Tuesday 13 November 2012

Aweera Dikatakan Sombong?




Aweera Dikatakan Sombong?: Setelah 3 tahun menyepi dari dunia seni hiburan bekas peserta pertandingan nyanyian One In A Million (OIAM) pada tahun 2009, Nasharul Aweera Norhisham, 22, atau mudah dikenali dengan Aweera telah dilabelkan sebagai sombong oleh semua pihak.

Single pertamanya berjudul ‘Andaiku Bercinta Lagi’ bersama bandnya, Mojo telah menambahkan lagi persepsi masyarakat dia sememangnya berat mulut bagi beramah-mesra dengan orang ramai.


“Selama 3 tahun itu saya cuba mencari peluang serta bukannya saya sombong dengan media ataupun sesiapa sahaja, sebenarnya saya mempunyai masalah penglihatan yang agak kabur”

“Itu punca saya jarang bertegur dengan orang ramai terutama pihak media “

Justeru, dia ingin orang ramai tidak mudah melabelkan dirinya sebagai sombong memandangkan tiada sesiapa yang mengetahui mengenai masalah matanya.

Mempunyai band, Mojo yang berkonsepkan ‘Synth-Rock’ membuatkan Aweera tidak kekok sewaktu berhadapan dengan orang ramai.

Malah, dia lega kerana single pertama mereka diterima baik pendengar-pendengar di Malaysia.


“Saya lebih suka tampil dengan band sebab apabila solo, saya rasa kekok.

“Saya amat bersyukur, walaupun pertama kali saya ‘comeback’ bersama Mojo, lagu ini diterima”

0 comments:

Post a Comment

 
;