Friday 30 November 2012

Tips Untuk Tegangkan Kembali Payüdara

Memiliki bentuk payudara yang tegang impian semua wanita,kecuali tomboy,coz tomboy nak rata jer..hehe
Wanita yang memiliki payudara  kendur akan kurang keyakinan diri. Bukan itu sahaja,Payudara yang 'jatuh' ini boleh mengganggu seksualiti seseorang.
 
Ada kajian menunjukkan bahawa semua wanita akan mengalami perubahan bentuk payudara seiring meningkatnya usia. Ahli perubatan mengatakan bahawa perubahan bentuk ini nantinya mempunyai kesan psikologi pada wanita, seperti merosakkan kepercayaan diri dan kehidupan seksualiti mereka.

Namun, anda tidak perlu bimbang. Sebabnya, ada beberapa cara untuk mencegah supaya payudara tidak kendur dan terlihat indah, seperti yang dinyatakan dibawah ini.

Menyusu

Pandangan umum yang menyatakan bahawa menyusui akan membuat payudara kendur, itu tidak benar. Kajian menunjukkan itu bukan disebabkan kerana menyusui, namun lebih kepada adanya pembengkakan dan kontraksi dari kelenjar susu selama masa kehamilan. Bahkan, kajian terhadap 132 wanita di Amerika mendapati bahawa setengah dari jumlah tersebut ialah wanita menyusui. Hasilnya menunjukkan sememangnya ada perbezaan dengan wanita yang tidak menyusui.

Perhatikan berat badan

Jika berat badan anda selalu berfluktuasi, tentu hal ini mempengaruhi kendurnya payudara anda. Hal ini kerana payudara mempunyai dua tempat di mana lemak disimpan. Sebanyak 70 peratus dari lemak payudara bercampur dengan kelenjar untuk membentuk payudara, tetapi 30 peratus yang lain ada di bawah kulit. Jika kandungan lemak dari bahagian ini berubah secara drastik, maka ini menyebabkan payudara mengendur.

Urutan
Sangat penting untuk melakukan urutan pada payudara. Ini bertujuan untuk melancarkan aliran darah, namun hati-hati jangan sampai salah mengurut kerana ia juga boleh merosakkan payudara itu sendiri. Lakukan urutan dengan membentuk angka lapan. Jika anda memang salah satu yang aktif bersenam lebih baik selalu menggunakan bra khusus agar tidak membuat payudara anda kendur.

Jangan Lupa Like CeritaBaek dan Share di FB | Follow @ceritabaek :)

0 comments:

Post a Comment

 
;