Ketika dihubungi sebentar tadi, Sara menegaskan bahawa dia tidak kisah dengan apa yang orang katakan di laman Twitter.
“Tweet is a tweet. Saya tak respon dari isu ataupun dari ‘tweet’ orang lain,” tegas Sara merujuk pada komen negatif terhadapnya di Twitter.
Sara yang juga merupakan salah seorang pelakon filem ‘Songlap’ hanya menganggap ini semua adalah perkara biasa yang harus ditempuhnya.
“Bagi saya macam ni, bukan saya yang ghairah, atau pun dia yang ghairah. Saya otak tak ‘kuning’ dan dia pun otak tak ‘kuning’. Ok, habis cerita.”
“Standard la orang duk bercakap pasal kita. Saya tahu saya salah. Lagipun saya malas nak ambil tahu. Saya dah buat apa yang patut dan kali ini saya dah tersalah buat,” jelas pelakon berumur 22 tahun ini.
Dalam pada itu, melalui respon peminat yang lain, ramai juga yang tidak bersetuju dengan isu ‘shortpants’ Sara Ali.
Jangan Lupa Like CeritaBaek dan Share di FB | Follow @ceritabaek :)
0 comments:
Post a Comment