Monday 26 November 2012

Betapa Gembiranys Penduduk Palestin,Setelah Gencatan Senjata Gaza! (Bersama Gambar)

BANDAR GAZA, Palestin : Presiden Palestin, Mahmud Abbas menghubungi Perdana Menteri Hamas,
Ismail Haniyeh semalam bagi mengucapkan tahniah di atas ‘kemenangan’ menentang Israel.


Ribuan penyokong pergerakan itu mengibarkan bendera pada satu perhimpunan pada hari pertama gencatan senjata.
Serangan Israel berlaku selama lapan hari bagi membalas serangan roket para pejuang Palestin.
Haniyeh yang berucap menerusi televisyen meminta para pejuang menghormati gencatan senjata itu.
Gencatan senjata itu diusahakan oleh Presiden Mesir, Mohamed Morsi.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengucapkan terima kasih kepada Morsi kerana peranannya melakukan rundingan gencatan senjata itu.

“Presiden mengucapkan terima kasih kepada Morsi kerana usaha-usahanya untuk mencapai satu gencatan senjata dan disebabkan kepimpinannya dalam rundingan (gencatan senjata),” kata satu kenyataan White House.





















#cari

Jangan Lupa Like CeritaBaek dan Share di FB | Follow @ceritabaek :)

0 comments:

Post a Comment

 
;