibimbangi mengidap kemurungan pada masa depan.
  • Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2011 menunjukkan hampir 340,000 penduduk negara ini atau 1.8 peratus menghadapi kemurungan.

#cari
1 comments

Hilang Semangat, Syafie Naswip Jual Burger


Hilang Semangat, Syafie Naswip Jual Burger
Syafie Naswip, bakat lakonannya telah dicukil oleh Allahyarham Yasmin Ahmad. Selepas pemergian pengarah prolifik itu, aktor muda Syafie Naswip, 20, mengakui dia terus hilang semangat untuk meneruskan kerjaya lakonannya.
Biarpun jiwanya pada dunia lakonan begitu mendalam namun dia tidak mampu untuk meneruskan perjuangannya. Akhirnya dua tahun dia ‘hilang’ dari industri.
“Apa-apa yang saya buat semuanya kerana arwah. Saya berhenti berlakon pun sebab dia. Sejak mula saya masuk dalam industri ni dan bila dia meninggal dunia, saya hilang inspirasi saya. Semangat saya juga turut hilang.
“Selama tak berlakon tu saya cuba buat kerja lain lah. Saya belajar, masuk tingkatan enam walaupun hakikatnya bukan atas kehendak saya. Tapi saya dengar juga nasihat keluarga. Sambil tu saya berniaga jual burger untuk bantu keluarga.
“Dua tahun saya tak ada job berlakon. Lagipun saya tak ada contact orang-orang dalam industri”, katanya ketika ditemui malaysiandigest di Anugerah Skrin (ASK) 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, malam Jumaat lalu.
Pada malam itu itu, Syafie telah berjaya meraih anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem menerusi karya arahan Fariza Azlina Ishak dan Effendee Mazlan berjudul Songlap.
Kini, Syafie Naswip akui semangatnya pelahan-lahan semakin pulih selepas tiga tahun pemergian pengarah yang mula memperkenalkan dia di persada dunia hiburan menerusi filem Mukhsin itu.
“Alhamdulillah, saya semakin kuat dan berani pada hari ini. Segala tunjuk ajar dan kata-kata perangsang Allahyarham akan terus jadi pegangan saya untuk berjuang dalam bidang seni.
“Saya mula berlakon semula bila datang tawaran daripada Khabir Bahtia iaitu filem Nur Kasih. Kemudian saya berlakon Songlap.
“Saya akui dulu saya malu-malu. Sekarang saya cuba kikis sikap pemalu dan lebih banyak berbual dengan rakan-rakan pelakon dan penggiat industri untuk terus maju. Kak Nani (Sharifah Amani) serta kerluarganya dan juga ibu Azean (Azean Irdawaty) Sherry Merlis yang banyak bagi peransang dan dorongan untuk saya bangkit semula,” katanya.
Apa yang lebih manis, ini merupakan kejayaan kali kedua Syafie di ASK selepas dia pernah memenangi trofi Pelakon Lelaki Terbaik Drama menerusi Ilham Suci pada ASK2007.
“Saya tak letak harapan apa-apa. Saya ingatkan abang Zahiril (Zahiril Adzim) yang akan menang. Saya bersyukur. Kemenangan ini saya tujukan buat kedua ibu bapa saya, inspirasi saya dalam seni iaitu Yasmin Ahmad.
Walau beliau sudah tiada tapi saya mahu anugerah ini didedikasikan kepada beliau. Serta kepada orang-orang yang banyak memberi semangat kepada saya”, tutur Syafie bakal memulakan penggambaran telefilem arahan Michael Ang untuk saluran Astro Prima tidak lama lagi.


#carigali
0 comments

Tertelan Sudu Akibat Gatal Kerongkong



TAIPING – Seorang lelaki warga emas kini bernasib baik masih kerana hidup biarpun menderita perut sakit selepas tertelan sudu sepanjang 15 sentimeter (enam inci) akhir bulan lalu.
Teoh Ah Lek, 57, kini dilaporkan telah selamat menjalani pembedahan kecil di Hospital Taiping, 7 November lalu untuk mengeluarkan sudu tersebut kini semakin pulih dan kembali menjalani kehidupan seperti biasa.
“Lega, sudah tidak sakit lagi,” katanya ketika ditemui para wartawan.
Ah Lek berkata, dia tidak menyangka niatnya menggaru kerongkongnya yang gatal menggunakan sudu terbabit ketika pada hari kejadian bertukar detik cemas.
“Niat saya hanya nak menggaru kerongkong saja, tak sangka pula sudu itu boleh terlepas dan tertelan,” katanya.
Akibatnya beliau terpaksa  menderita kesakitan sepanjang 10 hari sudu ‘menghuni’ perutnya.
“Ketika itu sedang makan berasa gatal di bahagian kerongkong sebelum mengambil keputusan untuk menggaru menggunakan sudu. Saya tak sangka, sudu sepanjang enam inci itu terlepas dan masuk ke bahagian perut.
“Sepanjang tempoh 10 hari itu, saya sering mengalami sakit di bahagian perut, mujurlah sudu sudah keluar, jika tidak saya tak tahu macam mana nak buat,” katanya.
Tertelan Sudu Akibat Gatal Kerongkong

Menurut Ah Lek, dia terpaksa meminta bantuan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Aulong, Yew Tian Hoe setelah rawatan awal yang dibuat tidak berjaya mengeluarkan sudu berkenaan.
“Sebelum ini, saya dimaklumkan sudu berkenaan akan keluar apabila saya membuang air besar, tetapi selepas beberapa hari, ia masih tidak berjaya, tak tahan dengan keadaan perut sakit, saya minta bantuan wakil rakyat untuk dimasukkan semula ke hospital,” katanya.
Dalam pada itu, menurut Tian Hoe, meskipun situasi itu boleh mendatangkan bahaya, tetapi ia antara kejadian unik yang pernah berlaku di kawasan itu.
“Saya harap orang ramai akan lebih berhati-hati dalam sebarang tindakan selepas ini,” katanya.
 
;