Tuesday 13 November 2012

Siti Akan Dedah Rahsia Percintaan Apex Dan Launiey


KUALA LUMPUR, 12 NOV 2012: Ramai sedia maklum, penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex, 23, telah mengakui bahawa dia dan kekasihnya, Leuniey Natasha, 21, mula akrab tatkala pasangan ini menjadi model iklan TV minyak wangi keluaran Simply Siti.

Namun, penyanyi tersohor negara, Dato' Siti Nurhaliza Taruddin khabarnya mempunyai rahsia bagaimana Apex dan Leuniey ini mampu saling jatuh cinta. Bahkan, ada sumber yang mengatakan Siti yang sebenarnya menjadi pendorong utama untuk mereka berdua nekad mendirikan rumahtangga pada Disember ini.

Menyedari hakikat itu, bila dirisik pihak Siti untuk mengakui kebenaran maklumat ini. Bagaimanapun, Siti dikatakan telah pun mendedahkan rahsia tersebut menerusi sebuah program istimewa khusus untuk Apex dan Leuniey.

Melalui program terbitan LH Media TV itu, Siti telah pun menjelaskan segalanya dan mengakui bahawa dia lebih dahulu dapat menghidu percintaan pasangan ini. Lebih menarik lagi, Siti pun telah memberikan petua bercinta dan alam rumah tangga kepada Apex yang disifatkan sama sepertinya.

Malah, Siti juga mengatakan percintaan Apex dan Leuniey ada persamaan dengan dirinya yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan beberapa artis sebelum berkahwin dengan Datuk K.

Program ini akan disiarkan pada Disember nanti sebelum Apex dan Leuniey sah menjadi suami isteri.@murai.com.my

0 comments:

Post a Comment

 
;