KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah filem Farid Kamil Zahari menafikan dakwaan kononnya dia cuba mengelak daripada berjumpa pihak media selepas isterinya aktres Diana Danielle mendedahkan berita kehamilannya pada Isnin lalu.
Farid, 31, berkata, dia mendiamkan diri dan tidak menjawab panggilan media kerana berasa terkejut dengan kehamilan Diana yang berlaku dalam tempoh kurang sebulan daripada tarikh pernikahan mereka.
“Saya tidak mendiamkan diri atau cuba mengelak daripada media selepas berita kehamilan itu didedahkan Diana kepada khalayak.
“Cuma saya menjadi tergamam kerana tidak sangka dia mengandung secepat itu. Saya tidak kecoh-kecoh sebab ia masih terlalu awal,” katanya.
Farid berkata demikian ketika ditemui mStar Online selepas previu filem terbaharu lakonannya berjudul Lagenda Budak Setan 2: Katerina (LBS2) di GSC Pavilion, Bukit Bintang di sini, pada Jumaat.
Pada Isnin lalu, Diana mendedahkan dia hamil selepas 16 hari bernikah menerusi laman sosial Twitter dan Instagram miliknya.
Pasangan itu melangsungkan pernikahan pada 3 November lalu dalam sebuah upacara ringkas di Hotel Flamingo by The Lake, Ampang dekat sini.
Farid berkata, pada awalnya dia berasa keliru dengan berita itu dan mengambil pendekatan untuk menghadapinya dengan tenang.
“Saya ambil pendapat kawan-kawan dan orang-orang lebih berpengalaman apabila Diana memaklumkan dia hamil, di mana saya tidak mahu terlalu seronok dan teruja kerana ia masih terlalu awal.
“Apa sahaja boleh berlaku. Saya tidak mahu terlalu berharap cuma mendoakan yang terbaik sahaja,” katanya.
Ketika ditanya adakah dia sudah membawa Diana melakukan pemeriksaan susulan, Farid berkata, mereka tidak berbuat demikian kerana ia masih terlalu awal.
“Kami bernikah pun belum sampai sebulan. Masih terlalu awal rasanya untuk membuat pemeriksaan walaupun alat penguji kehamilan menunjukkan Diana mengandung.
“Buat masa ini biarlah dulu sebab kehamilan itu masih baru. Lagi pun kami sedang pening kepala dengan persiapan menjelang majlis resepsi pada 1 dan 12 Disember depan,” katanya.
Sementara itu, dalam bahagian kedua filem LBS ini, Farid yang kembali menggalas peranan sebagai Kashah terus diuji dengan kehadiran Katerina (Maya Karin) yang cuba mencuri hatinya serta kehilangan beberapa individu penting dalam hidupnya.
Jangan Lupa Like CeritaBaek dan Share di FB | Follow @ceritabaek :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment