Monday 26 November 2012

Azah Aziz Ibu Kepada Gabenor Bank Negara Meninggal Dunia

Tokoh budayawan Azah Aziz, yang juga isteri kepada Profesor Diraja Ungku Aziz meninggal dunia di sini, hari ini. Azah Aziz atau nama penuhnya Sharifah Azah Mohamed Alsagoff, yang juga ibu kepada Gabenor Bank Negara, meninggal dunia pada usia 84.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan sanak saudara Azah Aziz.

Dipetik Bernama, Najib berkata, pemergian tokoh budaya itu, yang lebih dikenali sebagai Azah Aziz akan dikenang oleh masyarakat atas kegigihannya memartabatkan budaya dan kesenian bangsa.

"Kegigihan beliau untuk memartabatkan budaya dan kesenian akan dikenang oleh masyarakat," kata Perdana Menteri dalam kenyataan. Azah Aziz menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira 10 pagi akibat serangan angin ahmar.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini selepas solat Asar. Antara yang berada di tanah perkuburan untuk pengebumian ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, serta anggota keluarga dan kenalan rapat. 
  
Jangan Lupa Like CeritaBaek dan Share di FB | Follow @ceritabaek :)

0 comments:

Post a Comment

 
;